Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom April 25, 2018 @ 10:43pm

Pesanan Romantis Di InstaStory, Bukti Mira Filzah Dan Zizan Razak Dilamun Cinta

Pasangan ini pernah dikatakan menjalinkan hubungan istimewa selepas sama-sama menjadi rapat ketika mengacarakan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tahun lalu sebelum dikatakan putus beberapa bulan selepas itu.

Namun kejadian beberapa hari lalu, di mana tersebar dua screenshot di Instagram Story yang memaparkan ‘usik-mengusik’ antara aktres Mira Filzah dan selebriti serba boleh, Zizan Razak, membuktikan yang meraka masih lagi bersama malah semakin utuh.

Biarpun kedua-dua posting berbalas kata rindu itu tidak ditujukan secara spesifik, namun ramai yang percaya ia ditujukan antara satu sama lain.

Bagaimanpun jelas Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, status berkenaan bersifat umum dan tidak ditujukan kepada Zizan semata-mata.

“Saya rasa ramai yang dah tahu mengenai IG Stories itu dan bagi saya status itu bersifat umum dan tidak ditujukan kepada Zizan secara spesifik.

Foto : cinema

“Buat masa ini saya mahu memberi fokus terhadap kerjaya dan lebih selesa untuk bercakap mengenai kerja sahaja,” katanya pada majlis pertunjukan fesyen Ariani Luminious 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Jumaat lalu, gadis berusia 25 tahun ini memuat naik gambar jaket di ribanya dipercayai di dalam pesawat menuju ke Australia untuk penggambaran drama Rahsia Hati Perempuan.

Turut disertakan adalah ayat ‘Don’t miss me okay, love?’ (Jangan rindu saya okay, sayang?).

Zizan kemudiannya memuat naik gambar jam dan sebahagian tangannya dengan kapsyen ‘Sure I miss you sweetheart’ (Mestilah saya akan rindu awak, sayangku).

Foto : youtube

Mira yang pulang seketika ke Kuala Lumpur semalam juga menegaskan, dia kembali kerana komitmen sebagai Ikon Ariani bagi Ariani Luminous Lebaran 2018.

Bahkan Mira juga sudah kembali ke Perth, Australia malam tadi bagi menyudahkan baki penggambaran dan akan berada selama dua minggu di sana.

Ditanya adakah dia selesa berkawan dengan bintang utama Abang Long Fadil 2 itu, pengacara Nona ini tidak menafikannya.

“Dia seorang yang baik dan senang berkawan dengannya. Tetapi saya tidak mahu cerita sama keluar berulang kali dan sebab itu saya lebih suka bercakap mengenai kerjaya sahaja,” katanya.

Foto : pepatung

Sumber : Astro Awani (www.astroawani.com)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 May 2023

Slam Mengubat Rindu Peminat Dengan Konsert Nurkasih Ogos Ini

Wah memang tak sabarlah nak tunggu konsert ni

Featured Sun, 3 Jul 2022
Trending Thu, 21 Oct 2021

Ejen Ali Musim 3 Usahasama Penerbitan Julung Primeworks Studios, Wau Animation & Disney+ Hotstar

Bersiap sedia Ejen, kami menerima intel terkini untuk misi seterusnya, Ejen Ali Musim 3 akan menemui anda semua di skrin terdekat tidak lama lagi! Primeworks Studios, sebuah anak syarikat penerbitan kandungan Media Prima dan WAU […]

Featured Tue, 18 Oct 2022
Trending Tue, 18 Sep 2018

Beli Ubat Hormon Mencecah RM 1 Juta, Rosmah Bakal Hadapi 20 Pertuduhan

RM 1 juta untuk produk keremajaan kulit Datin Rosmah Mansor!

Trending Thu, 25 Jun 2020
error: Content is protected !!