Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari June 10, 2024 @ 7:18pm

Adam Shahz Maklum Fatin Afeefa Minta Nafkah Anak Dinaikkan 6 Kali Ganda – “Sekarang Masih Dalam Proses Mahkamah”

Pelakon Adam Shahz memaklumkan bahawa bekas isterinya, Fatin Afeefa membuat permohonan untuk menaikkan nafkah anak perempuannya daripada RM500 kepada RM3,000 sebulan.

Memetik laporan mStar, Adam bagaimanapun kelihatan tenang dan beranggapan bahawa Fatin menuntut jumlah sedemikian kerana ada bahagian yang tidak mencukupi.

“Pihak plaintif (Fatin) tuntut nafkah anak, saya bayar tapi mungkin ada bahagian yang dia rasa tidak cukup. Sekarang perkara itu masih dalam proses mahkamah.

“Fatin minta RM3,000 sebulan berbanding sebelum ini hanya RM500. Buat masa ini saya tiada apa nak cakap sebab mungkin ada satu jumlah yang dia perlukan.

“Saya cuba membela diri supaya apa diminta adalah amaun yang wajar,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Fatin mendedahkan bahawa Adam tidak culas membayar nafkah untuk anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia, 9, namun enggan membayar yuran persekolahan anaknya.

Artikel Berkaitan: “Akhirat Kelak Takkan Nak Jawab Bapa Tiri Rela Hati Bayar?” – Tak Culas Beri Nafkah, Fatin Afeefa Dedah Bekas Suami Abai Yuran Sekolah Anak

Untuk makluman, Fatin memfailkan tuntutan nafkah terhadap Adam pada Ogos 2023 manakala Adam pula memfailkan permohonan hak lawatan dan bermalam bersama anak perempuannya itu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Untuk rekod, Adam dan Fatin berkahwin pada 21 Disember 2013 namun bercerai selepas empat tahun hidup bersama.

Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Pihak Sana” – Dapat Berjumpa Anak, Adam Shahz Syukur Fatin Afeefa Sudi Bertolak Ansur

Artikel Berkaitan: Tiada Halangan Bertemu Anak, Adam Shahz Lega

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Feb 2026

“Harap Ramadan Ni Orang-Orang Berilmu Kongsi Kisah-Kisah Ilmiah, Tak Mahu Gosip Atau Mengutuk” – Sweet Qismina

Sweet Qismina berharap bulan Ramadan kali ini dapat dimanfaatkan dengan perkongsian ilmu bermanfaat

Trending Sun, 21 Oct 2018
Featured Fri, 20 Jun 2025
Trending Sun, 24 Mar 2019

Tan Sri Vincent Tan Nafi Berjaya Air Punca Kematian Pekerja MAS

Beliau berkata syarikat Berjaya Air akan  memberikan kerjasama sepenuhnya dalam membantu siasatan pihak berkuasa. 

Trending Sat, 29 May 2021

“Kita Takkan Pernah Mati Dengan Cacian….” – Warganet Dakwa Lakonan Kayu, Ini Respons Sharifah Rose

Pendatang baru, Sharifah Rose, 23, terus optimis biarpun dihujani kritikan yang mendakwa lakonannya ‘kayu’ dalam drama bersiri Kekasih Hati Mr Bodyguard. Mula dikenali sebagai ‘instafamous’ sebelum berjinak dengan dunia lakonan, Rose bersikap terbuka dan menerima […]

Featured Thu, 1 Dec 2022
Trending Fri, 31 Jan 2020
Featured Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] Kongsi Video Anak ‘Sleep Call’ Dengan Kekasih, Ramai Puji Sikap Sharifah Zarina – “Sporting Ye Parents Macam Ni!”

Penyanyi Sharifah Zarina dipuji segelintir wargamaya yang menyifatkan dirinya sebagai ibu yang ‘sporting’. Menerusi hantaran di TikTok, Zarina merakam anaknya, Athalia yang sedang ‘sleep call’ bersama teman lelakinya. ‘Sleep call’ merupakan terma yang digunakan apabila […]

Hiburan Wed, 30 Apr 2025
Featured Mon, 18 May 2026

Netizen Puji Fattah Amin Ajar Anak Mengaji  – “Beautiful Family! Sama-Sama Solat & Luang Masa”

Tindakan pelakon dan penyanyi, Amira Othman berkongsi momen memperlihatkan suaminya yang juga pelakon popular, Fattah Amin bersama anaknya, Fatima Aisya mencuri perhatian.

error: Content is protected !!