Euforia Bola 2026
Hiburan By: Afiq Kandi December 16, 2025 @ 5:37pm

Dari Jatuh Bangun Ke Berdamai Dengan Takdir, Dazrin Kamarudin Bangkit Tanpa Dendam

Pelakon Dazrin Kamarudin mengakui pernah melalui fasa kehidupan yang sukar sehingga wang simpanannya habis, namun pengalaman tersebut menjadikannya lebih matang dan reda menerima ketentuan hidup.

Menurut Dazrin, 37, dunia seni mengajarnya tentang realiti sebenar ketika berada di puncak, ramai yang mendekat dan mengaku saudara, namun apabila diuji kejatuhan, dia terpaksa berdepan semuanya sendirian.

“Itu lumrah kehidupan. Ketika saya aktif berlakon dahulu, semua orang mahu rapat. Tapi bila jatuh, saya keseorangan di rumah hampir hilang kewarasan. Janji tawaran berlakon daripada produser pun sekadar kata-kata,” katanya.

Bagaimanapun, Dazrin menegaskan dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap sesiapa, sebaliknya memilih untuk berdamai dengan takdir yang telah ditentukan.

“Apabila saya bangkit semula, ada yang datang kembali. Saya tidak berdendam, tidak juga berniat membalas dengan perkara buruk. Saya sudah berdamai dengan nasib,” ujarnya.

Dazrin ditemui pada majlis pelancaran gedung karpet Al Aqsa miliknya di Shah Alam, Ahad lalu, yang menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan hidup dan kerjayanya.

Berkongsi pengalaman pahit, Dazrin tidak menafikan pernah berada dalam keadaan kewangan yang amat terdesak.

“Saya pernah sampai tahap tiada duit simpanan dalam bank. Ketika berlakon, duit memang banyak masuk, tapi Allah boleh menarik semuanya dalam sekelip mata,” katanya.

Penglibatannya dalam dunia perniagaan sejak beberapa tahun lalu membuka mata Dazrin untuk lebih prihatin terhadap kesusahan orang lain, terutama golongan yang kurang berkemampuan.

“Sebab itu sekarang saya cuba sedaya upaya untuk membantu orang. Saya tahu bagaimana rasanya hidup susah,” jelasnya.

Dalam menjalankan perniagaan, Dazrin turut menekankan prinsip memberi nilai terbaik kepada pelanggan. Walaupun kebanyakan produk yang ditawarkan di gedungnya diimport dan berkualiti tinggi, dia memilih untuk mengekalkan harga jualan yang mampu milik.

“Saya mahu semua golongan dapat merasai keselesaan dan gaya hidup mewah tanpa perlu membayar harga yang terlalu mahal,” katanya.

Bagi Dazrin, perjalanan hidup yang penuh ujian itu bukan sekadar pengalaman, tetapi pengajaran berharga yang membentuk dirinya hari ini lebih kuat, lebih bersyukur dan lebih memahami erti kehidupan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 Jul 2026

“Nak Menangis Tengok Mereka Berebut Tiket…” – Siti Nurhaliza Tersentuh Pengorbanan Peminat Sanggup Labur Duit & Masa Demi Konsert Gema Bumantara

Siti berkata, dia sempat mengikuti perkongsian peminat di media sosial yang memaparkan pelbagai reaksi ketika sesi jualan tiket

Featured Tue, 9 Jan 2024
Events Sun, 7 Apr 2019

《娘惹相思格》夺「DFKL 2019」最受欢迎中文电视剧

《娘惹相思格》气势逼人!以大热门姿态打败其他5部入围作品,夺「吉隆坡电视剧节」最受欢迎中文电视剧。

Hiburan Mon, 6 Oct 2025
Events Wed, 24 Jan 2018

NO DATE FOR VALENTINE’S DAY? WHY NOT JOIN THIS DATING EVENT

Still single, available and up for an adventure? Come join this dating event then. Oh, it’s also for charity!

Featured Tue, 27 Jan 2026
error: Content is protected !!