Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 24, 2025 @ 8:24pm

Pencarian Bakat Baharu MuviiGrind Meriah di Kuala Lumpur, Adam Shahz Pun Turut Serta Cuba Nasib!

Walaupun sudah lama berkecimpung dalam industri seni, pelakon Adam Shahz tetap tidak melepaskan peluang untuk menyertai uji bakat pencarian bakat baharu anjuran MuviiGrind, sebuah platform penstriman baharu yang berfokuskan rantau ASEAN.

Kehadiran Adam menjadi bukti bahawa dunia lakonan sentiasa membuka ruang untuk wajah berpengalaman mahupun pendatang baharu. Suasana di ruang uji bakat bertambah meriah apabila Adam turut berada di barisan peserta, memberi semangat kepada calon-calon lain yang rata-ratanya masih hijau dalam dunia hiburan.

Aksi Adam yang merendah diri dan tidak kekok bergaul bersama calon lain jelas mencuri perhatian ramai. Kehadiran Adam seakan memberi isyarat bahawa pencarian bakat kali ini bukan sekadar peluang mencuba nasib, tetapi medan untuk semua, baik yang baru mahu menapak, mahupun senior untuk membuktikan bakat dalam dunia drama vertikal yang kian mendapat tempat.

Selain Adam, sesi uji bakat yang berlangsung di Teedo Hotel pada 21 September lalu dari jam 10 pagi hingga 6 petang itu menyaksikan kehadiran hampir 200 peserta dengan semangat tinggi untuk mencuba bakat beraksi di MuviiGrind.

MuviiGrind, sebuah platform penstriman baharu yang berfokuskan rantau ASEAN telah memulakan pencarian bakat untuk produksi drama vertikal terbarunya. Inisiatif ini bertujuan menampilkan kisah-kisah kehidupan masyarakat dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, dan Thailand.

Pemilihan Kuala Lumpur sebagai lokasi pertama sesi uji bakat bukan sahaja bertepatan dengan Malaysia selaku tuan rumah ASEAN ke-47, malah mencerminkan komitmen MuviiGrind untuk memperkaya industri hiburan serantau dengan wajah-wajah baharu yang segar dan relevan.

Sambutan luar biasa turut diterima secara dalam talian, dengan lebih 480 individu mendaftar dari seluruh Malaysia. Melihat permintaan yang memberangsangkan, MuviiGrind berhasrat menganjurkan sesi uji bakat tambahan dalam masa terdekat.

Panel penilai pula dibarisi nama-nama besar industri seni tanah air termasuk Datuk Fauziah Nawi, Rosnah Johari dan Zila Bakarin, masing-masing berpengalaman lebih berpuluh tahun dalam dunia hiburan.

Turut mengadili sesi ini ialah pengarah dan penulis prolifik seperti Hafiz Derani, Zaiham Zainal (Curly Jow), dan Rizuan Md Nor (Apple) yang pernah menghasilkan karya popular mendapat sambutan hangat penonton.

Sebagai nilai tambah, pelakon Danial Dashuki dan Tiara Suraya turut dijemput bagi berkongsi pengalaman sekali gus memberi pendedahan tambahan kepada peserta untuk bersedia menghadapi proses pemilihan yang kompetitif.

Sokongan turut diterima daripada Teedo Hotel selaku penaja lokasi dan Dosz Coffee Malaysia yang menyediakan lebih 500 cawan minuman pelbagai pilihan, dari kopi hingga cokelat dan teh, yang ternyata menceriakan suasana uji bakat.

Berbekalkan sambutan positif, MuviiGrind berhasrat memperluaskan jaringan kerjasama dengan lebih banyak pihak dalam usaha mengukuhkan industri hiburan serantau. Strategi ini juga akan membuka jalan bagi perkongsian manfaat antara Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, dan Filipina.

Selain itu, MuviiGrind merancang melibatkan pemenang festival filem berprestij antarabangsa seperti Cinema International Film Festival (Filipina), Piala Citra Festival Film (Indonesia), dan Suphannahong National Film Awards (Thailand).

Langkah ini adalah sebahagian daripada misi MuviiGrind menghasilkan karya drama vertikal yang kompetitif serta mampu menambat hati penonton di rantau ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Apr 2026

“Takkan Nak Tersenyum Setiap Masa? Jangan Cepat ‘Menghukum” – Rosyam Nor Tepis Dakwaan Artis Sombong

Rosyam berpendapat bahawa tidak wajar untuk terus cepat menghukum kerana artis juga manusia biasa yang turut berdepan keletihan dan tekanan kerja. 

Hiburan Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Sat, 16 Nov 2024

“Lagu ‘Gen Z’ Tak Cukup Kuat Untuk Bersaing Di Pentas AJL 39” – Edry Abdul Halim

Edry berpendapat karya-karta Gen Z terlalu santai, tiada daya saing dan sukar bertanding dalam AJL 39

Featured Thu, 11 Jun 2026

Bawa Watak Perempuan Bisu, Umie Aida Puji Lakonan Mantap Aghniny Haque Dalam Khadam – “Energinya Konsisten Dalam Setiap Babak”

Kata Umie, dia berasa kagum terhadap setiap lakonan yang diberikan para pelakon yang terlibat dalam naskhah thriller ini.

Trending Mon, 31 Dec 2018

Mesej Lagu Bagus Tapi…Nasi Lemak Di Dada Bikin Parodi ‘Taki Taki’ Dihentam Teruk

Nasi Lemak yang dilekat di dada penari di dalam video tersebut, dianggap tidak bermoral!

Hiburan Thu, 16 Oct 2025
Hiburan Tue, 25 Nov 2025

Siti Nurhaliza Usik Hael Husaini – “Tak Sabar Nak Nyanyi Masa Awak Bersanding”

Siti Nurhaliza usik Hael Husaini, seloroh nak nyanyi masa majlis kahwin

Featured Tue, 15 Apr 2025

Tanggung Kos Tiket 40 Jemaah Umrah Bernilai RM90,000, Aaron Aziz Nafi Ditipu -“Mereka Terdiri Daripada Golongan Berusia”

Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz mengaku menampung perbelanjaan tiket 40 jemaah umrah yang dianggarkan bernilai RM90,000.

error: Content is protected !!