Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 13, 2025 @ 5:17pm

Hadir Bertiga Dalam Siri Konsert ‘RadjaWali’ Januari Depan, Ian Kasela Tampil Respons – “Berlima Atau Berdua Muziknya Tetap ‘Full'”

Vokalis utama kumpulan Radja, Ian Kasela tampil menjawab dakwaan peminat mengenai susunan anggota kumpulannya yang akan hadir dalam konsert “RadjaWali Live in Malaysia” pada Januari depan.

Kata Ian, meskipun hanya hadir bertiga, kumpulannya akan beraksi di pentas konsert dengan persembahan muzik yang akan memberi pengalaman  manis kepada peminat-peminat Radja sama ada di Malaysia mahupun Indonesia.

“Biasanya Radja 5 orang dan kali ini tiga orang sahaja tapi menurut kami yang pasti, tidak kiralah sama ada kami berlima atau bertiga mahupun berdua, yang jelas muziknya akan tetap ‘full’.

“Kami harap semoga konsert akan berjalan dengan lancar dan baik. Dan semoga kita semua boleh saling menyokong dan memeriahkan konsert itu nanti,” katanya.

Mengulas lanjut, Ian turut mengalu-alukan peminat untuk membuat permintaan lagu untuk dimasukkan ke dalam set list  persembahan konsert itu nanti selain menjanjikan beberapa elemen kejutan.

“Teman-teman semua yang ada di Malaysia, diharap semuanya sihat walafiat.

“Diharap kita semua akan bergembira dan bersenang-senang pada Januari nanti bersama lagu-lagu hits kami. Kita akan sajikan sepuas-puasnya.

“Semua lagu hits Radja kami akan persembahkan. Dan, kami sangat mengalu-alukan jika teman-teman di Kuala Lumpur boleh membuat permintaaan lagu apa yang kami bakal bawakan nanti. Kelainannya? akan menjadi sebuah ‘surprised’,” jelasnya.

Tidak habis disitu, Ian memaklumkan, gabungan Radja dan Wali Band dalam konsert ini merupakan sesuatu yang istimewa kerana ia belum pernah dilakukan sebelum ini.

“Kami anggap ini sesuatu yang sangat istimewa kerana ia belum pernah terjadi sebelum ini.

“Jadi kami sangat berbangga dengan inisiatif pihak penganjur kerana menyatukan kami dalam konsert ini. Kami akan buat Kuala Lumpur bergegar,” ujarnya.

Sekadar info,  Impian Al Fateh Sdn. Bhd. dan GIS Entertainment & Events dan Infinity Love Creative Ventures (ILCV Events) sebagai penganjur bersama mengumumkan Radja dan Wali Band akan bergabung untuk satu persembahan khas bertajuk “Pentas RadjaWali Live in Malaysia” pada 10 Januari 2026 di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

ARTIKEL BERKAITAN:Radja & Wali Band Bergabung Dalam Pentas RadjaWali, Gegar Idea Live Arena Januari 2026

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 31 Aug 2018

Tahniah! Zizie Ezette Hamil Lagi

steri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkongsi berita gembira ini di laman Instagramnya, hari ini.

Trending Mon, 24 Sep 2018

喝完咖啡睡15分钟「咖啡觉」能让24小时没睡的你醒脑回神

许多人习惯喝咖啡提神,但殊不知「喝咖啡+小睡」这样的套餐组合,提神效果比单独喝咖啡还好。

Trending Fri, 3 Oct 2025

PDK Rengit Anjur Fun Run 25 Oktober Ini, Bantu Kumpul Dana Pendidikan Anak OKU & Autisme

PDK Rengit Fun Run 25 Oktober Ini, pendaftaran larian amal dibuka hingga Ahad ini

Hiburan Mon, 21 Aug 2023
Featured Tue, 5 Nov 2024

Isu Cerai Diana Danielle, Puteri Sarah Mahu Beri Ruang – “Kalau Dia Rasa Mahu Hubungi Saya Dan Bercerita, Dia Akan Call”

Sebagai rakan, Puteri Sarah tidak mahu menganggu Diana berkait isu cerainya😎✌️

Featured Fri, 6 Feb 2026
Hiburan Mon, 28 Jan 2019

’Memang Salah Saya…Saya Minta Maaf’ – Emma Maembong Mengaku Silap Gambar Buka Tudung Tersebar

Dengar tu, Emma dah minta maaf. Yang penting netizen jangan terus sebarkan gambar-gambar itu okay?

Hiburan Mon, 29 Jan 2018

Sporting habis ayah Yuna, cayalah!

Bapa Yuna, Datuk Indera Mat Zara’ai Alias membuat kejutan dengan menghadiahkan 2 buah lagu untuk anak beliau sewaktu majlis persandingan

Hiburan Thu, 12 May 2022

AC Mizal & Emylia Rosnaida Hadiahkan Anak Mercedes Benz Sempena Birthday Ke-18

Hadiah kereta mewah buat anak lelaki AC Mizal dan Emylia

error: Content is protected !!