Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin April 12, 2018 @ 8:12am

Rico Rinaldi Dihentam Kerana Gunakan Neelofa

Pereka fesyen, Rico Rinaldi, 31 menjelaskan bahawa beliau sebenarnya bukanlah ingin mengambil kesempatan diatas populariti mahupun kontroversi yang melanda pengacara, pelakon dan juga usahawan berjaya, Neelofa. Ini kerana, melihat pada koleksi Rico iaitu Summeraya 2018, beliau telah memilih Lofa untuk dijadikan muse koleksi tersebut.

Menurut Rico pemilihan ini adalah disebabkan oleh imej dan penghijrahan Lofa yang dianggap sangat sesuai dengan jenama tersebut. Bagi Rico, beliau mengakui turut terkena tempias melibatkan isu kontroversi Lofa, sehingga menyebabkan ada beberapa pihak penaja yang telah menarik diri disaat-saat akhir. 

“Kami sudah berbincang lebih sebulan awal daripada kisah kontroversi pelancaran koleksi tudungnya berlaku dan segalanya sudah dijadualkan. Apabila perkara itu berlaku saya hanya berserah kepada Allah dan pasti ada hikmah disebalik kejadian itu. Lagipun, saya memilih Neelofa bukan kerana kontroversinya tetapi kisah penghijrahan dan pencapaiannya yang bersesuain dengan koleksi terbaru ini.” Katanya

Rico juga berkata, walaupun terdapat sesetengah pihak menarik diri daripada acara ini, namun pertunjukkan fesyen ini nampaknya berakhir dengan begitu indah sekali.

“Kritikan yang datang terlalu banyak sampaikan saya sendiri bertindak memadamkan komen-komen negatif di akau nmedia sosial jenama saya sendiri. Walaupun ada pihak penaja yang menarik diri, urusan dipermudahkan apabila ada pihak lain pula yang menawarkan diri. Apabila saya memuat naik gambar Neelofa sebagai Face of Summeraya 2018, saya dihentam. Ada yang kata saya nak cari publisiti murahan, mahu lariskan baju dan menggunakan Neelofa semata-mata untuk pemasaran.Tetapi, apa yang pasti, Neelofa sangat profesional dan memudahkan kerja saya “ Jelasnya ketika ditemui pada pertunjukan fesyen koleksi Ramadan dan Aidilfitri Summeraya 2018 yang berlangsung di Menara OBYU, Damansara

Antara artis terkemuka tanah air yang turut hadir ketika pertunjukan fesyen koleksi Ramadan dan Aidilfitri Summeraya 2018 oleh Rico Rinaldi ialah Datin Diana Danielle, Hanis Zalikha, Ziana Zain, Azira Syafinaz dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 9 Nov 2019

蔡琴一场接一场!2020年6月重返云顶舞台

错过了今年六月在云顶云星剧场举办的《2019有琴有艺》蔡琴演唱会的歌迷朋友,好消息来啦!

Events Sat, 30 Mar 2019

MEERACLE Hadiah Mercedes-Benz Kepada Wakil Jualan

Produk penjagaan wajah Meeracle menghadiahkan kereta Mercedes- Benz kepada empat orang wakil jualan mereka, baru-baru ini. Pengasas MEERACLE, Puan Meera Nordin ketika ditemui di majlis penyerahan kunci mengumumkan empat orang wakil yang telah mencecah sasaran […]

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

Ozlyn dan Johan Rajalawak yang bakal menimang cahaya mata kelima

Tahniah diucapkan buat pasangan Ozlyn dan Johan Rajalawak yang bakal menimang cahaya mata kelima

Hiburan Sat, 5 Jan 2019
Hiburan Thu, 5 Apr 2018

“Aku Berkerja Demi Hidup” – Intan Liana Semakin Berani

Rezeki Intan semakin bertambah selepas apa yang berlaku pada dirinya

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

Dimarahi Produser Antara Pengalaman Pahit Sarah Hildebrand Dalam Pujaan Hati Kanda

Tahniah Sarah! Di harap Sarah akan banyak lagi berlakon dan bawa watak-watak jahat macam Nadine!

error: Content is protected !!