Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 11, 2021 @ 6:32pm

ABPBH 34 Kembali, Angkat Tema #KitaBersama

Anugerah pilihan peminat terunggul di Malaysia, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) bagi edisi ke-34 diteruskan tahun ini dengan menerap budaya norma baharu dan patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), membawa tema #KITABERSAMA, iaitu kesinambungan tema #ABPBHKITA2020 yang diangkat pada ABPBH 33.

Malam kemuncak ABPBH 34 yang dibawakan penaja utama, Xiaomi, akan disiarkan secara langsung di TV3 dan Tonton, termasuk YouTube TV3 dan BH serta laman web ABPBH di www.abpbh.com.my pada hari Sabtu, 13 November 2021.

Malam kemuncak ini akan dilaksanakan secara virtual dengan pematuhan ketat SOP yang ditetapkan pihak MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sebarang pengumuman untuk acara ABPBH 34, termasuk promosi, tajaan dan malam
kemuncak akan dikongsi dan diumumkan dari masa ke semasa.

Menerapkan mesej kekitaan atau ‘unity’ dalam rakyat Malaysia bagi memerangi pandemic COVID-19 dan membantu kerajaan mewujudkan imuniti kelompok, ABPBH 34 berhasrat membawa keceriaan kepada penonton di rumah.

Selain mengiktiraf bakat dan populariti artis atau selebriti, ABPBH 34 mahu memberi penghargaan kepada petugas belakang tabir industri hiburan termasuk kru produksi, kumpulan teknikal, pengurusan dan sokongan yang menjadi tulang belakang kejayaan sektor kreatif.

Penghargaan juga diberi kepada kumpulan penggerak penting dalam proses penerbitan kandungan untuk penonton di rumah pada era pandemik COVID-19.

ABPBH 34 membawa sedikit kelainan pada tahun ini sesuai dengan usia penganjurannya melebihi tiga (3) dekad. Mempertandingkan 14 kategori utama dan enam (6) kategori online, pemilihan artis kegemaran boleh dilakukan bermula hari ini, 10 September sehingga 3 Oktober 2021 menerusi laman web ABPBH 34 di www.abpbh.com.my. Undian boleh dilakukan sama ada secara percuma, pakej langganan BH digital dan cetak serta undian bersama telefon pintar nombor satu di dunia, Xiaomi.

Penaja utama ABPBH 34, Xiaomi, kembali menaja acara berprestij ini buat tahun kedua berturut-turut. Xiaomi adalah sebuah syarikat elektronik multinasional China yang ditubuhkan pada April 2010 dan beribu pejabat di Beijing.

Xiaomi melabur dalam pengeluaran telefon pintar, aplikasi mudah alih, komputer riba, perkakas rumah, beg, kasut, perkasasan elektronik dan produk lain yang kini menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia.

Pengarang Kumpulan BH yang juga Penaung ABPBH 34, Saidon Idris, berkata BH sebagai akhbar ‘Wadah Pembaharuan’ kembali merancakkan dunia hiburan tempatan dengan acara anugerah yang dinanti-nantikan peminat, ABPBH.

“Selaras dengan situasi semasa dan arahan yang dikeluarkan kerajaan ekoran penularan pandemik COVID-19, BH menjadi wadah kepada segala usaha yang menyokong untuk mengekang penularan wabak ini dan sekaligus memulihkan ekonomi negara.

“Sejak pandemik melanda negara dan dunia pada tahun lalu, kami di BH sentiasa peka dan akur dengan segala SOP terkini oleh kerajaan. BH juga mematuhi arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM,” katanya menerusi sebuah kenyataan.

Beliau berkata pihak penganjur sentiasa merujuk dan meminta kebenaran daripada MKN dan KKM sebelum mengelolakan ABPBH pada tahun ini.

“Banyak yang sudah dilalui sejak lebih setahun lalu dan ramai yang terkesan dengan penularan COVID-19. Justeru, ABPBH 34 kali ini memilih tema #KITABERSAMA kerana pandemik ini mengajar kita untuk kembali kepada akar atau asas di mana perlunya kita merapatkan hubungan dan bersatu dalam menempuhi cabaran,” tambah beliau.

Sementara itu, Pengurus Besar, Pemasaran, Komunikasi dan Sokongan Jualan NSTP merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 34, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman berkata, semua perancangan penganjuran ABPBH pada tahun ini dilakukan dengan teliti dan apa juga penyesuaian dan penambahbaikan dibuat, adalah selaras dengan SOP terkini.

“Kami mahu ABPBH terus relevan sebagai pengukur populariti dan penghargaan kepada karya yang dihasilkan penggiat seni. Penganjuran ABPBH 34 pastinya mematuhi segala SOP yang ditetapkan dan pada masa yang sama, tetap memberi impak dan meninggalkan memori manis pada semua artis serta pihak lain yang terbabit,” katanya.

Beliau menambah bahawa segala penyesuaian membabitkan promosi dan publisiti ABPBH 34, termasuk pakej tajaan, kandungan, mekanik penganjuran, pencalonan, pengundian sehinggalah aktiviti bersama artis serta kelab peminat dikendalikan dengan mengoptimumkan pergantungan dan penggunaan platform digital termasuk media sosial.

Datuk Zaini berkata bagi menghangatkan lagi ABPBH pada kali ini, pihak penganjur akan menerbitkan program eksklusif bersama penaja utama, Xiaomi dan artis jemputan yang disiarkan secara virtual, tidak lama lagi. Tarikh dan masa siaran akan diberitahu kelak.

Pada malam kemuncak ABPBH 34, sebanyak empat belas kategori utama yang bakal dipertandingkan adalah Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular Xiaomi, Pelakon TV Wanita Popular Xiaomi, Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular, Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular, Penyampai Radio Popular dan kategori baru iaitu Watak Animasi Popular.

Turut dipertandingkan adalah enam (6) kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah FANtastik Popular, Watak Antagonis Popular, Artis TikTok Popular dan YouTuber Popular.

Walaubagaimanapun, undian untuk kategori Anugerah FANtastik Popular dan Artis TikTok Popular hanya akan dibuka mulai bulan Oktober depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Aug 2023

[VIDEO] Pakai Spek Macam Rappers, Ramai Terhibur Gaya Pu Riz Jual Barang – “Caprice Ke DJ Khaled Ni?

Amboiiiiii, ni abah Bilal dengan Abbas ke? 😂🤣 Lain macammm ek 🤣🤣

Hiburan Sat, 18 Jun 2022

Dikhabarkan Menderita Kanser, Adibah Noor Meninggal Dunia

Salam takziah untuk keluarga Adibah Noor.

Hiburan Mon, 24 Dec 2018

‘Dangdut Bukan ‘Makanan’ Saya Tapi…’ – Wani Kayrie

Penyanyi muda ini bercadang nak hasilkan lagu dangdut tahun depan. Tapi tak nak lagu dangdut rentak sedih katanya…

Hiburan Tue, 9 Apr 2019

Nur 2 Bukan Untuk Kanak-Kanak, Pengarah Respon Teguran Warganet

Jangan lupa saksikan jam 10 malam ini di TV3 dan www.tonton.com.my, agaknya apa lagi si Madi nak buat malam ni eh?

Trending Mon, 1 Oct 2018

Proses Gali Semula Kubur CEO Cradle Fund Rabu Ini

Pada 4 Sept lalu, isteri kepada Nazrin dan bekas suaminya ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes, seterusnya pada 9 Sept lalu, turut ditahan reman dua anak tiri Nazrin yang berusia 14 dan 16 tahun.

Trending Wed, 14 Feb 2018

PELAJAR MAUT TERKENA PISAU MESIN RUMPUT MELAYANG

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, kepala mangsa, Nur Afini Roslan, 14, ter­belah dua, manakala seorang lagi pelajar sekolah itu, Mohd. Farhan Reza Badrol Hesam, 13, mengalami kecederaan pada belakang kepala.

Events Thu, 20 Sep 2018

[#WinWithxtra] Win FREE TICKETS to Sunway Lagoon’s Nights of Fright 6

Are you ready for a night filled with thrill and horror?

Hiburan Fri, 19 Sep 2025

“Berbakti Kepada Ibu Bapa Walau Nampak Kecil, Nilainya Besar” – Amira Othman

Amira Othman kongsi sebab pilih doa ibu bapa iringi majlis nikah

error: Content is protected !!