Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops July 5, 2019 @ 1:00pm

Pemilihan pelakon utama The Little Mermaid cetus kontroversi

Ramai yang membesar dengan menonton filem animasi klasik Disney seperti Cinderella, Beauty & The Beast dan Aladdin.

Sejak beberapa tahun lalu, filem-filem ini telah diadaptasi dalam versi aksi hidup (live-action), termasuk filem Aladdin yang ditayangkan, baru-baru ini.

Tidak lama lagi, kita akan dihiburkan pula dengan versi aksi hidup The Lion King, filem yang menerima sambutan hangat ketika ditayangkan dalam versi animasi beberapa tahun lalu. Tahun depan, tiba pula giliran Mulan. Tak sabar nak tengok!

Satu lagi filem aksi hidup Disney yang akan menemui peminat adalah The Little Mermaid yang akan memulakan penggambaran pada tahun hadapan.

The Little Mermaid mengisahkan hidup seorang puteri duyung, Ariel, yang jatuh cinta dengan seorang manusia biasa.

Dalam filem asal yang ditayangkan pada tahun 1989, Ariel digambarkan sebagai seorang gadis berkulit putih dan berambut merah.

Itu sebabnya pemilihan pelakon berkulit hitam, Halle Bailey, untuk memainkan watak puteri berkenaan telah mendatangkan kemarahan segelintir peminat Disney.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

dream come true… ????????‍♀️???? #thelittlemermaid

A post shared by chloe x halle (@chloexhalle) on

Selepas Disney mengumumkan berita itu, beberapa individu berpendapat syarikat perfileman itu sepatutnya mengekalkan rupa asal Ariel dari segi warna kulit dan rambutnya seperti yang ditunjukkan dalam kartun asal.

Ramai pengguna media sosial menggunakan tanda pagar #NotMyAriel untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka. Berbaur racist pun ada!

Ada juga yang menyatakan filem itu tidak akan ‘tampak serupa’ dengan filem yang ditonton ketika mereka kecil dahulu.

Apa pendapat anda? Adakah paras rupa pelakon penting bagi menjayakan sesuatu filem itu?

Kenali Halle

Jom kenali penyanyi dan pelakon muda Halle Bailey yang bakal menjadi popular kerana diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab yang berat itu.

Sebelum ini, Halle memulakan kerjaya seninya beberapa tahun lalu dengan menyanyi lagu-lagu cover dalam laman Youtube bersama kakaknya Chloe di bawah nama Chloe x Halle.

Sejak itu, mereka berdua sudahpun membuat persembahan pada acara-acara yang berprofil tinggi seperti di konsert Beyoncé, 2019 Super Bowl dan juga Anugerah Grammy, yang mana mereka turut dicalonkan untuk kategori Artis Baharu Terbaik.

Selain itu, Halle yang berusia 19 tahun juga pernah berlakon, termasuklah di dalam filem Last Holiday 2006 bersama Queen Latifah dan di dalam siri komedi Grown-ish.

Setakat ini, tindakan Disney untuk mengambil Halle sebagai pelakon utama The Little Mermaid telah disirami dengan pujian dari ramai pihak termasuklah pelakon Hollywood terkemuka, Halle Berry.

Menurut sebuah kenyataan rasmi, pengarah filem The Little Mermaid Rob Marshall berkata: “Setelah penat kami mencari, memang jelas bahawa Halle memiliki kombinasi semangat dan jiwa, serta bakat menyanyi yang bagus.

“Kesemua ciri ini ialah penting bagi seseorang pelakon untuk membawa watak yang ikonik in,” katanya.

Semoga Halle berjaya melaksanakan tanggungjawab berat itu dengan baik. Adakah anda teruja?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Mar 2023

Padam Semua Hantaran Di IG, Ella Akan Berhenti Menyanyi? – “Terima Kasih Untuk 35 Tahun”

Alamak, ratu rock kita nak bersara ke? 😭🤧Jangan laaaa 😮‍💨 Min harap ini semua prank! 🤧😭

Featured Wed, 26 Mar 2025

Terima Sentuhan Magis Dari Stacy, Hafiz Zainal Buat ‘Comeback’ Penuh Makna! Hidupkan Memoir Dengan Jiwa & Emosi

Penyanyi dan doktor pergigian, Hafiz Zainal semakin dikenali menerusi penyertaannya menerusi program pencarian bakat popular, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) di TV3.

Featured Thu, 19 Jan 2023

“Saya Tak Akan Bebas Dari Perkahwinan Itu Sekiranya Bertahan Untuk Anak” – Shila Amzah Akui Kesihatan Mental & Kebahagiaan Diri Penting

Ada betulnya apa yang Shila katakan ini. Diri dan mental kita perlu sihat dahulu sebelum bahagiakan anak anak ❤️

Hiburan Mon, 19 Aug 2024

Peguam Sahkan Syamsul Yusof Fail Cerai Ira Kazar Pada Petang Isnin

Benar, Syamsul telah failkan cerai terhadap Ira pada petang tadi (Isnin) – Peguam Azmi Rais

Featured Sat, 24 May 2025

Ida Rahayu Takut Suara Ejen Ali Hilang, Luah Rasa Teruja Peminat Indonesia Sambut Persis Bintang K-Pop

Ibu kepada dua cahaya mata ini meluahkan rasa bimbang sekiranya suara Ejen Ali hilang.

Selebriti Wed, 29 May 2024
error: Content is protected !!