Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 30, 2025 @ 8:24pm

“Roti Gardenia Untuk Nafkah Anak Pun Dipertikai” – Rita Rudaini Sifatkan Lelaki Kahwin Dengan Penyondol Tak Bijak

Pelakon, Rita Rudaini berkongsi pernah berdepan beberapa perangai atau kelakukan pasangan yang telah bercerai terutamanya dalam menuntut harta sepencarian mereka.

Menerusi platform Threads, Rita bercerita pelbagai karenah pasangan suami isteri yang bukan sahaja berkira dari segi barangan rumah, malah makanan juga menjadi perdebatan mereka.

“Bila tengok bergaduh, berebut pinggan, gelas bagai.. ni dari dulu kala zaman-zaman sis jadi ratu Mahkamah Syariah sis dah tengok macam-macam.

“Dalam court tu ada yang kes berebut tilam, kipas siling… macam-macam bila dah benci.

“Pernah satu ketika, sampai roti gardenia dalam resit untuk nafkah anak pun dipertikai.. ‘roti gardenia ni siapa makan? Keji kan?,” katanya.

Bukan itu sahaja, Rita turut menyifatkan segelintir lelaki yang berkahwin dengan wanita ‘penyondol’ ini kurang bijak.

“Kalaulah vendor machine atau kedai ada jual otak, mesti laku kan? Lelaki yang kahwin dengan penyondol ni tak ada yang bijak.. kalau dia bijak, dia tak akan pilih penyondol kan?,” soalnya.

Dalam pada itu, meninjau ke ruangan balas ada individu yang tidak bersetuju dengan kenyataan Rita itu kerana ada sahaja perkahwinan bahagia meskipun berkahwin dengan penyondol.

“Betul ke bahagia? Orang yang merosakkan dan meruntuhkan rumah tangga orang ni termasuk yang bersubahat, awak rasa Allah bagi rumah tangga dia kekal lama sebab apa?

“Awak rasa kalau 10 tahun perkahwinan masih okay, penyondol tu kira mulia lah? Sebab tu Tuhan bagi kekal. Tuhan ni sebaik-baik perancang.. Yang tak solat, main judi tapi Allah bagi dia kaya. Kenapa? sama kan..,” katanya. membidas komen netizen.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 8 Nov 2022
Hiburan Wed, 6 Mar 2024

Dayang Nurfaizah Mohon Henti Spekulasi Sakit – “Saya Sihat Saja”

Dayang sihat je tau! Jangan buat spekulasi bukan-bukan

Hiburan Sun, 1 Mar 2026

“Penghayatan Kami Berbeza! Kalau Tak Suka Cover Kelly Azman, Jangan Kecam… Sila Swipe” – Syamel

“Terima kasih Kelly Azman kerana memilih untuk cover lagu saya, tapi mohon peminat jangan kecam” – Syamel.

Featured Thu, 14 Aug 2025
Hiburan Sun, 8 Aug 2021

Shuib Gagal Tahan Air Mata, Oksigen Siti Sarah Tinggal 40%

Pelawak dan usahawan Shuib memaklumkan tahap oksigen isterinya, penyanyi Siti Sarah Raissuddin kini menurun kepada 40 peratus. Sarah kini masih berada di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur. “Saya baru […]

Hiburan Tue, 16 Jan 2024
Hiburan Wed, 6 Sep 2023
Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Beliau Hebat Di Padang Bola Tapi Lebih Hebat Apabila Pelihara Solat – Mufti

Saya yakin, dengan ledakan 43 gol dalam semua perlawanan bersama Reds musim ini, beliau akan pergi lebih jauh dan cemerlang dengan sikapnya yang memelihara hak Allah SWT sebagai Tuhan dan tuntutan beliau sebagai hamba-Nya. Yakinlah, kejayaan yang hakiki jua bersama dengan hamba-hamba-Nya yang memelihara solat.

Featured Thu, 13 Nov 2025
error: Content is protected !!