Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 18, 2022 @ 5:02pm

Beri Keselesaan Sempena Ketibaan Ramadan, Achey Turun Padang Bantu Mangsa Banjir Kemaman

Atas dasar keprihatinan terhadap mangsa banjir di Kemaman, Terengganu, pelawak Achey, 35, menyantuni hampir 600 buah rumah yang terkesan dengan bencana yang melanda negeri itu pada awal Mac.

Enggan melihat penduduk di Kampung Bukit Mentok, Kemaman menyambut Ramadan dalam suasana hiba dan serba kekurangan, Achey bersama syarikat pengendali umrah, RS Megatravel tampil menyumbangkan barangan keperluan rumah pada 22 Mac lepas.

Menurut Achey yang merupakan rakan niaga dan jurucakap RS Megatravel, inisiatif terbabit dilakukan bagi memberi senyuman kepada mereka yang kehilangan harta benda sekali gus meringankan beban yang ditanggung.

Katanya, dia berasa teruja apabila berpeluang turun padang ke Kemaman dan bertemu mangsa banjir yang masih ‘buntu’, lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadan.

“Kami faham beban yang terpaksa mereka tanggung dalam waktu sukar seperti ini, lebih-lebih lagi kehadiran kami ketika itu nak dekat dengan bulan Ramadan.

“Walaupun air banjir di kawasan Kampung Bukit Mentok sudah surut, tapi masih ramai yang memerlukan bantuan berikutan kawasan terbabit antara yang lambat untuk kembali pulih.

“Jadi kehadiran kami boleh dikatakan tepat kerana mereka menantikan bantuan daripada orang luar kerana sebelum ini kawasan terbabit tidak dibenarkan untuk masuk kerana keadaan yang belum pulih,” katanya.

Tambah pemilik nama Mohd Nasir Hamzah ini, mereka berjaya mengumpulkan barangan berupa tilam, sejadah dan telekung.

“Selain bertepatan dengan kehadiran Ramadan, kami menghulurkan bantuan pada penghujung Mac juga kerana kami menanti barangan yang mahu dihulurkan cukup terlebih dahulu.

“Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan kami untuk membantu dan kami dapat memberikan 600 buah tilam, 300 unit sejadah, 300 pasang telekung dan banyak lagi,” kata Achey.

Sementara itu, menurut Pengarah Urusan RS Megatravel Sdn Bhd, Syamshul Aswad Jaafaar Siddik, jumlah bantuan yang dihulurkan bernilai lebih RM50,000.

“Syukur kerana nilai lebih RM50,000 ini dapat kami gunakan untuk membantu hampir 600 rumah yang terjejas. Selain memberikan servis terbaik bagi perjalanan umrah tanpa kos tersembunyi semenjak ditubuhkan pada 2021, aktiviti sebegini juga sebahagian daripada tanggungjawab korporat sosial (CSR) yang kami buat untuk menyalurkan ke arah kebajikan.

“Berpegang kepada nilai kemurahan hati, ketelusan dalam pengurusan dan perkhidmatan dan keprihatinan dalam menyantuni para jemaah umrah dan haji, aktiviti seperti ini juga selari dengan misi dan objektif RS Megatravel.

“Kami juga gembira apabila Achey selaku rakan niaga dan jurucakap RS Megatravel sama-sama turun padang membantu mereka yang memerlukan. Selain memberi fokus terhadap kepada bisnes kami iaitu pengurusan haji, umrah dan ziarah serta pelancongan Islamik patuh syariah, Insya-Allah selepas ini akan ada lebih banyak lagi aktiviti CSR yang bakal kami lakukan,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Thu, 27 Jul 2023
Trending Mon, 26 Feb 2018

KREN TUMBANG DI MRR2, PENGGUNA DIMINTA BERSABAR

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada kren berkenaan yang hilang imbangan dan terjatuh di atas jalan.

Featured Sat, 27 Apr 2024

Tahniah! Pilih Nama Uqaira, Uqasha Senrose Selamat Timang Anak Perempuan

Tahniah Uqasha & Kamal. Baby mesti cantik macam mak dia❤️❤️❤️❤️

Trending Tue, 30 Jun 2020
Featured Wed, 2 Mar 2022
Featured Thu, 18 Jul 2019

Viral transformasi wajah tua selebriti, seram ke tidak?

Agaknya bagaimanalah rupa kita apabila sudah tua?

Hiburan Tue, 16 Dec 2025

Dari Jatuh Bangun Ke Berdamai Dengan Takdir, Dazrin Kamarudin Bangkit Tanpa Dendam

Pelakon Dazrin Kamarudin mengakui pernah melalui fasa kehidupan yang sukar sehingga wang simpanannya habis, namun pengalaman tersebut menjadikannya lebih matang dan reda menerima ketentuan hidup. Menurut Dazrin, 37, dunia seni mengajarnya tentang realiti sebenar ketika […]

Trending Sat, 6 Jun 2020
Featured Fri, 26 May 2023

Dilamar Selepas Jadi Juara, Dinda Dania ‘Lari-Lari’ Nak Ke Mana?

Lari-Lari pergi mana tu? Comel je Dinda ni!

Hiburan Tue, 18 Jul 2023
error: Content is protected !!