Euforia Bola 2026
Hiburan By: Dhia Iwana April 20, 2024 @ 5:31pm

‘Rebel: Berontak Untuk Berotak’ Filem Aksi Arahan Pertama Awie

Setelah bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie kini diberi peranan sebagai seorang pengarah.

Menariknya, Awie telah dipilih untuk bertindak selaku pengarah menerusi sebuah filem aksi berjudul REBEL: Berontak Untuk Berotak.

Bercerita lebih lanjut tentang permulaan beliau diberikan peluang mengarah filem, Awie memberitahu ia berlaku setelah pertemuan dengan Allahyarham Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London.

“Arwah bersama penerbit datang berjumpa saya dan kami berbincang mengenai filem Rebel, namun agak terkejut apabila mereka turut menawarkan saya mengarahkan filem ini.

“Secara jujurnya, saya anggap ini satu tanggungjawab yang besar. Apapun saya terharu dengan peluang yang diberikan dan menerimanya dengan hati terbuka,” ujar Awie.

Rebel: Berontak Untuk Berotak mengisahkan tentang perseteruan antara dua individu iaitu Luka (Ben Amir) dan Bono (MK K-Clique), meskipun mereka berada dalam sebuah pertubuhan yang sama.

Jelas Awie, apa yang ingin dipaparkan olehnya adalah tentang proses ‘baik pulih’ dalam sesebuah pertubuhan yang mungkin ada berlaku sebarang kepincangan.

“Selain itu, intipati paling utama yang ingin saya paparkan adalah sikap ‘rebel’ atau memberontak yang ada dalam diri dan jiwa seorang individu.

“Dalam kehidupan ini, setiap manusia tak ingin dilahirkan nak jadi jahat. Tentu ada punca yang membuatkan individu itu ada sikap ‘rebel’ dalam dirinya, Itu yang saya ingin tonjolkan dalam filem ini,” katanya.

 

Pemilihan Ben Amir dan MK K-Clique Sebagai Watak Utama

Menariknya, filem ini menampilkan dua pelakon lelaki popular iaitu Ben Amir dan MK K-Clique selaku teraju utama selain Shiqin Kamal, Azlan Komeng dan Awie sendiri yang turut berlakon.

“Memang saya rancang untuk tampilkan pelakon seperti Ben Amir yang sebelum ini lebih dikenali dengan naskhah romantik. Jadi, saya cuba nak ubah dia untuk menjadi hero dalam filem aksi pula.

“Begitu juga dengan MK yang lebih menonjol dalam bidang nyanyian dan sudah mula aktif berlakon. Sepanjang penggambaran, saya lihat dia mempunyai kebolehan dan bakat yang besar,” jelasnya.

 

Sementara itu, Zamin Fakry Zainol selaku penerbit berkata, pemilihan Awie selaku pengarah dibuat lantaran pengalaman luas beliau dalam bidang lakonan.

Maka, pihaknya merasakan sudah tiba masanya untuk Awie diberi peluang meraih pengalaman sebagai seorang pengarah filem.

“Sudah tiba masanya penonton dapat menonton karya sulung daripada Awie, apatah lagi jalan cerita dan idea asal adalah daripada beliau sendiri,” jelas Zamin.

Pada masa sama, Zamin juga berharap agar filem Rebel ini akan mendapat tempat serta memberikan impak kepada penonton terutama sekali penggemar filem aksi.

Dihasilkan dengan kos hampir RM1 juta, filem Rebel akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 2 MEI 2024

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Dec 2019

Mira Filzah Dilarang Berkahwin?

Baru-baru ini pelakon dan pengacara popular yang menjadi buruan pengarah dan pihak produksi, Mira Filzah mengakui sedang berkawan dan mengenali hati budi seorang lelaki yang bukan dalam kalangan penggiat industri seni hiburan. Baca: Mira Filzah Jawab […]

Hiburan Fri, 29 Jun 2018

Sajat Sudah Berani Tunjuk Te***?

Amboii,, Sajat berani betul tunjuk aset dekat peminat kan?

Trending Mon, 12 Oct 2020
Featured Mon, 27 Oct 2025

“Terima Kasih Hantar Seorang Insan Yang Dapat Beri Cinta Sejati Pada Dia” – Erma Fatima Sebak Lihat Fattah Amin & Amira Othman

Erma bersyukur kerana Allah menghadirkan seorang insan yang dapat memberi cinta dan kebahagiaan buat Fattah.

Hiburan Sat, 28 Jun 2025

Miera Leyana Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke-5 – “Bila Kita Ada Satu Sama Lain, Itu Sudah Segalanya”

Miera Leyana sambut anniversary ke lima tahun bersama Rosland Othman

Featured Wed, 24 Jan 2024

Usia Kandungan Cecah 6 Bulan, Intan Ladyana Alami Alahan Teruk – “Yang Kedua Ni Lagi Memenatkan!”

Hanya ibu mengandung sahaja tahu perasaan ‘penat’ tu…Apapun moga dipermudahkan semuanya untuk Intan!

Trending Tue, 19 Feb 2019

Isu Vaksin Cetus Perbalahan Netizen! Doktor Pakar Ini Akhirnya Bersuara

Rancangan yang bertajuk Vaksin: Perlindungan atau Kemudaratan ini menjadi perdebatan hangat kelompok netizen di laman sosial

error: Content is protected !!