Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 23, 2026 @ 2:45pm

Aaisyah Tak Malu Depan Kamera, Che Ta Terbuka Jika Anak Mahu Jadi Artis

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, 52, tidak pernah memaksa anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana, 12, untuk terlibat dalam dunia seni.

Bagaimanapun, Rozita atau lebih mera disapa sebagai Che Ta berkata dia dan suami, Zain Saidin, terbuka sekiranya Aaisyah benar-benar berminat, asalkan tidak mengganggu pelajarannya.

Menurutnya, Che Ta sebelum ini menyangka Aaisyah seorang yang pemalu dan tidak yakin di hadapan kamera, namun sangkaan itu berubah apabila anaknya tampil dalam program Ramadan TV3, ‘Anak Mama Masak Apa Tu?’.

“Aaisyah rupanya tak malu depan kamera. Saya ingat dia malu, sebab itu tak bagi cuba bidang seni. Tapi bila dia masuk program itu, nampak dia seronok.

“Kalau dia suka, saya okay saja. Asalkan tak ganggu sekolah. Kalau ‘shooting’ waktu cuti tak apa, tapi kalau ada kelas memang tak bolehlah,” katanya.

Che Ta berkata demikian ketika ditemui pada kempen Ramadan Raya (RR) 2026, Jwanjih Kenyang anjuran TV3 baru-baru ini.

Dalam pada itu, Che Ta mengakui dia kurang bersetuju jika Aaisyah membintangi drama kerana komitmennya lebih berat dan memberi tekanan kepada kanak-kanak.

“Kalau berlakon drama memang tak bolehlah. Banyak tekanan, kena menangis dan sebagainya. Bila sampai babak kita, tetap kena buat walaupun mengantuk atau penat.

“Tapi saya akui, anak saya memang ada bakat dan pandai berlakon,” katanya.

Menurut Che Ta lagi, Aaisyah pernah menerima beberapa tawaran berlakon dan menyanyi dari Indonesia, namun ditolak demi memberi fokus kepada pelajaran, malah dia turut mengikuti kelas vokal bersama selebriti, Mark Adam.

Dalam masa sama, Aaisyah meluahkan rasa gembira dapat muncul dalam program tersebut bersama ibunya.

“Saya seronok dapat buat program ini dengan ibu. Semua jadi lebih mudah,” katanya yang turut mengakui meminati bidang lakonan dan nyanyian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Oct 2025

“Tak Pernah Rasa Rindu Atau Menyesal Cuma Tak Payah Jumpa” – Konflik Bersama Kak Nona, Kak KM Dedah Tak Pernah Anggap Kakak Kandung Musuh

Kak KM secara terbuka mengakui,  dia tidak menyimpan sebarang rasa rindu atau penyesalan terhadap apa yang pernah terjadi antara mereka.

Trending Thu, 7 Jun 2018

90年代小孩才懂!没网路也能狂玩手机电脑……

在每个人心中都有一个永远缅怀的黄金年代,对于现在的7、8年级生来说,90年代的许多事物都是难忘的回忆啊!对于废柴这样在90年代长大的孩子真的是如此。

Hiburan Thu, 19 Apr 2018

Turban Dan Seluar Pendek, Giliran Daphne Iking Dikecam

Daphine tampil menyuarakan pendapat mengenai fesyen turban menerusi Instagram Stories…

Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Amylea Panik Sebab AJL33?

All the best buat Amylea dan Kaer di pentas AJL33 nanti!

Trending Fri, 10 May 2019

明明坐着上班,为什么会那么累?

工作党们有没有这样的体验,朝九晚五的一天下来,感觉要腰要累断了……

Featured Fri, 3 Oct 2025

Ustazah Asnim Mansor Gagal Tahan Sebak, Titip Bacaan Yassin & Doa Buat Peserta Misi GSF

endakwah terkenal itu gagal menahan sebak ketika mengalunkan bacaan Yassin dan doa khusus buat para sukarelawan.

Hiburan Thu, 27 Apr 2023
Hiburan Wed, 18 Mar 2020
Hiburan Wed, 2 May 2018

Zayn Malik Wants Gigi Hadid Back but She’s Hesitant

So are they getting back together or not?

error: Content is protected !!