Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 10, 2025 @ 2:44pm

Radja & Wali Band Bergabung Dalam Pentas RadjaWali, Gegar Idea Live Arena Januari 2026

Dua kumpulan legenda Indonesia, Radja dan Wali, bakal menggegarkan Malaysia menerusi konsert mega “Pentas RadjaWali Live in Malaysia” yang dijadual berlangsung pada 10 Januari 2026 di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Nama “RadjaWali” bukan sekadar gabungan dua nama, tetapi lambang penyatuan dua kuasa besar muzik Nusantara yang masing-masing mempunyai kelompok peminat setia di Malaysia.

Konsert ini menjanjikan sebuah malam penuh emosi, energi dan nostalgia apabila kedua-dua kumpulan membawakan deretan lagu yang pernah mewarnai era kegemilangan muzik pop Melayu di rantau ini.

Peminat Radja pasti menantikan lagu-lagu ikonik seperti “Jujur”, “Tulus”, “Bulan” dan “Cinderella” yang pernah menjadi siulan ramai.

Manakala kumpulan Wali pula bersedia menghiburkan Para Wali dengan seleksi hits popular mereka antaranya “Cari Jodoh”, “Baik-Baik Sayang”, “Yunk”, “Doaku Untukmu Sayang” dan “Tomat (Tobat Maksiat)”.

Ditubuhkan pada tahun 2001 di Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Radja dianggotai oleh Ian Kasela (vokal), Moldy (gitar utama), Indra Riwayat (bass) dan Seno Aji Wibowo (dram).

Membawa genre pop rock dan rock melayu moden, Radja mengakui mereka sangat teruja untuk kembali membuat persembahan di Malaysia selepas sekian lama.

“Malaysia selalu dekat di hati kami dan kami tidak pernah melupakan peminat di sini. Ia satu impian yang menjadi kenyataan apabila kami diundang untuk beraksi semula di Malaysia. Kami janji akan berikan persembahan terbaik buat semua yang hadir,” ujar Radja penuh semangat.

Sementara itu, kumpulan Wali yang ditubuhkan pada tahun 1999 di Ciputat, Tangerang Selatan, dianggotai oleh Faank (vokalis utama), Apoy (gitar utama & komposer), Ovie (keyboard) dan Tommy (dram).

Dikenali dengan lagu-lagu bertemakan cinta, nasihat dan ketuhanan, Wali kekal antara kumpulan paling digemari di seluruh Asia Tenggara.

“Syukur… Malaysia ibarat rumah kedua kami. Kami sentiasa dirindui oleh peminat di sini — begitu juga kami yang merindui sambutan mesra dan juadah enak di Malaysia. Untuk konsert kali ini, kami akan tampil dengan persembahan berbeza daripada sebelumnya,” ujar kumpulan Wali.

Konsert Pentas RadjaWali Live in Malaysia dianjurkan oleh Impian Al Fateh Sdn. Bhd. dan GIS Entertainment & Events, dengan Infinity Love Creative Ventures (ILCV Events) sebagai penganjur bersama.
Tiket untuk Pentas RadjaWali Live in Malaysia kini boleh didapati menerusi Fantopia.io, dan turut menawarkan kemudahan pembayaran melalui ShopeePay.

Harga tiket bermula daripada RM177 bagi kategori RW4, manakala kategori lain termasuk RW3 (RM277), RW7 (RM377) serta RW2, RW5 dan RW6 yang masing-masing berharga RM477. Bagi peminat yang ingin menikmati pengalaman paling eksklusif, kategori VIP ditawarkan pada harga RM977.

Konsert yang menampilkan dua kumpulan legenda Indonesia, Radja dan Wali, akan berlangsung pada 10 Januari 2026 (Sabtu) di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 18 Apr 2026

Shila Amzah Tak Kecil Hati Lebih Diterima Peminat Di China Berbanding Malaysia – “Saya Baik-Baik Sahaja”

Shila Amzah bersyukur apabila menerima sambutan luar biasa daripada peminat di China menerusi siri jelajah konsertnya di negara itu.

Featured Mon, 15 Jul 2024
Hiburan Sun, 8 Sep 2019
Hiburan Tue, 26 Feb 2019

Pernah Berhutang RM 1 Juta, Annas Easkey Kongsi Kisah Pahit Manis ANAS Cosmetics

Kata Anas, dia sebelum ini pernah dibebani hutang dengan pembekal hampir RM1 juta.

Hiburan Mon, 9 Oct 2023
Hiburan Fri, 20 Sep 2019

Stail Hijab Makin ‘Wow’, Neelofa Curi Tumpuan Dunia!

Saya tahu, jika saya mengenakan tudung dengan gaya normal, saya sukar diterima di sana. Atas sebab itu…

Featured Wed, 12 Jan 2022

Cucu Menangis Enggan Berpisah Dengan Datuk Setelah Dua Tahun Terpisah Akibat PKP

Ketika negara kita dilanda Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak keluarga yang terpisah dan hanya dapat bersatu semula selepas kebenaran rentas negeri dilonggarkan. Tidak ketinggalan, keluarga ini juga terpisah dengan datuk dan nenek di kampung selama […]

Trending Fri, 26 Nov 2021

Min Yasmin Realisasi Impian Konsert Solo Dalam Negara

Penyanyi Min Yasmin atau nama sebenarnya, Nurul Yasmin Abdul Aziz, 33, gembira kerana hasratnya untuk mengadakan konsert solo dalam negara bakal menjadi kenyataan. Bakal berlangsung di Sandakan, Sabah pada Mac tahun depan, konsert Min Yasmin […]

error: Content is protected !!