Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 3, 2025 @ 1:23pm

Ustazah Asnim Mansor Gagal Tahan Sebak, Titip Bacaan Yassin & Doa Buat Peserta Misi GSF

Hubungan akrab antara Ustazah Asnim Mansor dan barisan selebriti yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) mencuri perhatian ramai.

Lebih menyentuh hati, pendakwah terkenal itu gagal menahan sebak ketika mengalunkan bacaan Yassin dan doa khusus buat para sukarelawan yang kini berdepan situasi getir di medan misi.

“Ya Allah kami memohon kepada Ya Allah, selamatkanlah sahabat-sahabat kami sebagaimana Engkau selamatkanlah Nuh daripada banjir air yang besar Ya Allah.

“Hantarlah bantuan kepada mereka semua Ya Allah. Selamatkan sahabat-sahabat kami Ya Allah,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Asni Mansor (@asnimansor)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut pendakwah berkenaan tampil menitipkan doa dan harapan agar semua peserta misi yang terlibat berada dalam keadaan selamat.

Terdahulu, aktivis kemanusiaan yang ditangkap sejak awal pagi Khamis adalah daripada kapal Alma, iaitu Tuan Musa Nuwayri, Iylia Balqis, Sul Aidil, disusuli oleh Kapal Sirius membawa empat rakyat Malaysia iaitu Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin, dan Rusydi Ramli.

Kemudian Kapal Huga dinaiki oleh selebriti, Zizi Kirana turut dipintas, diikuti Farah Lee (Grande Blu), Danish Nazram (Grande Blu), seterusnya kapal Hio membawa Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi.

Tiga lagi aktivis kemanusiaan lain ditangkap menaiki kapal Free Willy iaitu Hareez Adzrami (Haroqs), Haikal Luqman dan Dr. Taufiq, manakala kapal Estrella membawa empat rakyat tanah air PU Rahmat Ikhsan, Mohd Asmawi, Norazman Ishak, dan Norhelmi Ab Ghani.

Susulan itu, kapal Mikeno dinaiki Ardell Aryana yang sebelum inj dikhabarkan semakin menghampiri persisiran pantai Gaza juga telah dipintas.

Pada masa sama, kapal Fair Lady membawa dua aktivis kemanusiaan Malaysia iaitu Zainal Rashid Awang (ZRA) dan Ustaz Mad dipintas, disusuli dengan kapal Inana membawa seorang aktivis iaitu Razali Awang.

Sehingga kini kesemua 23 aktivis kemanusiaan yang ditahan dilaporkan selamat, dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 18 Feb 2018

ITALIAN TOWN SELLS HOUSES FOR RM4 TO PREVENT POPULATION PLUMMET

There are 200 houses for sale at only RM4 each!

Trending Thu, 19 Jul 2018
Hiburan Mon, 24 Mar 2025

Kes Cerai: Diana Danielle Kekal Pendirian Mohon Dilepaskan, Farid Kamil ‘Kunci Mulut’

“Cepatlah selesai, banyak kali dah turun naik mahkamah. Benda yang sama juga,” – Diana Danielle

Hiburan Thu, 18 Jul 2019

Aisyah Aziz Lebih Layak?

Korang rasa siapa lagi layak?

Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Mon, 24 Dec 2018

Tahniah! Raja Ilya Kahwin Hari Ini

Selamat Pengantin Baru Ilya & TWG. Semoga terus bahagia hingga ke Jannah. Insha Allah…

Hiburan Wed, 31 Dec 2025

“Cukup Sampai Sini Kerjasama Dengan Pihak Tak Bertanggungjawab” – Firdaus Nadxaman Niat Nak Bantu Artis Veteran, Tapi….

Penerbit, pelakon & usahawan, Datuk Firdaus Nadxaman berkongsi pengalaman kurang menyenangkan membabitkan segelintir artis veteran yang dianggap tidak bertanggungjawab.

Trending Mon, 2 Nov 2020
Hiburan Wed, 15 May 2024
Hiburan Mon, 24 Jun 2019

Mahu Anak Ramai, Jom Doakan Untuk Siti Nurhaliza!

Dalam hal ini, saya berserah kepada ketentuan rezeki. Saya hanya mencuba yang termampu.

error: Content is protected !!