Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 21, 2024 @ 6:49pm

Nyanyi Semula Karya Sharifah Aini, Aishah Beri Nafas Baharu Lagu ‘Di Pinggir Kayangan’

Merakamkan semula lagu-lagu lama yang pernah dipopularkan oleh artis-artis legenda merupakan satu perkara biasa.

Ramai penyanyi di seluruh dunia yang kerap melakukan sedemikian. Ini kerana lagu-lagu lama ini mempunyai irama yang tidak lapuk ditelan zaman.

Apatah lagi selepas diberi nafas baharu, semakin ramai generasi masa kini yang dapat menghargai karya-karya emas ini.

Namun begitu, tidak semua penyanyi baharu berjaya menjadikan lagu-lagu rakaman semula sebagai karya yang mudah diingati.

Ada beberapa rakaman semula yang gagal serta tidak diketahui dan ada juga yang berjaya mencuri perhatian. Hanya beberapa penyanyi hebat sahaja yang mampu menghidupkan semula karya-karya lama ini.

Antara yang mahu melakukan perkara ini adalah salah seorang penyanyi senior Malaysia yang dikenali dengan vokalnya yang luar biasa, iaitu Datuk Aishah.

Pernah menembusi pasaran antarabangsa di zaman mudanya bersama kumpulan The Fan Club, Aishah kembali dengan rakaman semula lagu ‘Di Pinggir Kayangan’ yang pernah dibawa oleh biduanita negara, Datuk Sharifah Aini.

“Saya dibesarkan dengan lagu-lagu Allahyarham Datuk Sharifah Aini. Saya sangat meminati suara beliau dan pernah berpeluang berkongsi pentas yang sama dengan arwah.

“Di Pinggir Kayangan adalah sebuah lagu cinta yang mempunyai semangat positif dan gembira serta lenggok kemelayuan yang sangat merdu,” ujarnya.

Selain itu, Aishah juga mahu anak-anak muda masa kini mengenali lagu-lagu lama yang bagus.

“Lagu-lagu seperti Di Pinggir Kayangan adalah sebuah lagu yang harus diperkenalkan semula kepada generasi baru. Ia begitu bermakna buat saya kerana ia mengingatkan saya kepada idola saya,” tambahnya lagi.

Merupakan rakaman semula dengan nafas baharu, terdapat beberapa perbezaan ketara dalam versi Aishah.

“Ia akan kedengaran kelainan dari segi susunan muzik dan sudah semestinya suara saya berbeza dari suara penyanyi asal. Lagu juga dirakamkan dalam nota yang lebih tinggi sedikit berbanding dengan yang asal,” katanya tentang versi baharu lagu tersebut.

Saat ditanya tentang harapannya untuk projek terbaharunya ini, Aishah menyatakan bahawa dia berharap lagu ini diterima baik oleh semua.

“Semoga lagu-lagu seperti Di Pinggir Kayangan ini akan mendapat tempat dalam kalangan para pendengar muda dan sudah tentunya pendengar yang lebih senior juga. Bila kita dapat menghayati lagu-lagu lama barulah kita dapat kemajuan mencipta lagu-lagu baharu,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 9 Jun 2026

Ernie Zakri, Floor 88, Zubir Khan, Salma Asis Bakal Meriahkan Festival Ulang Tahun Ke-20 PJ

Ernie Zakri bakal menjadi antara tarikan utama pada malam kemuncak Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya Ke-20 yang dijadual berlangsung pada 20 Jun ini di Laman MBPJ, Jalan Yong Shook Lin.

Hiburan Tue, 24 Feb 2026

MAY, Sofea, Bloodshed & Ramai Lagi Himpun Peminat Dalam ‘Rock Car Park 2026’

Konsert Rock Car Park bakal menggegarkan Kuala Lumpur pada 9 Mei 2026!

Hiburan Tue, 20 Feb 2024

‘Merindu’ Buah Tangan Madam Untuk Peminat

tahniah Madam untuk lagu baru

Events Fri, 25 Oct 2019
Featured Fri, 15 Nov 2024

Saling Berbalas Komen Mesra, Teman Wanita Anak Ozlynn Rindu Balik Malaysia – “Nak Pergi Dekat Awak”

Giya meluahkan rasa rindu terhadap negara Malaysia termasuklah teman lelakinya.

Hiburan Thu, 2 May 2019

Tangan besi, Penyanyi ‘Black’ tetap bertenaga

Pembedahan memasukkan besi ke dalam tangan kirinya yang patah tidak menghalang Black Hanifah, meneruskan kerjaya seni seperti biasa.

Hiburan Sun, 14 Jul 2019
error: Content is protected !!