Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 9, 2025 @ 7:36pm

Walau Black dan Eddie Tarik Diri, Konsert Ulang Tahun Ke-40 Wings Tetap Diteruskan – “90% Tiket Sudai Dijual”

Kumpulan rock legenda Malaysia, Wings mengesahkan Konsert Ulang Tahun Ke-40 mereka akan tetap berlangsung seperti yang dijadualkan walaupun dua ahli asalnya, Black (dram) dan Eddie (bass), mengumumkan pengunduran diri mereka, malam tadi.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Rumah Produksi Merah (RPM) yang bertindak sebagai penganjur konsert, Datuk Eddy Amir Salim, acara bertemakan Wings 40: 4 Dekad Terbang Tinggi itu akan diadakan pada 28 November 2025 di Idea Live Arena, Damansara.

Katanya, konsert ini diteruskan sebagai tanda penghormatan kepada perjalanan empat dekad Wings yang telah menjadi sebahagian penting dalam sejarah muzik rock tanah air sejak 1985.

Eddy turut menitipkan ucapan penghargaan dan doa kejayaan buat Eddie dan Black atas sumbangan mereka sepanjang bersama kumpulan tersebut.

Menurutnya, segala persiapan kini berjalan dengan lancar dan para peminat boleh menjangkakan sebuah persembahan yang luar biasa dan penuh kenangan.

“Konsert ini bukan sekadar pentas hiburan, tetapi satu simbol penghargaan terhadap legasi dan semangat Wings yang telah bertahan selama 40 tahun.

“Kami mahu peminat pulang dengan perasaan bangga dan puas, menikmati kembali lagu-lagu yang membentuk jiwa rock Malaysia,” katanya.

Tambahnya lagi, sambutan terhadap konsert amat menggalakkan apabila jualan tiket telah mencapai 90 peratus dan hanya tinggal sekitar 10 peratus tiket untuk peminat yang masih belum membuat pembelian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 28 Sep 2025

Hubungan Dengan Chubb-E Tidak Seakrab Dahulu, Rita Nadira Kini Berkawan Dengan Lelaki Berjambang

Rita Nadira kini lebih berhati-hati dalam berkongsi kisah peribadi.

Featured Wed, 16 Nov 2022

Dikhabarkan Mengajar Kelas Taranum, Ini Penjelasan Syafinaz Selamat

Wah inisiatif yang bagus untuk timba ilmu baru

Trending Fri, 16 Nov 2018

Transformasi Selebriti ‘Sebelum-Selepas’ Popular Bakal Buat Kamu Terkejut

Memang berbeza betul…Apa rahsia mereka agaknya?

Featured Tue, 31 May 2022
Featured Thu, 4 Sep 2025

“Fail Cerai Bukan Sebab Faisal Halim Tak Ada Duit  & Tak Handsome” – Peguam Isteri Perjelas Punca Cerai

Peguam tampil menjelaskan situasi sebenar mengapa anak guamnya memfailkan perceraian.

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Lisa Dan Yusry Nak Anak Lagi?

Semoga yang terbaik buat Lisa Surihani dan Yusry!

Hiburan Sat, 4 Feb 2023
error: Content is protected !!