Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi June 1, 2022 @ 9:55pm

Raissuddin Hamzah Terubat Rindu Sambut Hari Jadi Bersama Wanita Wajah Mirip Arwah Siti Sarah

Beberapa bulan lalu, tular di media sosial mengenai seorang wanita yang dikatakan memiliki wajah mirip seperti allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.

Susulan itu, impian pelakon dan penyanyi veteran, Raissuddin Hamzah iaitu bapa kepada arwah Sarah ingin bertemu dengan wajah wanita tersebut akhirnya tercapai apabila mereka dipertemukan semasa majlis sambutan ulang tahun kelahirannya.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh ibu tiri arwah Sarah, Siti Fatimah Suberi berkongsi momen-momen indah yang dirakamkan semasa pertemuan suami dan cucu-cucunya dengan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Emy.

Di ruangan kapsyen hantaran tersebut, Fatimah mengucapkan kata-kata terima kasih kepada Emy kerana sudi meluangkan masa bersama keluarganya.

“Masa mula-mula orang kata muka dia sama dengan arwah, suami ada bagi tau teringin sangat nak jumpa dengan Emy ni.

“Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing-masing sibuk. Sempena hari lahir, kita bawa Emy untuk meraikan sekali hari lahir bersama-sama dengan kami semua.

“Terima kasih pada family dan rakan-rakan yang hadir untuk meraikan hari lahir abah, terima kasih juga untuk Emy dan keluarga yang sudi terima pelawaan kami,” tulisnya.

Video tersebut turut memperlihatkan wajah Raissuddin yang terkejut apabila menatap wajah Emy buat pertama kali kerana dikatakan hampir mirip dengan arwah Sarah.

@suciuwais Masa mula2 org kata muka dia sama dgn arwah, suami ada bagi tau teringin sangat nak jumpa dgn Emy ni. Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing2 sibuk.Sempena hari lahir kita bawa Emy utk meraikan sekali hari lahir bersama2 dgn kami semua. Terima kasih pada family dan rakan2 yg hadir utk meraikan hari lahir abah, terima kasih jugak untuk Emy dan keluarga yg sudi terima pelawaan kami 🥰❤️ #fyp #birthday #love ♬ Tanpa kekasihku – Agnes Monica

Video yang berdurasi 1.52 minit itu mengundang sebak netizen yang turut terkejut apabila melihat wajah Emy yang seiras dengan pelantun lagu Kesetiaan itu.

Dalam pada itu, ramai dalam kalangan netizen yang meluahkan perasaan rindu terhadap penyanyi tersebut, meskipun jasad sudah tidak dikandung badan menggamit memori setiap insan.

Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan Raissuddin yang terkesima melihat kemiripan wajah Emy yang ada iras wajah anaknya yang telah pergi ke negeri abadi.

Bukan itu sahaja, turut menjadi perhatian ramai apabila mereka melihat tindakan spontan anak lelaki Allahyarham Siti Sarah iaitu Uwais yang berkali-kali menoleh ke arah Emy.

Rata-rata netizen turut menumpukan perhatian pada reaksi spontan anak lelaki Arwah Sarah iaitu Uwais yang tidak dinafikan sangat merindui ibunya itu kerana dia berkali-kali menoleh ke arah Emy.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 26 May 2019
Hiburan Fri, 12 Jan 2024

Individu Dakwa Chef Wan Potong Separuh Gaji Pekerja Gred A, Bongkar Restoran De.Wan Tiada Untung?

Eh, takkanlah sampai gaji chef-chef hebat & pekerja lain RM1,500 je?

Events Tue, 24 Jun 2025
Hiburan Fri, 14 Jun 2024
Hiburan Thu, 3 May 2018

Sangkal Gosip, Mana Ada Ustaz Don Kahwin Dua!

Tambah Ustaz Don, beliau secara jujur memberitahu ini pertama kali dia mendengar gosip isu poligami melibatkan dirinya.

Featured Thu, 26 Aug 2021

Isteri Pelakon Badrol Shah Meninggal Dunia Selepas Ditidurkan Akibat COVID-19

Pelakon Badrol Shah atau Bad, 39, reda dengan pemergian isterinya, Farah Sheila Mazlan selepas 45 hari bertarung dengan COVID-19. Bad mengumumkan berita duka itu menerusi hantaran di laman Instagramnya. “Kali pertama masa pihak hospital membuat […]

Trending Thu, 26 Jul 2018

Gara-Gara Wajah Seiras Khairy Jamaluddin, Syafiq Khairil Mula Diburu

Bukan saja raut wajah mereka seakan sama, mereka juga berkongsi hobi bersukan yang sama.

Events Sat, 13 Aug 2022

Umum Bakal Adakan Konsert! Himpun Artis Tempatan & Indonesia, Faztival Fazura Bertujuan Raikan Peminat

Wah menariknya! 😍 Bak kata Faz harga tiket mampu milik #miliksemua

error: Content is protected !!