Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 27, 2021 @ 8:55am

Bayaran i-Sinar Bagi Bulan Oktober Dikreditkan Bermula Hari Ini, Semak Status & Jumlah Pengeluaran

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa pembayaran i-Sinar bagi  bulan Oktober 2021 akan mula dikreditkan ke akaun pemohon bermula hari ni.

Perkara itu dimaklumkan oleh KWSP menerusi ciapan di akaun Twitter dan portal rasmi mereka.

 

Cara Buat Semakan i-Sinar

Bagi anda yang ingin membuat semakan i-Sinar, berikut ialah langkah untuk menyemak status i-Sinar :

1. Sila layari atau klik pautan https://isinar.kwsp.gov.my/

2. Kemudian klik pada bahagian Semak Status Permohonan

3. Setelah itu, masukkan Nombor MyKad/MyPR serta nombor telefon bimbit seperti yang diisi semasa permohonan dibuat.

4. Klik pada kotak Saya bukan robot

5. Akhir sekali, tekan butang Semak Status

6. Butiran akan dipaparkan.

Jika anda tergolong dalam golongan B40 dan mempunyai anak yang masih bersekolah, anda juga boleh memohon bantuan laptop percuma.

Jumlah Kelayakkan Pengeluaran i-Sinar

Berikut adalah jumlah amaun kelayakan i sinar yang boleh anda keluarkan.

  1. Baki Simpanan Akaun 1: RM100,000 dan ke bawah

Antara berikutt merupakan had pengeluaran bagi akaun simpanan akaun 1 berjumlah RM100,000 dan ke bawah;

  • Pengeluaran sehingga RM10,000 (Tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100 dalam Akaun 1).
  • Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM5,000.
  • Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan (tertakluk kepada baki bayaran bulan terakhir dengan amaun bayaran minimum RM50)
  • Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.

2. Baki Simpanan Akaun 1: Lebih dari RM100,000

Berikut pula merupakan had pengeluaran berdasarkan baki simpanan lebih dari RM100,000 bagi akaun 1 pemohon;

  • Pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan (Tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000).
  • Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM10,000.
  • Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan.
  • Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.

Terdahulu, pihak KWSP memaklumkan bahawa pembayaran duit i-Citra bagi bulan Oktober akan mulai dibuat pada 1 Oktober 2021.

Dan, pengkreditan amaun ke akaun bank ahli akan dibuat dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

Justeru itu, orang ramai yang memohon boleh menyemak status bayaran terkini melalui i-Akaun (Ahli).

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, pemohon boleh menghubungi  hotline i-Citra di talian 03-89224848.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 24 Oct 2019

Instagram Says “No No” to Cosmetic Surgery Filters!

Seems like mental health is starting to get more awareness by the public, and people applause for that.

Hiburan Tue, 18 Feb 2025

“Bila Orang Tegur & Masih Kenal, Saya Segan..” – Malek Noor Selesa Hidup ‘Low Profile’

Datuk Malek Noor memilih untuk menjalani kehidupan secara sederhana.

Hiburan Tue, 10 Mar 2026

Dididik Penuh Kasih, Tapi Jadi Pemberontak? Puteri Balqis Bawa Watak Remaja ‘Lari Dari Rumah’ Dalam Anugerah Tanpa Cahaya

Menurut Puteri Balqis, watak Husna sebenarnya menggambarkan seorang remaja yang sedang mencari arah hidupnya.

Hiburan Wed, 14 Mar 2018

Sherry Ibrahim Naik Hantu Dengan FattZura?

Isu kontroversi terbaru mengaitkan Sherry dan perkahwinan FattZura nyata mengundag padah apabila Sherry sendiri sudah tidak tahan dengan spekulasi yang cuba dikaitkan terhadap dirinya itu

Hiburan Tue, 15 May 2018

Beri Saya Peluang Hidup Normal – Izreen Azminda

Saya ambil yang positif sahaja. Saya maafkan semua yang pernah mengutuk dan mencaci saya…

Filem Sun, 3 May 2026

Filem Pewaris Susuk Angkat Kepercayaan Lama, Seram Yang Dekat Dengan Realiti Masyarakat!

Mula ditayangkan pada 30 April lalu, perhatian penonton tertumpu kepada cara filem seram Pewaris Susuk mengangkat unsur budaya dan kepercayaan tradisional sebagai teras utama penceritaan.

Featured Wed, 12 Feb 2025

Buka Aib & Berci*m Didepan Khalayak, Netizen Dakwa Zarina Anjoulie Mabuk?

Tindakan Anju bertindak kurang sopan di media sosial mengejutkan ramai pihak.

error: Content is protected !!