Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 7, 2024 @ 3:44pm

“Setiap Hari Selepas Senja Tekanan Darah Tinggi! Tapi Bila Jumpa Doktor, Penyakit Tak Dapat Dikesan” – David Teo

Penerbit filem terkemuka, David Teo, 60, mendakwa dirinya menjadi mangsa sihir yang membuatkan tekanan darahnya amat tinggi sehingga boleh menyebabkan strok.

Mendakwa ia dilakukan ahli keluarga, David menceritakan semula kisah yang pernah dialami itu membuatkan sikapnya menjadi pelik

“Pengalaman buruk itu terjadi selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapa saya. Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening kepala.

“Setiap hari menjelang senja, bacaan tekanan darah tinggi saya naik. Bermula jam 12 tengah malam hingga pagi, bacaan tekanan darah saya amat tinggi hingga boleh menyebabkan saya kena strok.

“Pada awalnya saya anggap itu normal kerana saya pun sudah berusia. Bagaimanapun, selepas berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan, doktor sahkan saya bebas daripada penyakit darah tinggi.

“Ketika itu, pelbagai perkara pelik yang saya lakukan seperti memakai baju berlapis-lapis seolah-olah berada dalam musim sejuk. Apabila nampak cahaya matahari, saya akan menggigil dan saya rasakan jantung berdebar.

“Selepas itu, saya mendapat tahu saya disihir selepas merujuk kepada seorang ustaz. Paling mengejutkan individu yang menganiaya saya adalah ahli keluarga terdekat,” katanya.

David ditemui XTRA pada majlis sambutan Aidilfitri filem Jangan Pandang Belakang 2 (JPB2), di Bukit Jalil, baru-baru ini.

Tambah David, dia hilang minat untuk meneruskan perniagaan gara-gara perbuatan yang dilakukan oleh individu terbabit.

“Sepanjang keadaan itu berlaku, saya sudah hilang minat nak berniaga, tak fikir pasal duit dan ingat nak mati sahaja. Bila rujuk kepada ustaz, barulah dapat tahu yang saya sudah terkena gangguan sihir.

“Ustaz itu dapat lihat dan memberitahu siapa dalang terbabit. Ketika proses rawatan, saya dimaklumkan ustaz, individu berkenaan menyihir saya dengan menghantar lintah ke dalam tubuh saya.

“Lintah itu akan musnahkan organ dalaman secara perlahan-lahan. Sebulan jugalah saya menderita sebelum pulih sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, David yang juga Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG) yang bakal menerbitkan JBP2 mengakui sekuel filem popular terbitannya itu berdasarkan pengalaman dirinya sendiri menjadi mangsa sihir.

Teruja dan saban minggu memantau perkembangan JPB2 arahan Pierre Andre yang dijangka ditayangkan hujung tahun ini, David tak sabar menanti reaksi penonton yang bakal menyaksikan filem yang dibintangi oleh Emma Maembong, Alif Hadi, Iedil Dzuhrie Alaudin, Mawar Rashid, Khatijah Tan dan Cat Farish.

Kredit foto: Utusan & Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 9 May 2023
Featured Tue, 5 Nov 2024

Selesai Rekod Persetujuan Nafkah Idah & Anak, Fazura Fail Tuntutan Hadanah Terhadap Fattah Amin

Perbicaraan tuntutan hak penjagaan anak akan ditetapkan tidak lama lagi. Doakan yang baik-baik buat Faz dan Fattah Amin!

Trending Sun, 7 Nov 2021

Episod Pertama Lagu Cinta Kita 3 Raih 3 Juta Penonton!

Lagu Cinta Kita Musim Ketiga (LCK 3) telah membuka tirai dengan episod pertama pada 31 Oktober lalu dan berjaya meraih lebih 3 juta penonton (sumber: Nielsen). Siaran langsung yang bermula dari 9.00 malam hingga 10.30 […]

Hiburan Thu, 27 Feb 2025

Fazura Dedah Sarimah Ibrahim Antara Rakan Selebriti Terawal Ambil Berat – “Selalu Kirim Surah & Beri Dorongan…”

Fazura bersyukur Sarimah Ibrahim sering bagi kata-kata semangat dan kirim surah

Hiburan Sun, 11 Jun 2023

Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records, Konsert Jilid Akhir Ella: Puteri Kota Yang Terakhir?

Memang best gila konsert Ella malam tadi!! Terubat rindu ramai penonton nak dengar Ratu Rock menyanyi live

Hiburan Tue, 31 Jul 2018

超过20组本地歌手零唱酬参与!爱国演唱会830引爆

《我爱马来西亚,同乐同庆演唱会2018》国庆倒数爱国演唱会将于8月30日在吉隆坡独立广场引爆!演唱会免费入场,且邀来了本地超过20组的三大民族歌手,众歌手皆零唱酬支持这场活动。

Trending Wed, 5 May 2021
error: Content is protected !!