Euforia Bola 2026
OMG By: Khairil Khusyairi January 3, 2024 @ 7:13pm

Niat Nak Pergi Berubat Dengan ‘Ustaz’, Akhirnya Jadi Mangsa Cabul

Seorang wanita bersama adik iparnya menjadi mangsa cabul seorang lelaki warga Indonesia yang menggelarkan diri sebagai ‘ustaz’ ketika menerima rawatan di kediaman lelaki itu di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang mendakwa ketika itu dalam keadaan separuh sedar diperlakukan suspek sebelum beredar dari kediaman itu dan tampil membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak semalam.

Menurut sumber, mangsa yang berusia 25 tahun bersama adik iparnya, 20, ke rumah terbabit untuk meneruskan rawatan kali ketiga dalam kejadian 9.30 malam.

“Mereka dibawa ke bilik berasingan oleh suspek sebelum menjadi mangsa cabul lelaki itu.

“Ia adalah kejadian kali pertama dicabul ketika menerima rawatan dengan suspek,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga Emas Berkerusi Roda & Anak Didakwa Rogol Gadis Bawah Umur Dalam Kereta

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Mar 2026

Erysha Emyra Terkejut Rumah Dipecah Masuk, Barang Kemas & Duit Raya Lesap – “Sedih & Trauma, Tapi Syukur Semua Selamat”

Kejadian itu berlaku ketika dia keluar berbuka puasa sebelum menerima panggilan cemas daripada adik-beradiknya

Featured Thu, 18 Aug 2022

“Wow, Sesuai Sangat Ni!” – Nak Jadi Anak Mahsuri, Izara Aishah Idam Berlakon Dengan Maya Karin

Uishhh, mantap ni kalau Izara Aishah bergabung dengan Maya Karin! Lovee aktres hebat hebat ni

Featured Wed, 16 Nov 2022

Mesra Berkempen, Ketampanan Shahril Hamdan Raih Tumpuan – “Kalau Single Baru Saya Pangkah”

Ahli politik, Shahril Sufian Hamdan merupakan salah seorang calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di kerusi Parlimen Alor Gajah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15). @shahrilhamdan Rata-rata warga yang lebih berpengalaman daripada saya […]

Featured Wed, 3 Aug 2022

7 Video Lucah Individu Mirip Vokalis Lelaki Popular Tersebar, Rakam Aksi S*ks Melampau!

Nohhhhh ghisau! Biar betul ni? Agak-agak siapa eh? 👀

Hiburan Sun, 10 Nov 2019
error: Content is protected !!