Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 November 22, 2019 @ 2:11pm

“Ada Peningkatan Tapi Perjalanan Masih Jauh” -Abby Abadi

Pelakon Abby Abadi melalui kemas kini perkongsian di akaun instagram miliknya memberitahu umum yang bayi lelaki pramatangnya, Muhammad Danial Firman Faizal kini menunjukkan prestasi yang lebih baik dan menunjukkan kenaikan berat badan.

Abby melahirkan Danial pada 27 September lalu ketika kandungannya baru berusia 6 bulan dan berat Danial waktu dilahirkan hanyalah seberat 535 gram sahaja. 

“Beratnya makin naik. 924 gram dah. Minum susu mama pun okay. Alhamdullillah.

“Masih dalam inkubator, masih bernafas menggunakan bantuan mesin.  Panjang lagi perjalanannya,” kongsi Abby di dalam entri Instagram tersebut.

 
 
 
View this post on Instagram

Muhammad Danial Firman Faizal ❤️ . Beratnya makin naik. 924gram dah. Minum susu Mama pun ok, Alhamdullillah ? . Masih dalam inkubator, masih bernafas mengunakan machine… Panjang lagi perjalanannya . Jumpa Pakar baru2 ni, katanya: Baby Danial lahir dalam keadaan yg belum bersedia, jadi dalam usianya yg baru 56 hari, berbagai kemungkinan buleh berlaku . Masih dalam Zon kritikal, jadi Sy hanya mengharapkan DOA berterusan dari Sahabat2 disini. Sebab tu, tak banyak yg Sy buleh cerita. Takut tersalah info pun ye juga . Setelah USAHA, Hanya DOA yg dapat mengubah nasib Baby D Sy. Tawakal hanya pada ALLAH. Sy & Suami @jaiezzany yakin Baby Danial Sy kuat & akan balik rumah kurang 2 bulan lagi inshaALLAH.. Amin ? . Mohon doakan ye ☺️

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Pelakon yang popular menerusi drama Gerak Khas ini berkata baby Danial masih di berada di dalam zon kritikal kerana lahir belum cukup bulan dan di dalam keadaan yang belum bersedia. 

Abby juga meminta orang ramai supaya tidak putus-putus berdoa supaya baby Danial membesar dengan sihat dan kuat. 

“Setelah usaha, hanya doa yang dapat mengubah nasib baby D saya. Tawakal hanya pada Allah. Saya dan suami yakin Baby Danial saya kuat dan akan balik rumah kurang 2 bulan lagi InshaAllah.. Amin..” tulis Abby lagi. 

Sebelum ini Abby pernah mengalami keguguran sewaktu usia kandungan mencecah lima bulan pada 2017. 

Terdahulu Abby mempunyai tiga orang anak melalui perkongsian hidupnya dengan pelakon, Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim (16), Marissa Dania Hakim (14) dan Maria Danisha Hakim (11).

Abby yang berkahwin dengan Faizal Zakaria pada Ogos 2015 pernah mengambil sepasang anak angkat, Muhammad Dayyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia. Baby Danial merupakan anak sulung bagi pasangan ini. 

Baca: Alami Masalah Turun Darah, Abby Abadi Jalani Pembedahan

Baca:“Kalau Anak Sakit Boleh Buat Apa Je? Meratap Hiba?” – Abby Abadi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 Oct 2021
Hiburan Fri, 15 Aug 2025
Hiburan Sat, 22 Jun 2024
Hiburan Wed, 13 Dec 2017

APLIKASI SHAZAM KINI BERSAMA APPLE

Lepasni, kesemua pengguna dan penggemar jenama Apple dan Shazam boleh memuat naik terus lagu-lagu kegemaran mereka sepantas yang mungkin

Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Selamat Tinggal, Boyzone!

Boyzone turut memilih Indonesia kerana sambutan di kalangan peminat yang diterima amat luar biasa!

error: Content is protected !!