Euforia Bola 2026
Featured By: Nurul Hana June 28, 2023 @ 11:53pm

Dah Lama Idam Watak Aksi Energetik, Mierul Aiman Teruja Dapat Buat Aksi ‘Stunt’ Sendiri

Pelakon baru, Mierul Aiman meluahkan rasa teruja dapat berlakon dalam drama aksi terbaru lakonannya iaitu W:Two World.

Memetik laporan MyMetro, Mierul atau nama penuhnya Muhammad Amirul Aiman Norazman berkata, dia sudah lama memasang niat untuk berlakon watak aksi yang energetik dan taktikal.

“Filem aksi pertama yang saya suka menonton adalah Apocalypto. Ia menampilkan jalan cerita menarik lebih-lebih lagi watak hero itu sendiri menyampaikan mesej pengorbanan.

“Ia filem yang memberi kesedaran bahawa watak aksi adalah jiwa saya selain dapat mengembangkan bakat lakonan.

“Apabila saya mendapat skrip drama ini, saya membacanya sepintas lalu dan terus jatuh cinta kerana watak inilah yang saya tunggu selama ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mierul juga berkongsi rutin yang dilakukannya seperti berlatih tinju, menjaga pemakanan dan stamina.

“Saya juga perlu menjaga rutin pemakanan bagi mengekalkan berat badan yang ideal dan pergerakan badan ketika berlakon berjalan dengan lancar,” katanya lagi.

Pelakon berusia 25 tahun itu juga ada memberitahu dia melalui proses latihan menggunakan senjata dan pergerakan aksi sebulan sebelum penggambaran supaya tidak kekok.

“Setakat ini saya tidak menggunakan ‘stuntman’ kerana saya mahu menggunakan tenaga dan semangat saya sendiri sementara masih ada kudrat,” ujarnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 28 Mar 2020
Featured Tue, 8 Mar 2022
Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Pengarah Filem Kalla Tarik Diri, Apa Kata Penerbit?

Saya harus akui bimbang dengan kos perbelanjaan, berikutan setakat ini untuk filem Kalla saja boleh dianggarkan pelaburan dibuat mencecah RM3 juta.

Hiburan Tue, 10 Dec 2024

Kena Benam Dalam Kolam, Sophia Albarakbah Mengaku Tak Pandai Berenang

Sophia Albarakbah berkongsi babak paling mencabar yang dijayakan dalam drama bersiri Marina.

Trending Wed, 29 Jun 2022

“Dia Baling Kepala Saya Dengan Botol Coke…” – Buat Laporan Polis, Mak Wan Latah Pertahan Maruah

Mak Wan Latah mempertahankan maruah dengan membuat laporan polis terhadap wanita terbabit.

Hiburan Thu, 5 Dec 2024

Anak Tiri Nora Ariffin Meruntun Jiwa, Kongsi Gambar Ibu Bapa – “Yang Dah Kahwin Berpuluh Tahun Ni Tak Ada Tayang Menayang”

Yang Dah Kahwin Berpuluh Tahun Ni Tak Ada Tayang Menayang – Anak Tiri Nora Ariffin

Hiburan Fri, 9 Aug 2024
error: Content is protected !!