Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 2, 2026 @ 12:24pm

Tak Dapat Ucapan Hari Lahir Daripada Ibu Bapa? Ini Nasihat Siti Nurhaliza Yang Buat Ramai Tersentuh

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian apabila tampil membalas luahan seorang individu yang mengakui berasa terkilan kerana tidak menerima panggilan telefon daripada ibu bapanya sempena sambutan ulang tahun kelahirannya.

Menerusi ruangan balas di Threads, Siti mengajak individu berkenaan mengubah perspektif mengenai sambutan hari lahir dengan meletakkan penghargaan kepada ibu bapa sebagai keutamaan.

“Akak nak kongsi satu. Selalunya kita memang mengharapkan orang memberi ucapan hari lahir kepada kita, terutama sekali ayah dan ibu. Tapi, boleh tak kita tukar persepsi itu?

“Bila tiba hari lahir, kita yang sepatutnya menghubungi ayah dan ibu untuk mengucapkan terima kasih kerana melahirkan serta membesarkan kita dengan baik.

“Sebab tanpa mereka, kita tak akan berada di dunia ini. Kita yang sepatutnya menghadiahkan sesuatu buat mereka.

“Semoga apa yang akak kongsi ini tak menyinggung perasaan ya. Selamat hari lahir, dik,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan perkongsian penyanyi itu dan menyifatkan nasihat berkenaan sebagai satu peringatan yang cukup bermakna.

Malah, ramai turut berkongsi tangkap layar perbualan mereka yang menghubungi atau menghantar mesej kepada ibu bapa masing-masing sebagai tanda penghargaan atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 2 Jan 2024

Dengar Suara Memanggil-Manggil, Nampak Melambai-Lambai…Ibu Sakit Rindukan Bella

Ibu mana yang tidak sayang anaknya, pulanglah Bella🤲🏻

Hiburan Fri, 3 Jan 2020
Hiburan Fri, 21 Feb 2025
Featured Sun, 25 Jun 2023
Hiburan Wed, 29 Apr 2026

Dipuji Mentua Idaman Wanita, Sheila Rusly Usik Nak Jadikan Fazura Menantu – “Kalau Ada Anak Lelaki Lagi Boleh Jodohkan…”

Sheila sempat mengusik dan berseloroh mahu menjadikan Fazura menantu sekiranya dia mempunyai anak lelaki lagi.

Trending Mon, 1 Jun 2020
Trending Mon, 16 Dec 2019

Semata Nak Kaut Untung, Bapa Sewa Anak Pada Pedofil

seorang bapa sanggup menyewakan anak perempuannya kepada hampir 30 orang lelaki pedofil

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Trending Fri, 10 Jul 2020

Hari Jumaat Diumum Sebagai Hari Jawi Bermula Hari Ini

Tulisan Jawi penting untuk generasi sekarang!

error: Content is protected !!