Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 15, 2025 @ 7:00pm

Dunia Industri Seni Terlalu ‘Toksik’, Nana Mahazan Akui Banyak Makan Hati – “Komen Netizen Beri Kesan Mendalam”

Penyanyi, Nana Mahazan gagal menahan air mata selepas berkongsi mengenai pengalaman peritnya sepanjang berkecimpung dalam industri seni.

Menerusi sebuah video di siaran radio, Nana tidak menafikan dia terlalu banyak memendam perasaan dan terguris hati dengan komen-komen netizen terhadapnya.

“Berada dalam industri seni ni tak mudah. Bila saya dah berhijrah ni orang yang tak suka tetap ada, tetapi mereka tak fikir kata-kata mereka itu bukan saja mengguris, tapi beri kesan mendalam.

“Sepanjang saya dalam industri selalu makan hati sampai fikir aku ni buruk, tak baik, memang Allah jadikan aku ni untuk dibenci manusia,” katanya dengan bercucuran air mata.

Dalam masa sama, Nana atau nama lengkapnya, Nurul Hana Che Mahazan, 42, memohon kepada netizen untuk menjaga tutur kata dan sikap agar tidak menyinggung perasaan orang lain.

“Sebenarnya, kita hidup kat dunia ni saya nak kita semua bersama semua umat Islam untuk sebarkan kebaikan.

“Tapi saya fikirkan kalau lah ada orang-orang yang selalu berkata baik, Insya-Allah ramai orang yang mungkin dah tersasar nak jadi baik juga.

“Tapi orang lagi suka menghukum, caci maki dan perkara itu tidak membantu.

“Kalau boleh warganet tulis yang baik-baik sebab kita tak tahu doa yang baik itu mungkin akan berbalik kepada kita,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan semangat kepada Nana untuk tidak terus mengalah dalam industri kerana masih ramai yang memberi sokongan kepadanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 17 Sep 2023
Featured Tue, 18 Oct 2022
Hiburan Sat, 20 Dec 2025
Hiburan Fri, 21 Sep 2018

Gambar Kemalangan Tular, Isteri Saleem Sahkan Kejadian Adalah Benar!

Keadaan Saleem stabil dan tidaklah seteruk yang diberitahu. Doakan agar Saleem segera sembuh dan saya anggap kejadian yang berlaku ini adalah ujian Allah SWT.

Trending Sun, 26 Jun 2022

“Untung Siapa Dapat Dia…” – Nazim Othman Puji Ruhainies Pandai Ambil Hati

Nazim Othman senang bekerja bersama Ruhainies, kali ini bawa watak komedi dalam siri Sorry Naik Lori.

error: Content is protected !!