Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 26, 2021 @ 8:20am

Min Yasmin Realisasi Impian Konsert Solo Dalam Negara

Penyanyi Min Yasmin atau nama sebenarnya, Nurul Yasmin Abdul Aziz, 33, gembira kerana hasratnya untuk mengadakan konsert solo dalam negara bakal menjadi kenyataan.

Bakal berlangsung di Sandakan, Sabah pada Mac tahun depan, konsert Min Yasmin Live In Sandakan anjuran SS Event Management itu sepatutnya diadakan pada Oktober lalu

“Disebabkan kerajaan baharu saja umumkan pembukaan semua aktiviti selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi konsert ini yang sepatutnya diadakan bulan lepas terpaksa tunda dulu.

“Insya-Allah semuanya sudah diatur dan pihak penganjur bersetuju untuk buat pada Mac tahun depan.

“Alhamdulillah, ini adalah konsert solo pertama saya dalam negara. Apa yang istimewanya adalah penonton kebanyakannya dalam kalangan suku kaum Bajau dan Suluk. Sebab permintaan sangat banyak.

“Selama ini mereka tanya kenapa saya sibuk buat konsert di Filipina dan bukannya di sini. Sebab ketika itu rezeki di sana. Dan sekarang baru diberi kesempatan untuk buat di negara sendiri,” katanya.

Tambah Min, konsert itu akan berlangsung selama dua hari di dua lokasi berbeza secara tertutup dan terbuka iaitu di Sabah Hotel dan Tiong Hua Hall, Sandakan.

“Alhamdulillah, dari segi lokasi konsert dan penaja sudah ada. Malah ramai yang sudah tempah tiket.

“Tapi memandangkan terpaksa tunda jadi kita bawa ke tahun depan. Mereka okay dan masing-masing tak sabar nak teruskan konsert ini.

“Insya-Allah, pada konsert ini saya akan menyanyikan lagu dalam Bahasa Suluk, Bajau dan Tagalog. Semoga kes Covid-19 semakin berkurangan dan konsert ini berjalan lancar,” katanya.

Konsert itu juga bakal menampilkan penyanyi baharu Husadee dan beberapa lagi penyanyi tempatan di Sabah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 26 Jan 2022
Trending Thu, 22 Oct 2020

Pesalah Lalu Lintas Berdepan Hukuman Berat Bermula 23 Oktober Ini

semoga hukuman berat ini mampu mengurangkan kes kemalangan

Featured Wed, 29 Dec 2021

Rider Pelik Pelanggan Tak Suruh Naik Hantar Makanan, Rupanya Ambil Makanan Pakai Baldi!

Dengan penularan wabak COVID-19 yang semakin meruncing di negara ini, cara terbaik ialah rakyat bertindak bijak dengan mendisiplinkan diri bagi mematuhi arahan Prosedur Operasi Standard (SOP). Begitu juga dengan situasi seorang pelanggan yang memesan makanan […]

Trending Fri, 7 Sep 2018

Babak Perkahwinan Ikonik Filem Crazy Rich Asians Bikin Pereka Tempatan Carven Ong Trending!

Gaun super cantik yang terdapat dalam babak perkahwinan Crazy Rich Asians itu adalah hasil sentuhan pereka fesyen terkenal negara, Carven Ong.

Featured Mon, 7 Jul 2025

“Hari-Hari Saya Akan Call Parents, Itu Dah Macam Ritual” – Alif Satar Anggap Kejayaan Dimiliki Berkat Doa Ibu Bapa & Isteri

Kunci disebalik kejayaan itu adalah meletakkan kemuliaan ibu, bapa dan isteri pada haknya.

Featured Fri, 9 Sep 2022
Featured Tue, 27 Sep 2022

“Rasa Nak Muntah, Ada Masalah Hati…” – Stacy Tegur Individu Dalam Industri Tak Matang… Siapa Tu?

Alamak, apa kes ni? 🫢 Jarang jarang min tengok Stacy marah ni 😰 Apapun, moga dipermudah segala urusan 😊

error: Content is protected !!