Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi January 22, 2024 @ 9:35pm

[VIDEO] Shuk Sahar Kongsi Pernah Dibuang Kerja Dari Sebuah Stesen Radio Gara-Gara… 

Tular baru-baru ini sebuah rakaman yang memaparkan pelakon dan pelawak Shuk Sahar mendedahkan pernah diberhentikan daripada sebuah stesen radio swasta.

Menerusi perkongsian di TikTok, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar menceritakan detik-detik dia dibuang kerja ketika diminta untuk bertugas pada pagi hari raya.

Menurut Shuk, dia mendedahkan tanpa serba salah merakam segmen di konti pada malam raya dan bukannya ke udara di pagi hari raya pertama seperti yang dijadualkan.

“Masa saya di stesen radio tersebut saya kendali segmen hujung minggu. Masa tu hari raya dan saya kena kerja.

“Apa yang saya buat, saya datang malam raya tu. Sebab saya nak balik Pulau Pinang. Jadi saya datang dan rekod siap-siap, sepatutnya tak boleh rekod, ia patut live.

“Saya suruh kawan-kawan saya menyamar jadi caller. Saya pesan suara kena cergas, bukan macam tengah rekod waktu malam.

“Pukul 6.30 pagi dah nak sampai kampung, tiba-tiba bos radio hubungi saya minta ubah lagu sebab lagu yang dipasangkan itu perlu padam.

“Saya terdiam, ketika dia telefon tu saya pasangkan radio bagi dengar macam suasana di konti,” kongsi Shuk.

Dedah Shuk lagi, majikannya terus meminta dia menghantar surat berhenti segera selepas perbuatannya itu ‘kantoi’.

“Ketika dia minta padam tu muka saya dah pucat, saya beritahu dia, ‘bos saya dah nak sampai kampung ni’.

“Dia maki saya. ‘kau dah sampai Penang? kau tahu tak kau kena kerja! Minggu depan kau datang kau ambil surat ‘resign’.

“Hari raya pertama saya tak ada job,” ujar Shuk dalam sebuah podcast.

Shuk Sahar

@okletsgo.sg Kenapa Tyzo dibuang Suria FM dan kisah Shuk dibuang Era FM DENGAR FULL PODCAST DI SPOTIFY ➡️ OKLETSGO #okletsgosg #fypsg #viralsg #fyp #fypmalaysia #viralmalaysia #shuksahar #suriafm #erafm #radio #podcast ♬ original sound – OKLETSGO

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 May 2023
Hiburan Mon, 13 Jan 2020

《笑笑力量大》造势活动本周日迎最终场次!

自去年底开跑至今获得民众热烈反应,一连几周的6站活动共吸引了上千民众出席;而本周日将迎来最终场次,再次「回到」武吉加里尔国家体育场。

Events Mon, 11 Nov 2024

Bangkit Nostalgia! Battle Of Time: Exists & Masdo Cetus Gelombang Kugiran Dua Era

Selain memberikan pengalaman ‘pulang’ ke masa silam, dua nama besar ini semestinya layak diberikan penghargaan🙌🙌🙌

Trending Wed, 3 Jan 2018

Gajah Terkena Renjatan Elektrik Di Gerik

Seekor gajah betina ditemui mati dipercayai akaibat terkena renjatan elektrik wayar hidup di Gerik, Perak. Berdasarkan laporan Pengurusan dan Ekologi Gajah-gajah Malaysia (Meme), gajah bertina tersebut dianggarkan berusia 40 tahun. Malah, gajah tersebut juga berkemungkinan […]

TECH Thu, 6 Dec 2018

Asli atau palsu? Ini ialah Cara Menguji Kelajuan MikroSD pada Android

jika ingin tahu sd kad anda original ke tidak boleh lah mencubanya

Events Sun, 3 Feb 2019

Betul Ke Lagu Throwback Seribu Impian Cover Suara Sumbang Nabila Razali?

Best jugak kalau lagu seribu impian ni bergenre rancak kan?

Featured Wed, 27 Sep 2023

Tampil Dengan Kolaborasi Sulung ‘Akhir Cerita’, Aziz Harun & Dalia Farhana Akui Ada ‘Chemistry’

“Meski berat untuk berpisah, sedang masih ada rasa cinta, namun perpisahan jalan terbaiknya”. Itu antara mesej yang terkandung dalam single duet yang menampilkan kolaborasi sulung antara penyanyi, Dalia Farhana dan Aziz Harun. Istimewanya, lagu bergenre […]

error: Content is protected !!