Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 26, 2019 @ 1:38am

Pernah Berhutang RM 1 Juta, Annas Easkey Kongsi Kisah Pahit Manis ANAS Cosmetics

Dari dunia fotografi, Anas yang turut dikenali dengan nama Annas Easkey mula melebarkan sayap ke dunia kecantikan dengan produk di bawah jenamanya, ANAS Cosmetics.

Beroperasi sejak Ogos 2017, Anas kini berbangga apabila produk kecantikan miliknya kini meniti di bibir penggemar produk kecantikan.

“ Saya gemar dengan sesuatu benda yang cantik dan gemar bermain dengan warna. Atas sebab itu juga saya melancarkan produk kosmetik sendiri dengan menggunakan nama ANAS Cosmetics.

“ Saya dedikasikan produk ini khusus buat wanita Asia yang mana kualitinya setanding jenama antarabangsa lain dengan harga mampu milik,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran ANAS Cosmetic di Flora Terrace, Kuala Lumpur malam tadi.

Pemuda berusia 31 tahun ini mengaku agak cerewet dan tidak mahu memulakan sesebuah perniagaan sekadar melepaskan batuk di tangga. 

“ Saya tidak mahu bangunkan produk semborono sahaja tetapi saya akan pastikan ia sesuai dengan wanita kita dan wanita daripada kalangan pendapatan sederhana dan rendah turut mampu menggunakan produk berkualiti yang ANAS tawarkan,” katanya

Lebih membanggakan, ANAS Cosmetics turut mendapat pengiktirafan daripada SaSa Malaysia, peruncit kosmetik terkemuka berasal daripada Hong Kong, untuk membeli produknya untuk dijual di rangkaian butiknya

“ Kami beruntung kerana jenama ANAS Cosmetics diletakkan sebaris dengan jenama premium yang lain. Dan dalam tempoh dua bulan selepas kerjasama ini, produk Anas diletakkan di 33 outlet SaSa seluruh Malaysia,” katanya.

Ketika ini, ANAS Cosmetics menawarkan lima jenis produk kecantikan termasuk gincu, pembayang mata dan maskara.

April ini, ANAS Cosmetics akan melebarkan rangkaian produknya kepada lebih 20 jenis termasuk penutup cela, pemerah pipi, bedak asas. Selain SaSa, produk ANAS Cosmetics juga boleh didapati di FashionValet dengan harga sekitar RM29-RM89

Setiap kejayaan pastinya berdepan badai, begitu juga Anas yang sebelum ini pernah dibebani hutang dengan pembekal hampir RM1 juta

“ Ketika itu, saya hampir putus asa dan mahu tinggalkan apa yang saya usahakan selama ini dan pulang ke kampung menemani ibu. Hampir sebulan saya kumpul kekuatan diri dan ibu adalah sumber kekuatan saya untuk bangkit dan capai apa yang saya ada sekarang ini,” katanya yang turut mengusahakan perniagaan pakaian dengan jenama ASHH&ANNAS.

Berkongsi kejayaan perniagaannya, Anas berkata, beliau bernasib baik kerana memiliki ramai rakan artis yang tidak kekok untuk mempromosi dan menyokong produk beliau

 “ Prinsip yang pegang sehingga hari ini, jika buat baik pada orang, perkara itu datang balik kepada kita. Sebab tu saya tidak ramai kawan tetapi kawan yang saya ada sangat

menyokong usaha saya dari dahulu hingga kini,” katanya sambil menyebut beberapa nama seperti Ayda Jebat, Izara Aishah, Hanis Zalikha dan Rozita Che Wan serta ramai lagi

Mengenai perancangan masa depan, Anas berkata, pihaknya mensasarkan ANAS Cosmetics dijual di 280 outlet SaSa seluruh dunia termasuk di Taiwan dan Korea serta mampu menembusi pasaran Asia Barat serta Indonesia dalam tempoh lima tahun dari sekarang

“ Dengan peluasan pemasaran dan penambahan jumlah produk, kita jangka pendapatan syarikat akan meningkat 10 kali ganda daripada nilai jualan semasa,” katanya

Beliau juga berharap, jenama ANAS Cosmetics mampu menjadi jenama pilihan dan wajib ada di ‘setiap rumah’ sebaris dengan jenama antarabangsa satu masa nanti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 Nov 2019

《搭错车》音乐剧班底 1119 吉隆坡办粉丝交流会

领衔主演《搭错车》音乐剧的「全民情歌天后」丁当、资深音乐剧演员王柏森以及歌手兼偶像剧男演员陈乃荣将率先在11月19日,来到吉隆坡举 办全马唯一一场的《搭错车》音乐剧-粉丝交流会!

Featured Wed, 2 Feb 2022
Hiburan Sun, 30 Dec 2018

Gara-Gara ‘Not Our Level’, Zizan Tampil Beri Penjelasan

Alahai…salah faham je ni, relax ya semua.

Hiburan Tue, 5 Aug 2025

MyGameOn Bergabung Dengan SAYS Tech Lancar Kempen ‘Rileks Je, Takyah Toksik’, Tangani Isu Buli Siber & Kesihatan Mental Dalam Dunia Permainan Video

Kempen ini adalah sebuah inisiatif yang memberi tumpuan kepada usaha menangani isu buli siber dan menjaga kesihatan mental dalam kalangan komuniti pemain video di Malaysia.

Events Wed, 23 Jan 2019
Hiburan Thu, 22 Jun 2023

Aksi Bergolek Atas Pentas Dikecam, Elly Mazlein Tak Ambil Hati?

Netizen happy! Kak Kepom pun happy la dikkk!

error: Content is protected !!