Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 9, 2022 @ 10:09am

Selepas Dilabel B*doh Oleh Netizen, Raisa Mohon Berhenti Kecam Nabil Ahmad – “Tolong Jangan Marah, Kesian Dia!”

Susulan isu sindiran membabitkan penyanyi Indonesia Raisa yang berlaku baru-baru ini, ramai pihak nampaknya menuding jari terhadap tindakan pengacara dan pelawak popular, Nabil Ahmad.

Malah, terdapat segelintir warganet yang mengejek perbuatan tersebut sehinggakan ada yang melabel Nabil sebagai tidak beradab dan bodoh.

Bagaimanapun, tidak berasa tersinggung dengan insiden yang berlaku, Raisa atau nama penuhnya, Raisa Andriana, 32, berkata, dia menggunakan bahasa Inggeris ketika program berbayar itu berlangsung kerana takut penonton tidak faham dengan apa yang ingin disampaikannya.

“Sejujurnya, saya takut salah cakap kerana kadang-kadanga bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia itu mempunyai makna yang berbeza. Jadi, saya fikir guna sahaja bahasa Inggeris kerana tujuannya untuk memberi komen kepada peserta. Itu sahaja. Lagipun saya takut kalau salah.

“Jadi, dengan menggunakan bahasa Inggeris, saya fikir mungkin konteksnya pada ketika itu tepat kerana maksud yang ingin saya sampaikan tidak akan salah,” katanya kepada XTRA.

Raisa ditemui ketika majlis sidang media Raisa Live In Malaysia yang berlangsung di hotel terkemuka di ibu kota pada Selasa.

Tambahnya lagi, ketika kejadian berlaku, dia telah diminta untuk terus menggunakan bahasa Indonesia oleh pengarah konsert.

“Sebenarnya, saya ingin terus menggunakan bahasa Inggeris pada ketika itu tapi, studio director yang meminta saya untuk menggunakan bahasa Indonesia sahaja,” jelasnya.

Tidak mahu isu ini terus berpanjangan, Raisa bagaimanapun meminta warganet untuk berhenti daripada terus memberi kritikan terhadap Nabil.

“Tolong jangan marah Nabil, kesian dia! Lagipun, dia cakap cepat sangat, saya sahaja yang tidak faham,” ujarnya.

Terdahulu, susur masa media sosial dikecohkan dengan tindakan Nabil yang berseloroh terhadap Raisa ketika memberikan komen menggunakan bahasa Inggeris menerusi program hiburan yang disiarkan secara langsung sehingga penyanyi itu terlihat kurang selesa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Nov 2019

“Berilah Kepercayaan Kepada Kami Untuk…” – Hans Isaac

Masih baru memegang pucuk pimpinan, bagilah peluang ok?

Events Mon, 2 Jul 2018

Pecah Rekod! Syed Saddiq Menteri Paling Muda

Terdahulu, rekod pemimpin paling muda dalam Kabinet disandang Datuk Seri Najib Razak ketika dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos pada 1978, ketika beliau berusia 25 tahun sebelum memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan ketika berusia 33 tahun.

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Hiburan Thu, 30 Nov 2023
TECH Mon, 6 May 2019

Mosque Donations Made Easy & Transparent Thanks to Touch ‘n Go eWallet

Now, we can worry less about mosques being robbed or money being stolen!

Trending Wed, 17 Oct 2018

Kena Bagi ‘Password Phone’ Kalau Anda Bercuti Ke New Zealand. Kalau Tak Nak Bagi Kena Denda!

Denda akan dikenakan iaitu tidak melebihi NZD5,000 (RM13,461.99)! 

Featured Sat, 9 Aug 2025
error: Content is protected !!