Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 20, 2025 @ 5:37pm

Rossa Undang MK K-Clique & Ernie Zakri Kongsi Pentas, Turut Jemput Ariel Noah Meriahkan Konsert ‘Here I Am’ Di Axiata Arena Jun Ini

Peminat muzik tanah air bakal menyaksikan kolaborasi istimewa antara penyanyi hebat Malaysia, MK K-Clique dan Ernie Zakri bersama Ratu Pop Indonesia, Datuk Seri Rossa dalam konsert mega ‘Here I Am’ yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 Jun 2025.

Pelantun lagu Ayat Ayat Cinta itu teruja dengan peluang berkolaborasi buat pertama kali dengan MK dan Ernie, yang masing-masing mempunyai keunikan tersendiri dalam industri muzik Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rossa (@itsrossa910)

“Kesediaan MK K-Clique dan Ernie Zakri untuk turut serta dalam konsert ini pastinya akan memberikan pengalaman yang luar biasa kepada peminat.

“Saya belum pernah berkolaborasi dengan mereka, jadi saya sangat menantikan momen istimewa ini. Ini membuktikan muzik tidak mengenal sempadan dan saya yakin ada beberapa kejutan lain yang akan membuatkan konsert ini lebih bermakna,” katanya.

Selain dua bintang Malaysia itu, konsert “Here I Am” juga bakal menyaksikan kehadiran Ariel Noah, menjadikan malam tersebut lebih istimewa dengan gabungan bintang serantau.

Konsert Mega Sempena 29 Tahun Karier Rossa

Konsert “Here I Am” dianjurkan bersempena 29 tahun perjalanan seni Rossa, sekaligus menjadi kesinambungan kejayaan siri konsert terdahulu, termasuk Rossa 25 Shining Years (2022) dan Another Journey: The Beginning (2023) yang telah menarik lebih 80,000 penonton di tiga negara.

Menurut Rossa, konsert ini bukan sekadar sebuah persembahan biasa, tetapi juga menjadi manifestasi penghargaan buat peminat yang telah menyokongnya sepanjang karier.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rossa (@itsrossa910)

“Saya mahu mengajak peminat yang menikmati lagu-lagu saya untuk menerima diri mereka tanpa rasa rendah diri, menghargai serta mencintai diri sendiri. ‘Here I Am’ adalah refleksi perjalanan saya sebagai seorang penyanyi – daripada lagu-lagu hits, album, pencapaian, hingga konsert-konsert yang pernah saya jayakan,” ujarnya.

Dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production, dengan kerjasama SAH Entertainment, konsert ini turut mendapat sokongan Maybank sebagai Rakan Perbankan Strategik dan Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur sebagai Rakan Penginapan.

Persembahan Berskala Besar dengan Sentuhan Moden

Rossa menjanjikan sebuah persembahan penuh elemen moden dan ekstravaganza yang akan berlangsung selama tiga jam. Setiap segmen bakal diolah dengan penceritaan visual yang memukau, menampilkan gabungan teknologi canggih, pencahayaan artistik serta susunan muzik segar dan terkini.

Konsert Amal: Berhibur Sambil Beramal

Konsert “Here I Am” bukan sekadar sebuah persembahan hiburan tetapi turut mempunyai misi kebajikan. Rossa bersama PRIHATIN akan menyalurkan sebahagian hasil jualan tiket ke Tabung Kasih Prihatin bagi tujuan pendidikan dan kebajikan.

Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Aizuddin Ghazali, memuji inisiatif Rossa yang sentiasa prihatin terhadap usaha kebajikan di Malaysia.

“Sejak 2012, kami telah bekerjasama dalam menganjurkan konsert yang bukan sekadar untuk komersial. Kali ini, PRIHATIN juga mengalu-alukan pihak korporat dan individu untuk menyumbang menerusi pembelian tiket kategori Royale, First Class, dan Executive, demi membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Tiket konsert dijual pada harga RM228 (Festival) hingga RM788 (Diamond Center), tidak termasuk cukai dan yuran pentadbiran. Pembelian boleh dilakukan secara dalam talian melalui www.ticket2u.com, manakala untuk tiket korporat, boleh hubungi talian 019-288 9764.

Selain Kuala Lumpur, konsert ‘Here I Am’ juga akan diadakan di Indonesia Arena, Jakarta pada 23 Mei 2025 dan di Singapura pada penghujung tahun 2025. Jangan lepaskan peluang menyaksikan konsert mega ini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 10 Sep 2018

Selamat Lahirkan Anak Lelaki…Tahniah Adira!

ifahamkan penyanyi yang merupakan isteri kepada Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red ini melahirkan lelaki di sebuah hospital swasta di Sungai Buloh, Selangor, pada jam 10.21 pagi semalam.

Trending Mon, 20 Aug 2018

Atlet Taekwondo Yap Khim Wen Sumbang Pingat Pertama Buat Malaysia. Tahniah!

Kejayaan Khim Wen menamatkan kemarau pingat selama 16 tahun kem taekwondo negara di pentas Sukan Asia sejak gandingan Lee Pei Fen dan Lee Wan Yuen merangkul gangsa dalam acara kyorugi wanita pada edisi 2002 di Busan, Korea Selatan.

Hiburan Tue, 10 Oct 2023

Watak Dibawa Tak Selari Imej Islamik, Taiyuddin Bakar Tak Melenting

Abaikan saja mulut orang, tuhan lebih tahu. Asalkan tak terpesong akidah sudah.

Drama Thu, 2 Dec 2021

Pengarah Kisah Cinta Kita Jawab Dakwaan Babak Tepis Telefon Tiru Babak K-Drama Descendants of The Sun

Sebelum ini, tular di TikTok tentang babak di dalam drama bersiri Kisah Cinta Kita dikatakan meniru adegan drama cinta popular di Korea, Descendants of The Sun (DOTS). Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh pengguna […]

Trending Tue, 5 Jun 2018

Terbaiklah! Media Indonesia Puji Rakyat Malaysia

Media Indonesia turut memuji pentadbiran kerajaan pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang turut mengambil langkah drastik dalam mengurangkan bebanan kewangan negara, antaranya seperti mengurangkan gaji menteri-menteri Kabinetnya.

Trending Thu, 23 Jan 2020
error: Content is protected !!