Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal December 16, 2019 @ 11:47am

Semata Nak Kaut Untung, Bapa Sewa Anak Pada Pedofil

Jenayah penindasan terhadap wanita agak kritikal di India. Antaranya adalah perbuatan rogol yang boleh dikatakan setiap hari berlaku. Terbaru, seorang bapa sanggup menyewakan anak perempuannya kepada hampir 30 orang lelaki pedofil.

Tindakan tidak berperikemanusian itu adalah untuk mendapatkan keuntungan daripada lelaki-lelaki yang ingin memuaskan nafsu terhadap kanak-kanak. Malah, lebih teruk apabila bapanya sendiri yang menawarkan anak perempuannya untuk disewakan.

Apabila golongan lelaki pedo itu tiba di rumah, mangsa dan ibunya akan dimasukkan ke dalam bilik yang berlainan. Mangsa yang terkunci di dalam bilik akan dirogol oleh pelanggan bapanya. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga turut mengambil gambar bogel kanak-kanak malang itu.

“Saya fikir ini adalah perkara biasa dan kemudian ayah saya menolak saya masuk ke bilik dengan orang yang tidak dikenali.”

Kejadian itu telah terbongkar apabila guru yang tinggal di kawasan berdekatan melihat perubahan oleh kanak-kanak itu. Apabila dipanggil oleh pihak kaunseling sekolah, kanak-kanak itu menceritakan segalanya.

Gadis berusia 12 tahun itu mengaku bagaimana ayahnya akan memaksa masuk ke dalam bilik dengan orang yang tidak dikenali dan akan mengambil gambar bogelnya bersama lelaki yang tidak dikenali. Tambahnya ketika disoal mengenai penggunaan alat mencegah hamil, gadis berkenaan mengaku bahawa kondom digunakan ketika perbuatan itu.

Lebih teruk lagi, ibunya juga tidak memihak kepada gadis berkenaan dan mendakwa bahawa gadis itu hanya mereka cerita. Cerita itu sengaja direka didakwa untuk membalas dendam terhadap kedua ibu bapanya.

Pihak polis telah menangkap tiga orang pelaku dan juga bapa mangsa di atas tuduhan merogol, serangan seksual dan menggunakan kanak-kanak atas tujuan seks. Gadis berkenaan kini berada di dalam perlindungan pihak terbabit sementara bapanya menunggu perbicaraan di penjara.

Sumber: Mirror UK

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 3 Jan 2026
Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Trending Fri, 4 Dec 2020
Trending Wed, 19 Sep 2018

Study Shows that Air Pollution Adds to Risk of Dementia

The fact that Malaysia has a ‘haze season’ should make us be more worried.

Featured Thu, 16 Mar 2023
Hiburan Tue, 19 May 2026

Cromok, Barbarik Gegar Pentas Menerusi Konsert Black On White Jun Ini Dengan Tribute Istimewa Untuk Kembara

Cromok & Barbarik bakal bergabung menerusi konsert Black On White yang dijadual berlangsung pada 27 Jun depan di IdeaLive Arena.

Hiburan Tue, 29 Jul 2025
error: Content is protected !!