Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 25, 2025 @ 9:27pm

Foto Majlis Perkahwinan Ala Barat Tular? Sabronzo Dolla Didakwa Sudah Berkahwin

Foto perkahwinan seorang wanita menyerupai anggota kumpulan Dolla, Sabronzo atau nama sebenarnya, Wan Sabrina Wan Rusli, 30, sedang tular di laman sosial Threads.

Menerusi perkongsian beberapa orang warganet di laman sosial terbabit, mereka berkongsi foto wanita menyerupai Sabronzo yang mengenakan busana pengantin putih di sebuah majlis perkahwinan ala barat dan pasangan lelakinya pula mengenakan suit rona senada.

Di ruangan respons Threads, peminat mula mengucapkan tahniah serta ada juga yang berteka-teki tentang kesahihan berita terbabit.

Warganet juga memetik nama DJ popular antarabangsa, Dash Berlin sebagai pasangan kepada wanita yang menyerupai Sabronzo.

Sebelum ini, Sabronzo pernah didakwa menjalin hubungan seorang DJ antarabangsa.

Walaubagaimanapun, memetik laporan Harian Metro, Sabronzo tidak menafikan atau mengiyakan mengenai dakwaan bahawa dia kini sedang menjalin hubungan dengan seseorang kerana dia lebih selesa untuk menjaga privasi berkaitan perkara peribadinya.

Dalam laporan sama, apabila ditanya mengenai komen dan hubungan rapat antara dia dengan seorang DJ antarabangsa, Sabronzo berkata, itu adalah perkara biasa.

“Saya memang jenis yang suka berinteraksi. Kadang-kadang saya komen, dia balas, kemudian saya balas semula.

“Bagi saya itu perkara biasa, lebih-lebih lagi bila kita memang kenal antara satu sama lain.

“Saya berkawan dengan ramai orang, dan ramai juga yang mesra, jadi saya pun akan mesra balik. Tak semestinya semua interaksi itu ada makna yang mendalam,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Nov 2025

Siti Nurhaliza Usik Hael Husaini – “Tak Sabar Nak Nyanyi Masa Awak Bersanding”

Siti Nurhaliza usik Hael Husaini, seloroh nak nyanyi masa majlis kahwin

Hiburan Wed, 17 May 2023
Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Selepas Tiga Tahun, Justin Bieber Akhirnya…

Bieber yang bakatnya dicungkil menerusi platform Youtube pada tahun 2007 mencetuskan fenomena luar biasa di seluruh dunia.

Hiburan Tue, 10 Jul 2018

Single Harapan Jadi Nyata, Hadiah Aizat Amdan Buat Tun Mahathir Mohamad!

Alhamdulillah… lagu ini sudah 7 tahun dipendam, akhirnya berjaya direalisasikan. Sejujurnya, bapa saya amat kagum dengan perjuangan Tun M.

Hiburan Fri, 28 Feb 2025
Trending Thu, 3 Dec 2020
error: Content is protected !!