Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 17, 2023 @ 9:10pm

“Saya Tak Pernah Berkongsi Apa-Apa” – Nabila Razali Jawab Isu Bertunang Dengan Usahawan

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali tetap dengan pendirian mengunci mulut dan berpegang pada prinsip untuk tidak berkongsi apa-apa.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 30, berharap semua pihak dapat menghormati privasinya.

“Seperti sebelum ini, saya mengharapkan semua pihak menghormati keputusan dibuat sebab ini privasi saya.

“Saya tidak pernah berkongsi apa-apa kenyataan, gambar mahupun video di mana-mana sosial media saya, apa yang berlaku di luar adalah di luar bidang kuasa saya.

“Untuk saya sendiri, sekiranya saya sudah bersedia sudah tentu saya akan maklumkan kepada rakan media, rakan selebriti dan sesiapa yang mengenali saya,” katanya ketika ditemui XTRA di sidang media drama lakonannya Slot Akasia: Luruhnya Bunga Cinta, petang tadi.

Biarpun sering diasak dengan persoalan mengenai jodoh dan cinta, pelantun lagu Peluang Kedua ini menyifatkan itu adalah perkara biasa yang perlu dilalui setiap anak seni.

“Kalau cakap fasal tekanan, dari dulu lagi bukan pasal soalan saja tapi kritikan dan cemuhan memang sinonim. Itulah asam garam anak seni yang sentiasa diperhatikan dan dijadikan bahan.

“Saya pun tidaklah marah, cuma satu minta satu saja agar menghormati keputusan saya. Terima kasih,” ujarnya.

Drama Luruhnya Bunga Cinta yang bakal bersiaran di slot Alasia TV3 bermula 19 September depan, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam adalah adaptasi daripada siri drama popular Korea yang berjudul Autumn in My Heart.

Drama bersiri 20 episod itu turut dibintangi oleh Redza Rosli yang menjayakan watak Nuh, Tracie Sinidol (Nuha), Bella Luna (Aleen), Auni Yusrii (Aara), Aniq Durar (Anwar) dan ramai lagi.

Terdahulu, media melaporkan Nabila melangsungkan pertunangan dengan seorang usahawan dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 10 May 2018

Wah…Sufian Suhaimi Dah Ada Lagu Raya!

Memandangkan bulan ramadan pun dah dekat, rasanya dah tiba masa untuk lagu itu diperdengarkan…

Trending Tue, 10 Apr 2018

Jangan Lupa Saksikan Pengumuman Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 Hari Ini!

Marilah, Mari Pergi Mengundi! Jangan lupa kewajipan pada negara!

Featured Sun, 2 Oct 2022
Trending Thu, 23 Aug 2018

‘Yang Mai Hantaq Orang Tua Ni Pasaipa’, Video Warga Emas Jual Kerepek Undang Air Mata

Depan mata aku pakcik ni nak tersembam, cepat kaki aku melangkah sambut pakcik. Terus ayaq (air) mata berderai. Bila tanya dah makan ke belum, dia jawab dak (belum) lagi, lapar…

Featured Wed, 9 Nov 2022
Hiburan Thu, 12 Jun 2025

MPO Semarakkan Warisan Muzik Tradisional dengan “Simfoni Budaya II” di DFP

MPO sekali lagi mengangkat martabat muzik tradisional tanah air menerusi konsert Simfoni Budaya II yang bakal berlangsung 5 Julai 2025.

error: Content is protected !!