Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 1, 2024 @ 2:08pm

Tinggal Kenangan, Banglo Mewah Milik Sharifah Aini Diroboh

Rumah banglo milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang sebelum ini tersergam indah di belakang sebuah hotel di Petaling Jaya akhirnya dirobohkan.

Rumah agam dua tingkat yang dilengkapi kemudahan seperti perpustakaan dan dua dapur, sembilan bilik tidur, tujuh bilik air, dewan acara, lima ruang tamu, kolam ikan serta sebuah bilik pembantu rumah itu kini hanya tinggal sebagai longgokan pecahan batu selepas ditarah jengkaut atas permintaan pemilik baharu sejak dua bulan lalu.

Menerusi sepotong video pendek yang dikongsikan portal hiburan popular, Hibglam, tapak rumah banglo mewah milik arwah dirobohkan selepas pemilik baru hanya menginginkan tanah dan bukannya banglo berkenaan.

@hibglam.com.my TIADA lagi banglo milik Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang sebelum ini tersergam indah di belakang sebuah hotel di Petaling Jaya. Rumah agam dua tingkat yang menjadi syurga penyanyi Seri Dewi Malam itu kini hanya tinggal sebagai longgokan pecahan batu selepas ditarah jengkaut atas permintaan pemilik baharu sejak dua bulan lalu. Baca artikel penuh menerusi www.hibglam.com.my atau klik Bio. Jangan lupa follow Instagram, Facebook, TikTok dan X (Twitter) #hibglam #sharifahaini #biduanitanegara #banglo #roboh ♬ original sound – HIBGLAM

 

Bukan itu sahaja, pengawal yang diupah oleh syarikat pembinaan tersebut memaklumkan, bahawa pihak mereka telah pun menjaga kawasan berkenaan sejak hartanah tersebut bertukar tuan sekitar awal tahun lalu.

“Saya cuma tahu dahulu rumah besar ini pernah didiami seorang penyanyi popular, tetapi kemudian dibeli sebuah syarikat.

“Kerja merobohkan rumah pun baru sahaja dilakukan sekitar Mei lalu. Selebihnya saya tak tahu. Saya cuma kerja jaga,”kongsinya

Difahamkan, menurut sumber terdekat keluarga Allahyarham, kediaman diruntuhkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah projek komersial.

Begitupun, individu terbabit tidak mengetahui syarikat mana yang berjaya membeli hartanah tersebut mahupun harga yang ditawarkan kepada anak tunggal arwah, Aliff Omar Ali, 42.

“Setahu saya semua barangan peribadi terutama trofi serta hadiah penghargaan yang diterima sudah disimpan di tempat selamat selepas tiga tahun rumah itu berada dalam pasaran.

“Saya kurang pasti sejak bila proses tersebut, mungkin sekitar 2020 ketika pandemik Covid-19 melanda dunia,” jelasnya yang eggan namanya diketahui.

@hibglam.com.my Eksklusif HibGlam bawakan keadaan tapak rumah banglo mewah milik Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang dirobohkan sejak dua bulan lalu. Difahamkan, tapak ini akan didirikan bangunan komersil. #datuksharifahaini #banglo #mewah #biduanitanegara ♬ original sound – HIBGLAM

 

Sekadar info, sepanjang hayatnya,  Allahyarham sering menjadikan rumah agamnya itu sebagai tempat pertemuan bersama rakan media, menjamu kenalan serta mengadakan majlis doa selamat yang turut dihadiri anak-anak tahfiz.

 

Sumber: Portal, TikTok HibGlam

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 12 Feb 2023
Hiburan Wed, 18 Oct 2023
Hiburan Sun, 11 Sep 2022

Nadia Brian Dilabel Seksi Kerana Hasil Kerja

Yeke Nadia Brian seksi?? Yang penting Nadia memang cantik!😍🔥

Hiburan Thu, 29 Feb 2024
Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Tya Ariffin Teruja Followers Cecah Sejuta, Cayalah!

Memang seronok tengok posting Tya setiap hari, penuh dengan positiviti!

Hiburan Sat, 5 Apr 2025
Featured Fri, 3 Feb 2023
Hiburan Wed, 3 Apr 2024

“Pengorbanan Itu Berkait Rapat Dengan Hidup Saya…” – Puteri Balqis

“Saya sanggup untuk buat apa sahaja demi keluarga” – Puteri Balqis

Events Tue, 2 Oct 2018

Sam Hui & Alan Tam to Make a Stop in Malaysia this December!

The Cantopop legends are coming to town.

Hiburan Sun, 19 Sep 2021

“Jangan Bandingkan Vokal Saya Dengan Arwah Achik” – Trending #2 Di YouTube, Tajul & Afieq Shazwan Nyanyi Semula Lagu Malam Semakin Dingin

Penyanyi Tajul dan Afieq Shazwan menyanyikan semula lagu Malam Semakin Dingin (MSD) yang pernah didendangkan oleh kumpulan Spin. Selepas lagu MSD kembali popular semenjak beberapa bulan lalu di aplikasi TikTok, syarikat rakaman FMC Music tampil […]

error: Content is protected !!