Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 19, 2022 @ 7:50am

Tiket Konsert 30 Years Live in Kuala Lumpur Licin Dalam Masa 1 Jam, Dewa 19 Tambah Lagi 1 Malam!

Bagaikan pisang goreng panas.

Itu perumpamaan yang dapat menggambarkan keadaan penjualan tiket Konsert Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19 Live in Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 10 September ini.

Mula dilancarkan pada jam 11 pagi semalam (Isnin), penjualan tiket konsert yang akan diadakan di Axiata Arena ini mendapat respons luar biasa sehingga kesemua tiket berharga serendah RM148 hingga RM488 telah habis terjual dalam masa satu jam.

Menjengah ke akaun Instagram vokalis Dewa 19, Ahmad Dhani, rata-rata peminat kecewa kerana masih ramai yang tidak dapat membeli tiket konsert terbabit.

Menggambarkan perasaan mereka sebagai ‘sedih’ dan ‘kempunan’, ada antara peminat yang mencadangkan agar konsert itu diadakan selama dua malam.

Bagi mengubati resah peminat, Dewa 19 bakal menjadikan konsert terbabit berlangsung untuk dua malam iaitu pada 9 dan 10 September.

Penjualan tiket bagi 9 September bakal bermula jam 3 petang ini di www.ticket2u.com.my/dewa19

Hadir dalam rangka Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19, kumpulan yang sudah memulakan tour mereka di beberapa kota di Indonesia ini turut menjadikan Malaysia sebagai negara yang turut meraikan ulang tahun ke-30 penubuhan mereka.

Denagn slogan ‘30 Tahun, 30 Kota, 30 Lagu’, Ahmad Dhani berjanji persembahan kali ini akan diserta beberapa bekas anggotanya termasuk pemain drum, Tyo Nugros.

Selain itu, Ahmad Dhani turut menghimpunkan empat vokalis Dewa 19, Ari Lasso, Once Mekel, Virzha dan Ello di atas satu pentas!

Konsert 30 Years of Dewa 19 akan berlangsung pada 9 dan 10 September 2022 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 3 Oct 2023

Yasin Sulaiman Diarah Bela Diri Babitkan Tiga Tuduhan Kes Dadah

Moga urusan pelantun lagu Mimpi Laila ini dipermudahkan💥

Hiburan Wed, 14 Feb 2018

TONTON BAKAL PERKENAL WAJAH BAHARU, ANDA PILIH!

Tonton bakal memilih wajah-wajah barunya untuk tahun 2018 menerusi undian pembaca

Hiburan Mon, 18 Nov 2019

Apink Naeun Got Plastic Surgery, Again?

Netizens discuss whether her getting work done is for better or the worse.

Hiburan Wed, 9 May 2018

Selebriti Kongsi Gambar Jalankan Tanggungjawab Undi PRU14

Laman Instagram Selebriti kali ini meriah dimana rata-rata berkongsi gambar dakwat di jari menandakan yang undi telah dibuat

Featured Sat, 22 Nov 2025

Peserta Misi Kemanusiaan GSF Terkilan, Penganjur Batalkan Program Gara-Gara Tak Popular?

Haikal mengakui pengalaman itu meninggalkan kesan mendalam terhadapnya.

Featured Wed, 29 Nov 2023
Hiburan Wed, 7 Aug 2019

SM Super Boy Group Sets to Debut featuring Members of SHINee, EXO and NCT

Can you imagine the power they’ll have? OMG! Wig!

Featured Tue, 30 May 2023
error: Content is protected !!