Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir November 26, 2023 @ 10:36am

Tahniah! Kongsi Berita Gembira Isteri Disahkan Hamil, Awie Bakal Timang Anak Ke-7

Vokalis kumpulan rock Wings, Datuk Awie berkongsi berita gembira isterinya, Sharifah Ladyana disahkan hamil cahaya mata kedua mereka.

Memetik laporan Harian Metro, Awie atau nama sebenar Ahmad Azhar Othman, 55, bakal menimang cahaya mata ketujuh dan berharap agar proses kehamilan isterinya dipermudahkan.

Sebagai seorang bapa, Awie juga menerapkan sifat tegas dalam mendidik anak-anak.

“Saya sudah nak masuk yang ke-7 dah anak. Alhamdulillah ini rezeki Allah nak bagi dan saya rasa ini satu penambahan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup.

“Jadi kalau nak tegas dengan mereka ini bukan garang. Garang adalah ‘bullet’ terakhir. Kalau mereka malas nak belajar, terutama yang main-main selalu anak lelaki.

“Saya tahulah sebab saya lelaki. Insya Allah ini boleh beri ketenangan dalam hidup iaitu anak-anak. Saya tak terfikir saya ada tujuh orang anak. Selagi Allah izinkan,” katanya.

Menurut Awie, dia tidak merancang untuk menambah zuriat namun dia percaya cahaya mata ketujuh ini adalah rezeki daripada Tuhan.

“Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Selagi Allah izinkan, maknanya Dia tahu orang itu ada kemampuan. Rezeki tak pernah salah alamat,” kata Awie.

“Tidak merancang soal cahaya mata, Awie bersyukur dengan kurniaan Allah dan menganggap kehadiran anak-anak memberi erti kegembiraan buat dirinya.

“Saya berprinsip, selagi dia mampu, boleh jaga, selagi saya rasa saya boleh. Cuma jika rasa membebankan janganlah. Namun, takkanlah anak itu membebankan,” ujarnya.

Untuk rekod, Awie dan Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin mendirikan rumah tangga pada 7 Oktober 2016 dan dikurniakan seorang anak pada 2020.

Menerusi perkahwinan dengan Rozana Misbun pada 20 Jun 2005, mereka dikurniakan Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki, dan Puteri Qasseh Antasha namun telah bercerai pada 1 November 2014.

Awie juga memiliki dua anak hasil perkahwinan pertama dengan penyanyi, Arni Nazira iaitu Putri Aleeya Antasha, 23 dan Putri Aleefa Antasha, 21.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 May 2023
Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Ibu Mertua Kritikal, Ifa Raziah Mohon Doa Terbaik

Semoga ibu mertua Ifa Raziah diberi kesembuhan segera… Insya Allah, sama-sama kita doakan!

Trending Wed, 4 Nov 2020
Hiburan Thu, 2 Jul 2026

Tak Dapat Ucapan Hari Lahir Daripada Ibu Bapa? Ini Nasihat Siti Nurhaliza Yang Buat Ramai Tersentuh

Siti mengajak individu berkenaan mengubah perspektif mengenai sambutan hari lahir dengan meletakkan penghargaan kepada ibu bapa sebagai keutamaan.

Hiburan Tue, 12 Mar 2019

Pesanan Ringkas Dari Shahrnaaz Sempena Hari Wanita Sedunia

Sharnaaz memuji kaum wanita sememangnya insan yang sangat hebat tetapi diselitkan nota ringkas

Hiburan Thu, 12 Dec 2024
Trending Mon, 16 Dec 2019

Semata Nak Kaut Untung, Bapa Sewa Anak Pada Pedofil

seorang bapa sanggup menyewakan anak perempuannya kepada hampir 30 orang lelaki pedofil

error: Content is protected !!