Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari June 12, 2023 @ 1:26pm

Isu Dihalang Berfoto Dengan Anak, Bekas Suami Fail Saman Fitnah… Kuna Tampil Bersuara – “Awal-Awal Jangan Jemput”

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan bekas suami kepada pelakon Kuna Muzani iaitu Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar memfailkan saman terhadap bekas iparnya atas dakwaan tidak membenarkan Kuna bergambar pada majlis perkahwinan anaknya kerana berstatus janda.

Susulan itu, Kuna atau nama sebenarnya Tengku Sarina Tengku Mohd Muzani tampil bersuara dan mempertahankan kedua adiknya, pelakon Kuza dan Kunie.

Menerusi perkongsiannya di Instagram pada Jumaat lalu, Kuna berdoa agar mereka diberi kekuatan untuk menyatakan fakta sebenar ketika di mahkamah.

“MasyaAllah… semoga Allah SWT memberikan kami kekuatan untuk menitipkan fakta yang sebenar di mahkamah nanti.

“Hanya Allah yang tahu disebalik segala cerita ni,” ujarnya.

Malah, Kuna meluahkan rasa kesalnya kerana diperlakukan sebegitu sedangkan dia adalah ibu kandung anaknya.

“Yang pasti, aku adalah ibu kepada si anak… tanpa aku dia tak aka nada di dunia ini.

“Sekiranya redha dan restu aku tak diperlukan, awal-awal lagi jangan jemput aku,” luah Kuna.

Terdahulu, pelakon Kuza dan Kunie meluahkan rasa berang apabila kakak mereka, Kuna diperlekeh malah tidak dibenarkan bergambar dengan anaknya bersama VVIP ketika majlis perkahwinan anak kandungnya kerana berstatus janda.

Artikel Berkaitan: “Malu Ke Dengan Mak?” – Sebab Berstatus Janda, Kuna Dihalang Berfoto Bersama VVIP Ketika Majlis Perkahwinan Anak?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Jun 2025

“Kebetulan Sama, Saya Tak Tipu” – Amira Othman Respons Baju ‘Sedondon’ Lagi Dengan Fattah Amin

Amira Othman anggap baju sedondon dengan Fattah Amin satu kebetulan

Hiburan Fri, 16 May 2025
Featured Fri, 19 Jul 2024
Hiburan Sun, 2 Sep 2018

Elfira Loy Dikhabarkan Bertunang, Ini Komen Sufian Suhaimi…

Gambar pertunangan Elfira bersama seorang jejaka menjadi bualan ramai sejak beberapa jam lalu.

Featured Thu, 23 May 2024

Pertikai Kenyataan Pergi Makkah Balik Hari Untuk Beli Perfume, Ryzal Ibrahim Gelar Netizen Jahil Pengetahun Agama – “Sampai Nak Baca Ilmu Pun Malas”

Betulll! Min setuju💯 at least bacalah dulu, kalau rajin buat research nampak lah cerdik😎✌️

Trending Tue, 30 Apr 2024
Featured Tue, 29 Nov 2022
error: Content is protected !!