Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 15, 2025 @ 8:02pm

Tanggung Kos Tiket 40 Jemaah Umrah Bernilai RM90,000, Aaron Aziz Nafi Ditipu -“Mereka Terdiri Daripada Golongan Berusia”

Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz mengaku menampung perbelanjaan tiket 40 jemaah umrah yang dianggarkan bernilai RM90,000.

Katanya, tidnakan tersebut dibuat kerana sifat tanggungjawab dan peri kemanusiaan memandangkan sekiranya dia tidak melakukan hal sedemikian, jemaah berkenaan tidak dapat mengerjakan dan melaksanakan ibadah tersebut mengikut waktu yang telah ditetapkan.

“Kalau saya tak belikan tiket dulu, kesemua 40 jemaah tidak dapat pergi umrah.

“Kesemua 40 jemaah itu saya tengok terdiri daripada pakcik dan makcik, kalau saya tak keluarkan duit 40 jemaah ini akan tersangkut macam begitu sahaja,” katanya.

Aaron atau nama penuhnya, Aaron Mustapha Aziz, 49, berkata demikian ketika ditemui usai majlis Raya Aidil- Fit-Rizz iQIYI  yang berlangsung di hotel Equatorial Hotel Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, teraju filem Ombak Rindu ini menjelaskan pihak tersebut juga kini dalam proses membuat bayaran balik kepadanya sekaligus menepis dakwaan kononnya dia ditipu susulan penamatan lantikannya sebagai agensi umrah di Persada Global Sdn Bhd  pada 25 Mac lalu.

“Saya tak guna perkataan tipu atau scammer, tapi mungkins alah percaturan kerana umrah ini bukan perniagaan macam pergi bercuti ke Paris atau London.

“Perjalanan umrah ini guna wang yang sangat tinggi.

“Lagipun kejadian ini berlaku sebulan sebelum saya menandatangani kontrak dan mereka kini sedang dalam proses pemulangan (bayara balik) kepada saya,” jelasnya.

Terdahulu, Aaron menerusi hantaran di media sosialnya tampil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap agensi umrah selepas mendakwa dirinya ditipu membabitkan sejumlah besar wang bernilai RM90,000.

Namun, pada Mac lalu, Aaron menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik di Instagram memaklumkan, penamatan lantikannya adalah berdasarkan keputusan yang dibuat hasil perbincangan secara terbuka dan profesional antara pihak syarikat dan dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN:”Saya Akan Terus Belajar Dari Dugaan Ini” – Lantikan Aaron Aziz Sebagai Pengarah Pemasaran Agensi Umrah Ditamatkan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Nov 2022

Aeril Zafril Tak Boleh Melawat Nad Zainal Gara-Gara…

Sebab apa eh Aeril tak boleh melawat Nad?

Hiburan Tue, 28 Nov 2023

Bapa Tutup Perniagaan, Jual Motorsikal & Kereta Demi Kerjaya Seni, Wafiy Janji Akan Balas Budi

Harapnya tercapai impian Wafi nak balas pengorbanan keluarga✨🫶🏻

Trending Wed, 7 Oct 2020
Featured Tue, 12 Oct 2021

“Ini Impian Arwah Masa Hidup”- Ibu Tiri Teruskan Legasi Perniagaan Siti Sarah

Kerinduan kepada mereka yang telah tiada pastinya tidak pernah akan dapat ditanggung. Kehilangan penyanyi Siti Sarah Raissuddin meninggalkan kesan yang mendalam buat mereka yang pernah mengenali allahyarham. Walaupun sudah dua bulan pemergiannya, peninggalan legasi perniagaan […]

Featured Wed, 10 Jan 2018

10 sebab travel buat anda lebih bahagia

Berkembangnya syarikat penerbangan tambang murah Air Asia membuatkan travel perlahan-lahan menjadi satu budaya dan gaya hidup masyarakat kita. Sama ada bercuti untuk bertemu keluarga di kampung, atau melepaskan lelah kerja seketika, travel sebenarnya bermanfaat kepada […]

Featured Mon, 5 Aug 2024
Events Wed, 11 Dec 2024

Kenyataan Fitnah, Tiada Perkahwinan Tengku Hassanal April Depan

Istana Pahang menafikan sebarang Istiadat Perkahwinan Diraja.

error: Content is protected !!