Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 19, 2026 @ 11:11pm

Cromok, Barbarik Gegar Pentas Menerusi Konsert Black On White Jun Ini Dengan Tribute Istimewa Untuk Kembara

Selepas lama dinantikan peminat muzik rock dan metal tempatan, dua nama besar industri muzik tanah air iaitu Cromok dan Barbarik akhirnya bakal bergabung di atas satu pentas menerusi konsert Black On White Cromok-Barbarik yang dijadual berlangsung pada 27 Jun depan di IdeaLive Arena.

Konsert anjuran KARL Legacy dengan kerjasama Pentas Barbarik itu dijangka menjadi antara acara paling dinanti peminat muzik rock tahun ini apabila menghimpunkan dua kumpulan dengan identiti muzik berbeza dalam satu persembahan eksklusif.

Bukan sekadar konsert biasa, Black On White hadir dengan konsep lebih unik apabila mengetengahkan elemen penceritaan dan pengalaman persembahan yang lebih menyeluruh buat penonton. Lebih istimewa, peminat turut bakal disajikan dengan segmen tribute khas buat kumpulan legenda Kembara menerusi susunan muzik baharu yang lebih segar tanpa menghilangkan keaslian melodi asal.

Gitaris Barbarik, Jobranko berkata, idea menghasilkan segmen tribute itu tercetus bagi memberikan kelainan kepada keseluruhan perjalanan konsert selain menghargai pengaruh besar Kembara dalam perjalanan muzik mereka sejak muda.

“Saya memang kurang gemar konsert yang terlalu biasa. Pada saya, peminat datang bukan hanya mahu melihat band bermain lagu semata-mata, tetapi mereka mahu menikmati pengalaman yang berbeza.

“Sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan beberapa kumpulan lain, tetapi kali ini cabarannya lebih menarik kerana karakter vokal Mus dan Sam sangat berbeza. Jadi kami fikir perlu ada sesuatu yang mampu buat peminat lebih teruja untuk hadir ke konsert ini,” katanya.

Menurut Joe lagi, pemilihan lagu-lagu Kembara dibuat kerana karya kumpulan itu sangat dekat dengan jiwa mereka selain mempunyai mesej yang kuat dan relevan sehingga hari ini.

“Kami membesar dengan lagu-lagu Kembara. Banyak karya mereka sebenarnya mempunyai nilai yang cukup besar walaupun tidak terlalu diketengahkan. Jadi kami akan tampilkan lagu-lagu itu dengan susunan baharu yang lebih segar dan sesuai dengan energi Black On White.

“Lebih menarik, segmen ini juga akan menyaksikan Barbarik dan Cromok bergabung di atas pentas untuk beberapa persembahan khas sebagai penghormatan kepada Kembara,” katanya.

Sementara itu, Karl Cromok menyifatkan segmen tribute tersebut sebagai satu perjalanan nostalgia yang diberikan sentuhan moden mengikut identiti muzik kedua-dua kumpulan.

“Kembara memang antara muzik yang kami dengar sejak zaman remaja lagi. Jadi segmen ini seperti mengimbau kembali kenangan lama tetapi diberikan suntikan rock yang lebih moden dan bertenaga,” katanya.

Selain tribute khas buat Kembara, penonton turut bakal menikmati kolaborasi eksklusif antara Cromok dan Barbarik termasuk persembahan single baharu daripada kedua-dua kumpulan yang akan dipersembahkan secara langsung buat pertama kali.

Dalam masa sama, Karl turut memaklumkan konsert itu bakal tampil dengan konsep No Noise Digital Stage yang menggunakan teknologi persembahan digital sepenuhnya.

“Kami menggunakan sistem persembahan digital sepenuhnya tanpa amplifier gitar atau dram akustik di atas pentas. Semua audio akan dipantau menerusi sistem digital dan in-ear monitor supaya bunyi yang dihasilkan lebih bersih serta memberikan pengalaman audio lebih berkualiti kepada penonton,” katanya.

Bagaimanapun, Barbarik masih mengekalkan pendekatan persembahan konvensional mengikut identiti kumpulan itu dengan penggunaan monitor wedges dan setup pentas yang lebih organik, namun tetap dibantu penggunaan mixer digital.

Perbezaan pendekatan antara kedua-dua kumpulan itu sekali gus menjadi antara daya tarikan utama Black On White yang menghimpunkan dua identiti muzik berbeza dalam satu malam.

Konsert Black On White Cromok-Barbarik menawarkan beberapa kategori tiket dengan harga bermula RM175 bagi CAT 1, RM195 (CAT 2), RM250 (CAT 3), RM350 (CAT 4), RM480 (CAT 5) dan RM998 untuk pakej VIP (CAT 6).

Tiket boleh didapati menerusi MyArteez bagi kategori CAT 1, CAT 2 dan CAT 6, manakala kategori CAT 3 hingga CAT 5 pula dijual menerusi Fantopia.

Konsert itu turut mendapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi menerusi MyCreative Ventures melalui Dana Kandungan Kreatif Industri Muzik, Dana Persembahan Muzik.

“Kami di KARL Legacy ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Komunikasi dan MyCreative Ventures atas sokongan berterusan terhadap pembangunan industri kreatif tempatan menerusi Dana Kandungan Kreatif Industri Muzik dan Dana Persembahan Muzik.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada The Heritage Club serta Royale Chulan Kuala Lumpur atas kerjasama dan penyediaan venue bagi sidang media konsert ini,” kata Karl.

Sempena penganjuran konsert berkenaan, Royale Chulan Damansara turut menawarkan pakej penginapan eksklusif kepada peminat dengan harga bermula RM238 nett termasuk sarapan, baucar makanan dan perkhidmatan shuttle percuma dari hotel ke lokasi konsert.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 27 Sep 2019

Alami Masalah Turun Darah, Abby Abadi Jalani Pembedahan

Semoga dipermudahkan segala urusan untuk Abby Abadi, Insha Allah…

Featured Tue, 13 Jul 2021

“Ada Ibu Bapa Yang Tak Mampu Beli..”- Umie Aida Mohon Sumbangan Baju Pesakit Buat Kanak-Kanak Di IJN

Pelakon jelita, Datin Seri Paduka Umie Aida  meminta bantuan orang ramai yang mempunyai pakaian kanak-kanak terpakai berusia antara dua hingga lima tahun untuk memberi sumbangan  kepada pesakit kanak-kanak di wad Pediatrik Institut Jantung Negara (IJN). […]

Trending Mon, 27 Apr 2020

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un Dilaporkan Masih Hidup – Moon Jae In

Berita kematiannya mulai tersebar setelah dilihat tidak hadir ke acara penting..

Trending Mon, 22 Nov 2021

Jom Semak Perkara Yang Anda Kena Ambil Tahu Mengenai Bayaran Balik PTPTN, Check It Out!

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukanlah satu nama yang asing lagi dalam kalangan pelajar dan graduan. PTPTN menjadi sebab ramai antara kita dapat menamatkan pelajaran tanpa perlu memikirkan peningnya nak bayar yuran dulu kan? […]

Events Thu, 12 Apr 2018

Rico Rinaldi Dihentam Kerana Gunakan Neelofa

Menurut Rico pemilihan ini adalah disebabkan oleh imej dan penghijrahan Lofa yang dianggap sangat sesuai dengan jenama tersebut. Bagi Rico, beliau mengakui turut terkena tempias melibatkan isu kontroversi Lofa, sehingga menyebabkan ada beberapa pihak penaja yang telah menarik diri disaat-saat akhir. 

Featured Wed, 26 Apr 2023
Hiburan Sat, 28 Apr 2018

“Filem Pulang, Buat Bulu Roma Saya Meremang”- Remy Ishak

Ketika ditemui pada majlis pelancaran novel tersebut baru-baru ini, Remy memberitahu bahawa, perjalanan cerita dalam filem Pulang ada kena mengena dengan diri beliau sendiri

Featured Mon, 9 Jan 2023

Keluarga Syamsul Tak Akan Maafkan Kazar Saisi – Patimah Ismail

Kami terima takdir yang telah berlaku kepada anak kami yang malang itu – Ibu Syamsul Yusof

error: Content is protected !!