Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 26, 2025 @ 3:34pm

“Saya Akan Terus Belajar Dari Dugaan Ini” – Lantikan Aaron Aziz Sebagai Pengarah Pemasaran Agensi Umrah Ditamatkan

Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz berkongsi mengenai penamatan lantikannya sebagai agensi umrah di Persada Global Sdn Bhd berkuatkuasa pada Selasa.

Menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik di Instagram, keputusan itu dibuat hasil perbincangan secara terbuka dan profesional antara pihak syarikat dan aktor itu.

“Ia mengambil kira penyusunan semula pelan strategik dan hala tuju syarikat akibat keperluan dan situasi semasa landskap industri pelancongan yang pantas berubah menyebabkan segala komitmen yang dijanjikan kepada Aaron tidak dapat ditunaikan,” kongsinya.

Meskipun begitu, pelakon filem Sheriff: Narko Integriti ini menganggap penamatan lantikannya itu bukanlah sebagai pengakhiran selain mengaku industri pelancongan dan Umrah mempunyai cabaran tersendiri.

“Bulan yang penuh barakah marilah kita selesaikan apa saja masalah dengan cara baik.

“Buat yang tertanya-tanya industri pelancongan atau umrah memang banyak cabaran dan oleh kerana pihak lain yang tidak pandai mengendalikan busines mereka akan beri kesan kepada orang lain.

“Tapi untuk diri saya ini bukan pengakhiran dan saya tidak ingin pun untuk jatuhkan mana-mana pihak saya akan terus belajar dari dugaan ini dan akan kembali kuat,”katanya.

Terdahulu, Aaron menerusi hantaran di media sosialnya tampil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap agensi umrah selepas mendakwa dirinya ditipu membabitkan sejumlah besar wang bernilai RM90,000.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 2 Aug 2022

“Proses Pemulihan Sangat Sukar” – Mata Kiri Ben Amir Hampir Buta

Ben Amir hampir buta selepas menimpa kemalangan.

Hiburan Fri, 3 Oct 2025
Hiburan Wed, 7 Nov 2018

Maafkan Dia, Semua Orang Pasti Buat Silap – DSV

Buang yang keruh, ambil yang jernih ok?

Kisah Viral Mon, 3 Mar 2025

“Susah Mana Perjalanan Anda Nak Jadi Baik, Jagalah Sembahyang… Kerana Solat Itu Tiang Agama”- Amira Othman

“Saya memang tak baik, saya penuh dengan dosa. Tapi, saya berpegang kepada solat”- Amira Othman

Featured Thu, 10 Jul 2025

“Semua Bride Nak Nampak Cantik, Bukan Nak Masuk Competition Baju Siapa Paling Lawa” – Elfira Loy

Elfira Loy tampil mempertahankan adiknya isu busana perkahwinan yang dikatakan sama dengan Ally Mukhriz.

Hiburan Thu, 20 Mar 2025
error: Content is protected !!