Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 22, 2022 @ 12:44pm

Farid Kamil Pilihan Kelima Lakonkan Watak Anwar Ibrahim – “Saya Minta Nak Tengok Parut Di Mata Kerana…”

Pelakon Farid Kamil mendedahkan dirinya merupakan pilihan kelima untuk menjayakan watak figura politik terkemuka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Farid membawa watak mantan Timbalan Perdana Menteri itu dalam sebuah filem biopik terbitan produksi Indonesia, Bianglala Entertainment arahan sutradara Viva Westi.

“Ketika saya mendapat tawaran untuk menjayakan watak Anwar, saya kaji dahulu jalan cerita dan baca skrip yang disediakan.

“Selepas itu, saya meminta pendapat ibu saya sebelum menerimanya. Selepas ibu saya membaca jalan cerita karya ini, dia teruja kerana ia sangat menarik.

“Walaupun saya merupakan pilihan kelima untuk melakonkan karakter Anwar, tapi saya sangat bersyukur akhirnya rezeki berpihak kepada saya.

“Biarpun nama saya menjadi pilihan terakhir antara empat pelakon lain yang disenaraikan, saya rasa puas kerana terpilih untuk membawakan watak figura terkemuka ini. Jika tidak, ia akan dibawakan oleh pelakon negara lain,” katanya.

Tambah Farid, dia mengambil masa selama tiga bulan untuk membuat kajian mengenai Anwar.

“Saya buat kajian kerana watak ini sangat besar. Beliau merupakan seorang tokoh yang disegani dan masih aktif dalam arena politik. Jadi saya membuat kajian dengan mendalam.

“Saya sempat berjumpa dengan beliau selama dua jam sahaja dalam satu sesi makan malam. Tapi, saya rasa tak cukup.

“Jadi, sebelum saya bertolak ke Jakarta untuk memulakan penggambaran, saya minta lagi peluang untuk bertemu beliau.

“Menerusi pembacaan dan kajian yang saya lakukan, mengikut laporan perubatan, beliau pernah melalui detik hitam dikasari secara fizikal.

“Jadi, saya minta sendiri untuk melihat kesan-kesan fizikal yang pernah berlaku. Saya minta kebenaran untuk melihat parut di matanya kerana mahu membuat kajian dengan lebih mendalam.

“Saya minta beliau buka cermin mata dan mengangkat kening. Saya nampak parut yang masih berbekas.

“Ini sangat penting kerana filem ini berlatarkan kehidupan Anwar ketika tahun 1993 sehingga 1998 dan diolah daripada kisah benar,” katanya lagi.

Farid ditemui usai majlis tayangan filem Remp-It2 di Pavilion Bukit Bintang, semalam.

Selain menjadi pengarah dan pelakon utama, karya terbabit merupakan filem pertama terbitan Farid.

Turut menampilkan lakonan Cat Farish, Niezam Zaidi, Izzue Islam, Ahirine Ahirudin dan ramai lagi, Remp-It2 bakal menemui peminat di pawagam seluruh Malaysia bermula 24 November ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 16 Aug 2019

Fiza Halim Mengamuk Di IG?

Sabarlah ya Fiza…

Hiburan Wed, 29 Oct 2025
Hiburan Sun, 28 Jan 2024
Featured Fri, 21 Mar 2025

Kambing Perap Dapat Rating 1/10, Ini Respons Zara Zya – “Kalau Tak Sedap, Tak Apa… Jangan Beli Lagi”

Zara bagaimanapun mengucapkan terima kasih diatas pendapat yang diberikan.

Trending Fri, 12 Oct 2018

Mulai 2019, Semua Restoran ‘Open-Air’ Akan Diiktiraf Sebagai Zon Larangan Merokok

Kementerian Kesihatan telah pun mengesahkan berita ini.

Hiburan Wed, 5 Jun 2019
Drama Mon, 17 Feb 2020
Trending Wed, 14 Feb 2024
Trending Thu, 8 Feb 2018

Perut Wanita Mengandung Dibelah Dan Bayinya Diculik

Perut Wanita Mengandung Dibelah Dan Bayinya Diculik

error: Content is protected !!