Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal January 3, 2018 @ 4:46pm

Gajah Terkena Renjatan Elektrik Di Gerik

Seekor gajah betina ditemui mati dipercayai akaibat terkena renjatan elektrik wayar hidup di Gerik, Perak.

Berdasarkan laporan Pengurusan dan Ekologi Gajah-gajah Malaysia (Meme), gajah bertina tersebut dianggarkan berusia 40 tahun. Malah, gajah tersebut juga berkemungkinan sedang bunting atau baru sahaja melahirkan anak sebelum mati.

“Kami tidak pasti tentang perkara ini pada masa ini, tetapi ada susu yang keluar dari putingnya,” kata Alicia Solana, pengurus lapangan Meme.

Katanya lagi, kejadian tersebut berlaku berhampiran dengan lokasi kem tentera di Pulau Banding.

Tambahnya, mereka percaya bahawa gajah tersebut mungkin debahagian daripada sekumpulan gajah betina dan anak gajah lain yang sering mencari makanan di situ.

“Haiwan ini memang biasa berkeliaran di kawasan seberang lebuh raya ini kerana ada banyak rumput dan makanan yang sesuai untuk mereka,” katanya lagi.

Menurut Solana lagi, gajah tersebut terkena renjata elektrik dipercayai akibat menyondol zink sebuah rumah sementara yang dibina di kawasan itu yang berhampiran di sebelah lebuh raya.

Ketika kejadian, tiada siapa yang berada di lokasi tersebut.

“Ia adalah satu kehilangan yang penuh emosi kerana kami tahu tentang kumpulan ini dan dapat mengenal pastinya. Kami sering melihatnya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Dec 2025
Featured Tue, 1 Nov 2022
Events Wed, 14 May 2025
Featured Wed, 4 Jun 2025
Featured Sat, 6 Jul 2024

Miss Universe Malaysia Tolak Penyertaan Beragama Islam

Peraturan baharu dalam Miss Universe Malaysia !

Trending Wed, 19 Sep 2018

「喜欢一个人看电影的人」更值得深爱!因为了解自己、更加勇敢

很多人无法一个人电影,觉得独自去看电影是伤心的事,其实许多人「一个人去看电影」,并不代表他们没有朋友,没有选择,而是能够享受其中的乐趣……

error: Content is protected !!