Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie October 10, 2023 @ 3:15pm

Watak Dibawa Tak Selari Imej Islamik, Taiyuddin Bakar Tak Melenting

Pelakon Taiyuddin Bakar, 40, tidak kisah dengan kritikan segelintir pihak yang menganggap watak dilakonkan tidak selari dengan imej Islamik yang dibawanya. Menurut pelakon Apa Celop Toqq yang mula berhijrah sejak 2012, dia tidak kisah untuk melakonkan apa-apa sahaja watak asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam serta memesongkan akidah.

“Saya tidak kisah dengan cakap-cakap orang kerana saya mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga. Sebagai pelakon, saya hanya melakonkan watak seperti dikehendaki skripnya tetapi di luar saya kembali menjadi Taiyuddin yang sudah berhijrah,” katanya.

Mengenai imej islamiknya itu, kata Taiyuddin, ada juga penerbit dan pengarah yang takut untuk mengambilnya berlakon bila melihat penampilan imej islamiknya itu sebelum ini.

“Sebab itu, saya mencuba pelbagai watak untuk membuktikan kepada mereka supaya tidak menilai saya dari segi penampilan. Contohnya, saya lakonkan watak Sutun, watak antagonis dalam filem Walid. Manakala, dalam filem Mat Kola, saya juga melakonkan watak pemuda yang agak nakal dan cuba memikat gadis idaman yang menjadi rebutan dua sahabatnya,” katanya.

Berkongsi lakonannya dalam filem genre komedi, Mat Kola arahan Hafiz Nafiah, kata Taiyuddin, dia melakonkan watak Mat Not dalam filem terbitan AA Success Pictures Sdn Bhd itu.

Menurut pemenang trofi Pelakon Harapan Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-24 ini, dia menerima tawaran berlakon dalam filem itu kerana Hafiz adalah kawan lamanya serta tahu kredibilitinya dalam bidang lakonan yang sudah diceburi sejak 21 tahun lalu.

“Saya juga teruja untuk berlakon dalam filem ini kerana ia peningkatan dalam karier Hafiz. Hafiz juga mahu saya berlakon dalam filem sulungnya itu dan saya juga berasa ada tanggung-jawab sebagai kawan untuk memberi sokongan padanya,” katanya.

Kata Taiyuddin lagi, dia juga tidak bertanya soal bayaran pun bila ditawarkan Hafiz berlakon dalam filem itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Taiyuddin Bakar (@taiyuddinbakar)

“Hafiz yang banyak membantu mengendalikan urusan pengebumian arwah bapa mentua, pelakon veteran, Allahyarham Datuk Zulkifli Zain yang meninggal dunia pada 2020. Saya tidak tanya soal bayaran pun kerana khidmat Hafiz menguruskan urusan pengebumian arwah bapa mentua itu lebih bernilai,” ujarnya.

Ditanya dari segi cabaran pula, kata Taiyuddin, dia perlu bercakap dalam dialog utara dalam filem itu.

“Filem Mat Kola ini membuatkan saya berasa rindu pada arwah bapa mentua kerana kami selalu bercakap dialog utara dan penggambaran filem ini di Alor Star juga memang tempat arwah. Pada masa sama, saya perlu berlakon dengan gandingan yang bukan pelakon komedi dan tidak pernah bekerjasama sebelum ini,”katanya.

Filem Mat Kola berkisar persahabatan tiga anak jati Kuala Kedah iaitu Mat Ki lakonan Usop Mentor, Mat Yon (Azman) dan Mat Not (Taiyuddin). Antara lain, plot cerita berkisar gelagat dan liku dilalui tiga sahabat itu dalam mengusahakan gerai burger yang menjadi sumber ekonomi golongan belia.

Selain Usop, Azman dan Taiyuddin, filem Mat Kola menampilkan Rozita Che Wan yang melakonkan watak (Che Som); Ropie (Pak Sheikh); Putri Hanan (Maliah); Fendi London (Bang Lah) dan Mohd Hafeezul Yop (Joe Klipop). Turut membantu Abang Gee (Abang Gee); Zainon Ismail (Bang Non); Suhaili Che Rus (Zali); Cikgu Akop (Pak Hashim) dan Pak Abang (Badrul).

Filem Mat Kola mula ditayangkan di 65 pawagam di seluruh negara mulai 21 September lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Jul 2024
Hiburan Fri, 8 Mar 2019

Sufi Rashid Angkat Kisah Depresi Dalam Lagu Baharu

Selain sibuk mengusahakan produk biskut, Krispy Krunchee, Sufi enggan terus mengalah dalam dunia nyanyian dan berjanji tampil dengan single lebih baik daripada sebelum ini.

Featured Wed, 27 Jul 2022

“Kesian Dia… Kalau Perlukan Khidmat Peguam Bagi Tau” – Puteri Sarah Kongsi Detik Pertama Bertemu Rossa Sera

Wanita-wanita kuat bergabung! Sweet je Sarah bagi kata-kata semangat pada Sera

Drama Wed, 17 Dec 2025

Perempuan Tidak Ternikah Naskhah Sarat Emosi, Tampil Gandingan Mantap Siti Elizad & Yusuf Bahrin

Mampukah seorang bakal ibu bangkit apabila segalanya dirampas daripadanya? Bolehkah hati yang terluka kembali percaya pada kebahagiaan?

Hiburan Sun, 17 Apr 2022
Hiburan Wed, 22 Jan 2020

Bersedia Untuk Timang Bayi, Siti Nurhaliza Ingin Anak Lelaki

Semoga doa Siti dimakbulkan yang Maha Esa…

Events Wed, 27 Feb 2019
Featured Wed, 3 Sep 2025
Hiburan Tue, 26 Nov 2019
error: Content is protected !!