Euforia Bola 2026
Featured By: Dhia Iwana July 19, 2024 @ 11:25am

Hampir 40,000 Individu Pelbagai Golongan Terima Manfaat Menerusi ‘Program Hijrah Prihatin’

Sempena meraikan ulang tahun ke-14, TV AlHijrah mengambil pendekatan berbeza dengan berkongsi rezeki bersama golongan memerlukan dalam program Hijrah Prihatin Kisah Mereka.

Sebanyak 130 bakul makanan telah diagihkan kepada beberapa pertubuhan dan kelab kakitangan termasuk Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, PPR Desa Tun Razak, Cheras (Mualaf), Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al Mahabbah, Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah serta Kelab Met Harian Metro.

 

Menurut Ketua Kumpulan integrasi Media & Hal Ehwal Korporate TV AlHijrah, Saifullah Sidek memaklumkan, inisiatif ini bertujuan mendekati masyarakat dan menyantuni mereka yang memerlukan.

“Selalunya kami yang menerima hadiah atau kek sempena tahun ulang tahun, tapi tahun ini kami ingin berkongsi rezeki kepada golongan yang memerlukan.

“Kami percaya inisiatif seperti ini lebih dekat dengan masyarakat.Kami sudah mengadakan pelbagai program sambutan, jadi kali ini kita cuba lari daripada kebiasaan. Kita perlu berkongsi program yang selalu dibuat tapi tak nampak di televisyen yang mana ia sangat signifikan dengan TV AlHijrah,” katanya.

Dalam masa sama, Saifulizan berkata, sepanjang lapan tahun Hijrah Prihatin turun ke lapangan, pihaknya sudah menjelajah ke beberapa lokasi yang kurang mendapat tumpuan seperti pulau dan penempatan terpilih di kawasan pedalaman.

Antara pulau itu seperti Pulau Redang, Pulau Aur, Pulau Pangkor, Pulau Tuba dan empat pulau di Semporna, Sabah.

“Hampir 10 pulau kita sudah pergi. Seperti kita tahu, kos kehidupan di pulau tiga kali ganda lebih tinggi dari tanah besar. Jadi, kita bantu mereka dengan tujuan meringankan bebanan. Kami turut bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Kalau boleh memang nak bagi semua orang merasa. Sebab itu kita cuba sedaya upaya bantu. Ada kes berkala dan ada kita pantau. Bukan nak menunjuk, tapi kita nak memberi galakkan kepada rakan-rakan korporat lain untuk sama-sama menyumbang,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 31 May 2025
Hiburan Wed, 16 May 2018

Jimin BTS Terima Ugutan Bunuh!

Jimin dilaporkan menerima ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali pada konsert yang bakal diadakan pada September ini

Trending Wed, 7 Oct 2020

Tarikh-Tarikh Penting Dan Kaedah Pembayaran BPN 2.0

Umum sedia maklum, kerajaan kini memperuntukkan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 berjumlah 7 billion kepada rakyat.  Bantuan ini akan disalurkan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini, tanpa perlu […]

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

FATHIA LATIFF, SILA JANGAN BUAT KOMEN BODOH, CAPRICE BENGANG!

Menerusi komen yang diberikan Fathia itu, Caprice telah memuat satu lagi video pendek di instagramnya yang seakan-akan memerli Fathia mengenai isu Bigo Live nya beberapa bulan lepas

Featured Wed, 11 Jan 2023
Eat Travel Wed, 4 Mar 2020
Events Tue, 18 Sep 2018

Joe Flizzow, Ismail Izzani, Dayang Nurfaizah, Aizat Amdan Gamatkan Konsert Tremendous JOOX 22 September Ini

Selepas tiga tahun beroperasi, ini merupakan cara JOOX menyatakan ucapan terima kasih kepada pendengar dan peminat yang selama ini menyokong mereka. Cayalah JOOX!

Featured Thu, 19 Dec 2024

Miliki Ganja Seberat 60.3 Gram, Along Cham Disambung Reman 4 Hari

Perintah sambung reman itu dibuat polis di Mahkamah Majistret Sepang.

Featured Wed, 31 May 2023
error: Content is protected !!