Euforia Bola 2026
Acara By: Padin June 9, 2026 @ 6:45pm

Ernie Zakri, Floor 88, Zubir Khan, Salma Asis Bakal Meriahkan Festival Ulang Tahun Ke-20 PJ

Penyanyi popular Ernie Zakri bakal menjadi antara tarikan utama pada malam kemuncak Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya Ke-20 yang dijadual berlangsung pada 20 Jun ini di Laman MBPJ, Jalan Yong Shook Lin.

Selain Ernie, pentas sambutan tersebut turut menampilkan barisan artis terkenal seperti Shidi Data, Salma Asis, Zubir Khan, Victoria, Thalita dan Zaki Yamani yang dijangka menghiburkan ribuan pengunjung.

Tidak terhenti di situ, sambutan yang berlangsung selama enam hari bermula 16 hingga 21 Jun itu turut diserikan dengan persembahan artis lain termasuk Cherpen pada 19 Jun, manakala Lan Solo, KOI dan Floor 88 akan membuat persembahan pada hari penutup, 21 Jun.

Malam kemuncak itu juga bakal dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan, perarakan komuniti serta pertunjukan bunga api sebagai simbolik dua dekad perjalanan Petaling Jaya sebagai sebuah bandar raya.

Festival sempena ulang tahun ke-20 status bandar raya Petaling Jaya itu dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai tanda penghargaan terhadap perjalanan dan pembangunan bandar raya tersebut sejak diisytiharkan sebagai bandar raya pada 20 Jun 2006.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Hj. Mohamad Zahri Hj. Samingon berkata, sambutan tersebut bukan sekadar meraikan sejarah perkembangan bandar raya itu, malah menjadi platform untuk mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

“Sepanjang dua dekad ini, Petaling Jaya berkembang hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk komuniti, sektor swasta, agensi kerajaan dan pemegang taruh lain.

“Sambutan ini adalah tanda penghargaan kepada semua yang memainkan peranan dalam membangunkan Petaling Jaya sehingga menjadi bandar raya yang maju seperti hari ini,” katanya ketika Majlis Prapelancaran Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya Ke-20.

Menurutnya, MBPJ akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan komuniti, meningkatkan kualiti perkhidmatan serta memanfaatkan teknologi dan inovasi bagi memastikan Petaling Jaya kekal sebagai bandar raya pilihan untuk didiami, bekerja, belajar dan beriadah.

Sepanjang sambutan berlangsung, sebanyak 11 program utama dan enam perkhidmatan percuma akan ditawarkan kepada orang ramai.

Antara tarikan utama ialah PJ Learning City Festival 2026 yang menampilkan pelbagai program berkaitan pembelajaran sepanjang hayat termasuk forum pendidikan, literasi digital, pembangunan kemahiran, keselamatan siber dan kecerdasan buatan (AI).

Pengunjung juga berpeluang meneroka dunia teknologi menerusi PJ Digital 2026 yang menghimpunkan pameran inovasi ICT, pengalaman realiti maya (VR), aktiviti interaktif serta pertandingan e-sukan.

Dalam usaha memperkukuh agenda kelestarian, pelbagai program alam sekitar turut disediakan seperti Hari Terbuka PJ Eco Recycling Plaza, program Trash to Cash, pengumpulan e-Waste, kutipan minyak masak terpakai serta bengkel kitar semula.

Selain itu, festival makanan, aktiviti keluarga, zon kanak-kanak, program kesihatan, pertandingan LEGO Robotics dan pelbagai aktiviti untuk warga emas turut disediakan sepanjang sambutan berlangsung.

Sebagai penghargaan kepada warga Petaling Jaya, MBPJ turut menawarkan beberapa inisiatif khas termasuk parkir percuma, keahlian percuma Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya serta agihan anak pokok, baja kompos organik dan abate kepada orang ramai.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya Ke-20 yang berlangsung dari 16 hingga 21 Jun 2026 menerusi pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk seisi keluarga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 Jan 2026
Trending Tue, 10 Apr 2018

Employers are NOT Required to Give Employees Day Off on May 9th

So, does this mean we need to take an annual leave to vote?

Featured Mon, 22 Mar 2021

Bayaran Geran Khas Prihatin Tambahan Mulai 25 Mac Ini, RM 500 Buat PKS Mikro..

Bayaran bagi semua perusaha kecil sederhana di bawah Geran Khas Prihatin Tambahan akan bermula 25 Mac ini. Menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bayaran tersebut melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM883 […]

Featured Wed, 20 Dec 2023
Featured Tue, 10 Mar 2026

“Saya Paling Pantang Bila Orang Salahkan Takdir” – Sarimah Ibrahim 

Pelakon dan penyanyi, Che Puan Sarimah Ibrahim tampil berkongsi pandangan peribadinya mengenai sikap segelintir individu yang gemar menyalahkan takdir ketika berdepan situasi tertentu.

Acara Wed, 3 Apr 2019

Pencarian cef muda berbakat kini kembali. Mungkin anda yang MAGGI dan KPM cari!

Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®, medan serlah kemahiran memasak anak muda.

Events Sun, 7 Apr 2019
Hiburan Mon, 30 Jul 2018

Saharul Ridzwan Terima Ugutan Bunuh

Saharul Ridzwan Terima Ugutan Bunuh Melalui DM Instagram

error: Content is protected !!