Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 1, 2025 @ 4:18pm

Berlakon Cerita Ajaran Sesat, Fazlina Ahmad Daud ‘Terseksa’ Minum Air Basuhan Kaki Faizal Hussein

Pelakon berkaliber, Fazlina Ahmad Daud mengaku terseksa ketika melakonkan babak dalam drama terbaharunya berjudul Bidaah.

Kata Fazlina, dia terseksa melakonkan babak mencium dan minum air basuhan kaki aktor terkenal, Faizal Hussein.

Namun demi menjiwai wataknya, dia harus bersikap profesional.

“Bila dia masukkan kaki dalam bekas tu dan bila tiba giliran saya automatik mudah sebab kita dalam karakter kita.

“Memang terseksa. Minum air basuhan dan cium kaki.

“Saya betul lakukan tanpa ada tapisan dan ia dilakukan dengan hanya sekali take sahaja,” katanya.

Fazlina berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media drama 15 episod, Bidaah yang diadakan di Aloft Hotel baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Fazlina menganggap setiap babak yang dilakonkan dalam drama ini adalah bertujuan untuk membuatkan penonton lebih cakna mengenai isu ajaran sesat.

“Di set penggambaran, kami bersikap profesional, dan apa yang saya lakonkan adalah tanggungjawab saya sebagai pelakon untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat.

“Secara tidak langsung, ini merupakan salah satu cara saya berdakwah melalui lakonan,” jelasnya.

Fazlina turut berkongsi bahawa pada awalnya dia menyangka wataknya hanyalah peranan biasa, sehinggalah dia berada di set penggambaran.

“Saya fikir watak yang diberikan hanyalah biasa, tetapi rupanya ia sangat berat dan mencabar.

“Karakter saya dengan watak tersebut sangat berbeza, hingga saya berasa simpati terhadap mereka yang menjadi mangsa ajaran sesat.

“Mereka mengambil kesempatan dengan berpura-pura membawa ajaran Islam yang sebenar,” tambahnya.

Sekadar info, Bidaah mengisahkan tentang Baiduri (Riena Diana), seorang wanita muda yang dipaksa oleh ibunya, Kalsum (Fazlina Ahmad Daud), untuk menyertai Jihad Ummah, sebuah kumpulan agama yang dipimpin oleh Walid Muhammad (Faizal Hussein).

Namun, Baiduri mula menyedari pelbagai perkara mencurigakan dalam ajaran kumpulan tersebut, termasuk perkahwinan paksa dan kepatuhan membuta tuli.

Kepulangan Hambali (Fattah Amin) dari Yaman, anak kepada orang kanan Walid, Abi Saifullah (Hasnol Rahmat), semakin mengukuhkan keyakinan Baiduri bahawa ajaran Jihad Ummah telah tersasar.

Dengan bantuan Hambali, Baiduri bertekad melindungi ibunya dan membongkar kebenaran, meskipun nyawanya sendiri berada dalam bahaya.

Selain Fazlina dan Faizal, drama ini turut dibintangi oleh Fattah Amin, Riena Diana, Marisa Yasmin, Vanidah Imran, Fathia Latiff, Hasnol Rahmat serta Malia Baby.

Drama Bidaah akan mula ditayangkan menerusi platform penstriman Viu pada 6 Mac depan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Oct 2018

Natasha Hudson Mengaku Dah Kembali Single

Natasha dan penyanyi dan komposer muzik, Carleed berkahwin pada April 2012 dan ia adalah perkahwinan ketiganya.

Events Mon, 26 Feb 2018

Akhirnya Abam Tinggalkan BBB 2018

Abam akhirnya meninggalkan pentas Bintang Bersama Bintang pada minggu yang kelima pada Ahad. Dengan persembahan berkonsepkan kekeluargaan, Abam menampilkan Shaney sebagai artis jemputannya untuk membantu beliau pada kali ini.   Namun, rezeki tidak berpihak kepada […]

Featured Thu, 22 Sep 2022

Tular Gadis Remaja Didera Teruk Bapa Tiri! Suspek Dibebas Dengan Jaminan Namun Kes Masih Dalam Siasatan

Dia pijak kepala saya banyak kali sambil hentak guna kaki dia – Mangsa

Trending Tue, 25 Jun 2019

Nak Bersuara Kena Bijak, Ratu Naga Selar Sifatkan Kenyataan Faizah Ariffin Tak Masuk Akal!

Ratu Naga menyifatkan kenyataan Naib Ketua Wanita Keadilan Pusat, Datin Faizah Ariffin tidak masuk akal.

Events Mon, 4 Jul 2022

Persembahan Penuh Bertenaga & Gamit Memori, Konsert Sulung Ruffedge Di DFP Mempesonakan Peminat

Fuh, memang meriah habis konsert Ruffedge! Bila Rindu dengan Ruffedge sampai Lemas penonton dibuatnya sebab mana ada kumpulan Seperti Mereka 😍🔥

Featured Mon, 17 Mar 2025

“Jangan Jadikan Broken Marriage Sebab Putusnya Silaturrahim”- Fasha Sandha

Fasha Sandha meluahkan rasa syukur apabila hubungan keluarga bersama bekas mentua dan pelakon Nora Danish kini baik.

Hiburan Wed, 24 May 2023
Featured Thu, 19 Jan 2023
Hiburan Mon, 9 Mar 2026
Featured Sat, 28 Jun 2025
error: Content is protected !!