Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 8, 2022 @ 7:06pm

Netizen Anggap Suara Bunga Persis Watak Fizi Upin Ipin

Walaupun Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) telahpun melabuhkan tirainya pada Ahad, namun masih terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan kualiti vokal sesetengan finalis yang bertanding.

Ini termasuklah vokal penyanyi Bunga ketika menyanyikan lagu Intan Payung bergandingan bersama Noraniza Idris.

 

 

Berdasarkan pemerhatian XTRA di laman sosial Twitter, rata-rata netizen menyifatkan suara Bunga persis salah satu watak kartun dalam siri animasi, Upin Ipin iaitu Fizi.

 

Malah, lebih teruk, ada juga yang mengatakan suara penyanyi yang popular menerusi lagu Mereng ini bingit dan menjengkelkan.

 

Terdahulu, lagu hasil ciptaan Bunga, Luca Sickta, Amzar Razqa dan Siqma ini mencipta fenomenanya tersendiri apabila mendapat lebih 9 juta tontonan di YouTube sejak ia dimuat naik.

Bagaimanapun, netizen beranggapan persembahan Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayuni Fatini Mohd Bakhari, 22, pada AJL 36 tidak menepati cita rasa mereka lantas membuat andaian bahawa suara Bunga dikatakan sedap kerana bantuan auto tune.

Walaubagaimanapun, Bunga dan Noraniza tetap mendapat pujian mereka yang menggemari persembahan terbabit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Nov 2024

Simpati Dengan Nasib Mangsa Banjir, Fattah Amin Beri Peluang Peminat Kirim Doa

Berada di Tanah Suci, Fattah Amin ingat mangsa banjir

Hiburan Tue, 18 Apr 2023
Hiburan Wed, 8 Jan 2025
Hiburan Thu, 20 Mar 2025
Events Thu, 23 Apr 2020
Trending Tue, 13 Apr 2021
Events Tue, 30 Oct 2018

Hello Kitty and Friends are Coming to Kuala Lumpur in MASSIVE Exhibition!

Time for the children to have fun and adults to re-live childhood memories.

error: Content is protected !!