Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 9, 2024 @ 1:39pm

Konsert Sebuah Epitome Tak Tambah Hari, Siti Nurhaliza Mohon Peminat Tunggu Plan Seterusnya – “Ada Dalam Tahun Ini Juga, Insya-Allah”

Mustika hati rakyat Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak menambah hari dan juga tiket bagi konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mac 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Menurut Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, dia dan pihak pengurusan terpaksa membuat keputusan tersebut kerana pelbagai faktor, selain telah mengubah tarikh beberapa kali.

“Saya mohon maaf kepada peminat saya yang berharap kerana saya tak boleh tambah tarikh dan tambah tiket. Jika saya buat pada 10 Mac, ia kurang sensitif kerana tarikh terbabit sudah menghampiri Ramadan.

“Kalau nak tambah pada 8 Mac pula, ia adalah hari terakhir latihan untuk konsert terbabit. Saya dan pihak pengurusan juga dah beberapa kali mengubah tarikh konsert dan 9 Mac adalah paling sesuai. Jadi, kami sudah fikir masak-masak dan sudah cuba untuk pertimbangkan, jadi keputusan akhir, kami tak mungkin akan tambah hari.

“Namun, peminat boleh mencuba nasib untuk mendapatkan tiket menerusi cabutan atau peraduan yang dianjurkan pihak penaja atau radio rasmi Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza, Hot FM dan Kool 101,” katanya kepada XTRA.

Siti ditemui ketika sidang media Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza di Deepblue, The Face Suite, Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam majlis sama, pelantun lagu Beradu Di Khayalan itu turut mengumumkan penyanyi terkemuka Indonesia, Judika bakal memeriahkan Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza selaku penyanyi undangan.

Tambah Siti, dia mempunyai perancangan untuk melakukan konsert seterusnya yang dijangka bakal diadakan pada tahun ini.

“Tiket habis dengan sangat cepat membuatkan saya sangat bersyukur dan terharu. Kehadiran penganjur untuk menyokong konsert ini juga membuatkan semuanya berjalan lancar. Ini merupakan rezeki untuk mereka yang terkesan di Gaza kerana sebahagian jualan tiket konsert akan disalurkan kepada Yayasan Nur Jiwa untuk membantu umat Islam di Palestin.

“Untuk peminat yang tidak berjaya untuk mendapatkan tiket, saya berharap anda semua untuk menanti konsert seterusnya, akan ada… Nanti kita akan beritahu. Ada, dalam tahun ini juga, Insya-Allah,” katanya.

Pada 21 Disember lalu, Siti mencatat sejarah manis tersendiri selepas jualan tiket untuk konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza ‘sold out’ dalam tempoh dua jam selepas ia dibuka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Mar 2019

‘Tiket Dah Habis Dijual’- Siti Nurhaliza Beri Amaran Kepada Scammer

Tolong jangan tertipu dengan scammer kerana tiket Siti Nurhaliza On Tour sudah habis dan hanya dijual di www.myticket.asia.

Trending Thu, 3 Jan 2019

Tiada Saman Sehingga Jun Bagi Kesalahan Merokok Di Kedai Makan

KKM tidak akan mengeluarkan sebarang surat saman selama 6 bulan melainkan melanggar peraturan

Hiburan Tue, 8 May 2018

Ramai Artis Malaysia Terlibat Isu Dadah, Zarina Anjoulie Lantang Bersuara!

Zarina Anjoulie disifatkan sebagai seorang yang sangat berani dalam menyuarakan pendapat beliau.

Featured Sat, 29 Oct 2022

“Tak Perlu Ada Pressure!” – Pesanan Makan Dalam Aisyah Habshee Raih Perhatian

YouTuber dan pempengaruh terkenal Aisyah Habshee tular di media sosial dengan kata-katanya yang mengulas berkenaan cara bersosial di dalam kehidupan seharian. Aisyah menjelaskan dirinya juga pernah mengalami masalah bersosial dengan masyarakat menerusi video berdurasi 28 […]

Featured Thu, 14 Aug 2025

Ibu Titip Ucapan Hari Lahir Buat Anna Jobling – “Happy Birthday Anak”

Ariz titip ucapan hari lahir yang ke 25 tahun buat satu-satunya anak perempuannya.

Hiburan Mon, 21 Jul 2025
Hiburan Sat, 14 Oct 2023
Trending Mon, 30 Apr 2018

Jatuh Tersungkur, As’ad Motawh Ucap Terima Kasih Kepada Alif Satar Kerana Sikap Budiman Alif

Ketika dia terseliuh dan jatuh terjelepuk, hanya penyanyi Alif Satar saja yang menunjukkan kesungguhan untuk membantu sedangkan lebih 10 artis berada diatas pentas sekadar melihat kejadian itu selain terpinga-pinga.

Alif Bukan saja berusaha membantu mengangkat As’Ad tetapi juga meminta penonton menghulurkan kerusi bahkan memapahnya keluar dari runway.

error: Content is protected !!