Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 5, 2025 @ 8:29pm

“Belum Tentu Saya Boleh Sekuat Mereka” – Putra Amaris Sebak Lihat Derita Kanak-Kanak Kanser, Berganding Bahu Teruskan Bantuan

Pelakon Putra Amaris tidak dapat menahan sebak apabila menyaksikan ketabahan dan semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh pesakit kanser kanak-kanak di bawah jagaan Pertubuhan Kebajikan Adina (Adina).

Menyifatkan dugaan yang menimpa anak-anak kecil ini sebagai satu ujian yang sangat besar, Amaris tekad untuk terus memainkan peranannya dalam membantu meringankan beban mereka bersama produk pencuci Biofitrah (M) Sdn Bhd yang melantik dirinya sebagai duta.

“Sungguh besar ujian buat mereka. Kalau saya di tempat mereka, entah macam mana. Belum tentu saya boleh sekuat mereka.

“Dalam masa yang sama, ini juga ujian buat kita yang dilahirkan sempurna, sama ada kita bersyukur atau tidak. Adakah kita peka dan prihatin terhadap insan-insan lain yang memerlukan bantuan kita.

“Jadi atas dasar itulah, saya dan Biofitrah mengambil inisiatif untuk berkongsi rezeki dengan mereka,” luahnya penuh emosi.

Sebagai duta, Amaris telah berganding bahu dengan jenama berkenaan dalam usaha berterusan mengumpul dana untuk membantu kanak-kanak pesakit kanser.

Salah satu inisiatif yang dijalankan ialah memperkenalkan kempen beli sambil menderma menerusi produk cucian PowerRein dan pelembut fabrik SoftRein.

“Ini merupakan tanggungjawab yang saya galas bersama Biofitrah. Jika sebelum ini Biofitrah bersama sama saya dalam program amal sempena Ramadan, kerjasama ini kami teruskan untuk membantu pesakit kanser kanak-kanak.

“Apa yang kami lakukan ini bukanlah kerana bisnes semata-mata, tetapi juga sumbangan amal yang berterusan.

“Untuk itu, kami amat memerlukan sokongan daripada mana-mana syarikat korporat, masyarakat dan pihak media bagi menjayakan program ini sekaligus meringankan beban anak-anak yang sedang menderita menghidap kanser,” jelas Amaris.

Pelantun lagu Ini Janjiku ini ditemui pada Majlis Pelancaran dan Perasmian Kilang Kedua Biofitrah yang berlangsung di Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Biofitrah (M) Sdn Bhd, Aman Rasyidi Mohd Noor berkata, penyertaan Amaris bukan hanya sebagai duta, malah beliau juga merupakan individu penting di sebalik penganjuran pelbagai aktiviti amal yang diselaraskan oleh syarikat berkenaan.

“Sejak tahun lepas, kami mula bersama Amaris. Amaris bukan sahaja sebagai duta, tetapi juga ‘tulang belakang’ kami dalam menganjurkan program-program amal.

“Saya percaya, dalam kita berniaga, pasti ada bahagian orang lain. Setiap pembelian SoftRein, RM1 akan disalurkan kepada Adina. Manakala setiap pembelian PowerRein, RM1 akan disumbangkan kepada Muslim Care.

“Insya-Allah, selepas ini kami juga merancang untuk menganjurkan program CSR khas bagi membantu artis-artis veteran yang memerlukan,” ujarnya.

Menurut Aman, Biofitrah sudah lebih tiga tahun aktif dalam aktiviti CSR, antaranya menyumbang kepada mangsa banjir dan bekerjasama dengan pelbagai NGO tempatan.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Adina, Nurdieana Mohd Mardzi turut menyuarakan rasa terharu atas keprihatinan dan sokongan berterusan daripada Biofitrah dan Amaris terhadap lebih 350 pesakit kanser kanak-kanak yang bernaung di bawah organisasi tersebut.

“Di kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Biofitrah dan Amaris kerana sentiasa peka dengan anak-anak bawah Adina. Sebelum ini sudah beberapa kali kami bekerjasama.

“Bercakap tentang anak-anak kanser ini, terdapat pelbagai jenis kanser yang mereka hidapi seperti kanser darah, otak, mata, saraf, buah pinggang dan sebagainya,” katanya.

Dalam pertemuan bersama media itu, Nurdieana turut berkongsi kisah menyayat hati seorang pesakit, adik Muhammad Firash Ukail Saiful Anuar, 9 tahun, yang menghidap kanser mata jarang jumpa dikenali sebagai Malignant Medullaepithelioma dan kini berada pada fasa paliatif.

“Sedikit perkongsian, adik Firash sudah tidak memerlukan rawatan di hospital lagi kerana sudah berstatus Paliatif.

“Paliatif ini bermaksud Firash tidak perlu menjalani apa-apa rawatan lagi sebaliknya hanya bergantung kepada doa dan keajaiban.

“Doktor cakap, berilah apa sahaja yang dia nak makan. Mak ayah dia akan penuhi apa sahaja permintaan anaknya itu.

“Walaupun dia tahu tahap sebenar kansernya itu, dia tetap jalani kehidupan dengan ceria. Mak ayahnya pun kuat sekaligus membuatkan dirinya kuat untuk jalani kehidupan seharian.

“Dalam masa yang sama, kami di Adina akan melakukan yang terbaik demi meringankan beban mereka. Ini kerana menjaga anak-anak kanser ini memerlukan lebih perhatian dan kos penjagaan.

“Kebiasaannya kami dapat senarai keperluan mereka daripada pihak hospital. Antara keperluan asas untuk mereka adalah lampin pakai buang dan susu bernutrisi yang bersesuaian,” tambahnya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB Islamic 8605749460 atas nama Adina Charity Circle.

Majlis pelancaran kilang kedua Biofitrah yang berlangsung di Nilai Utama Enterprise Park turut disempurnakan oleh mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Turut hadir ialah wakil MARA Negeri Sembilan, Siti Roziah serta kehadiran wakil NGO seperti Muslim Care Malaysia Society, Adina Charity Circle dan pelajar-pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Al Quran Misbahul Falah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 13 Nov 2018

蔬果「拟人化」后的爆笑日常!

日本超人气插画家「keigo」又绘出一系列的蔬果人,用可爱、逗趣的画风来勉励大家:做人其实很幸福好吗!

Kisah Viral Wed, 18 Mar 2026

Tular Di Threads Sehingga Undang Kecaman Warganet, Pengasas Gula Cakery Nafi Tuduhan Halang Pekerja Tunai Solat Jumaat

Pengasas Gula Cakery tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan bahawa syarikatnya menghalang pekerja menunaikan solat Jumaat.

Hiburan Thu, 24 Jul 2025
Hiburan Mon, 22 Jul 2019

‘Saya Malu Puji Anak Sendiri’- Rita Rudaini Tegur Ibu-Bapa Yang ‘Over’?

Wahai parents…lepaskanlah mereka bermain, kecil lagi..bina attitude anak-ana, ikut resmi padi ‘makin berisi makin tunduk’ jangan ikut resmi lalang ‘semakin tegak tiada berisi’

Featured Thu, 22 Dec 2022
Hiburan Mon, 5 Sep 2022

“Walau Sesial Mana Ibuku…” – Luahan Hati Puteri Balqis & Ibu Buat Warganet Emosi

Allahu, banyak yang terpendam dari kecil tu! Semoga Aqish dan ibu kuat dengan dugaan ini.

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

“Ada Peningkatan Tapi Perjalanan Masih Jauh” -Abby Abadi

Alhamdullillah! Berkat doa insyaAllah Baby D akan semakin sihat

Hiburan Thu, 1 Aug 2019

Congratulations! Another Big Day for Another Former U-KISS Member Kiseop!

Following his fellow group mates Dongho, Eli and Kibum, now it’s Kiseop‘s turn to tie the knot! Congrats Leonardo Dicaprio GIF from Congrats GIFs On August 1st, the former member of a 2nd generation Kpop […]

Featured Mon, 27 Apr 2020

Pertama kali berpuasa penuh, ratu terjun negara, Pandelela tabik pada orang Islam

Kagum dengan ketabahan rakan atlet Muslim beragama Islam

error: Content is protected !!