Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 6, 2023 @ 11:34am

[VIDEO] Hati Elisya Sandha Remuk Lihat Bunga Elhaq Masuk Hospital – “Selalu Aktif Tapi Sekarang Dah Berapa Hari Lemah Je”

Remuk hati seorang ibu dan juga pelakon, Elisya Sandha melihat keadaan anak perempuannya yang ditahan di wad setelah beberapa hari berada dalam keadaan lemah.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Elisya memuat naik sebuah video yang memaparkan momen anak perempuannya, Bunga Elhaq menerima rawatan di hospital.

Video berdurasi lebih 40 saat itu menunjukkan keadaan Bunga yang kelihatan sangat lemah difahamkan mengalami demam panas.

”It breaks my heart into pieces to see you like this @bungaelhaq.

“Allah je tahu betapa pedihnya hati mummy tengok you nangis and mummy cuba untuk tak nangis.

“Selalu Bunga aktif, happy go lucky and now dah few days lemah je… Get well soon my babygirl. I’m here with you always,” tulis Elisya.

Pada Isnin, menantu kepada pelakon dan penerbit terkenal Sheila Rusly itu berkongsi keadaan Bunga yang mengalami demam panas.

Lebih menyedihkan, Elisya turut berkongsi bacaan suhu badan Bunga turut mencecah kepada 40.3 darjah Celsius.

Elisya Sandha

Elisya Sandha

Namun, terbaharu Elisya dan suami, Uzair Haqimy berkongsi keadaan Bunga yang dikhabarkan semakin baik malah berterima kasih kepada semua yang mendoakan.

Elisya Sandha Elisya Sandha

Untuk info, Elisya Sandha dan Uzair Haqimy Azman melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq yang kini berusia 1 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 18 Feb 2023
Hiburan Fri, 27 Jul 2018

Charlie’s Angels 3 Lebih Moden?

Siri terbaru Charlie’s Angels ini menandakan era baru Hollywood yang semakin mempercayai bakat golongan wanita untuk mengarah filem berbajet besar dan mempromosikan kepelbagaian kaum kerana Scott berketurunan India manakala Balinska pula ialah aktres berdarah campuran.

Featured Sat, 13 Dec 2025

Hael Husaini Terkejut Dinobat Penyanyi Lelaki Popular ABPBH37 – “Rezeki Saya & Ini Bonus Buat Peminat”

Kata Hael, kejayaan itu tidak pernah terlintas di fikirannya walaupun sudah lama bertapak dalam industri muzik tanah air.

Featured Thu, 10 Nov 2022

Tak Berlakon Dalam Kampung People 3, Peminat Mahukan Hun Haqeem – “Dia Hidupkan Watak Baby Boo Jekfer”

Oh no my baby boo Jekfer.. Agak agak kenapa Hun Haqeem tak pegang watak Jekfer dalam drama Kampung People musim ketiga ek?

Hiburan Thu, 8 Jan 2026
Trending Tue, 24 Mar 2020
Featured Wed, 20 Jul 2022
error: Content is protected !!