Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 18, 2025 @ 4:28pm

“Bila Orang Tegur & Masih Kenal, Saya Segan..” – Malek Noor Selesa Hidup ‘Low Profile’

Selepas hampir empat dekad berkecimpung dalam bidang seni, pelakon dan legenda bina badan Datuk Malek Noor memilih untuk menjalani kehidupan secara sederhana.

Walaupun sudah lama tidak aktif berlakon, Malek tetap tersentuh apabila masih ramai mengenalinya menerusi filem-filem yang pernah dilakonkan.

“Saya pernah merasai kehidupan dalam dunia glamor, tetapi kini saya lebih selesa dengan gaya hidup sederhana dan melakukan perkara yang saya gemari, seperti menceburi bidang perniagaan atau memberi motivasi.

“Kadang-kadang, apabila ada yang masih mengenali dan menegur saya, perasaan segan itu tetap ada. Di luar kamera, sebenarnya saya seorang yang agak pemalu.

“Malah, apabila ada yang mengingatkan tentang penghargaan yang saya pernah terima sepanjang penglibatan dalam sukan bina badan, saya turut rasa segan,” katanya.

Dalam pada itu, Malek menyatakan kesediaannya untuk kembali ke dunia lakonan sekiranya diberikan watak yang sesuai dengan usianya kini.

“Banyak kenalan menghubungi saya selepas melihat sedutan lakonan saya di media sosial. Saya sangat menghargai dan berterima kasih kerana masih ada yang mengenali serta menghormati karya saya.

“Berkenaan tawaran lakonan, Insya-Allah saya terbuka, asalkan watak yang diberikan sesuai dengan usia saya sekarang,” katanya.

Malek ditemui ketika menghadiri Majlis Cahaya Ramadan @KL Steamboat & Grill 2025 yang berlangsung di Ampang, Selangor, baru-baru ini.

Mengenai pelantikannya sebagai duta restoran tersebut, Malek berasa teruja kerana dapat membantu perniagaan yang dikendalikan oleh empat usahawan muda, iaitu Mohd Zulkifli Mohd Talib, Mohd Farid Jamaluddin, Mohd Samsul Mior Atan Ahmad dan Mohd Halmie Mior Atan Ahmad.

Malek turut berkongsi bahawa dia sering mengunjungi restoran itu untuk menikmati hidangan yang disajikan.

“Saya mahu membantu anak-anak muda membina perniagaan. Hampir setiap minggu saya datang dan merasai steamboat dan gril di sini,” katanya.

Selain konsep steamboat dan grill, @KL Steamboat & Grill 2025 turut menampilkan hiburan secara langsung dengan persembahan busking setiap hujung minggu.

Restoran ini juga menawarkan pelbagai menu menarik termasuk seafood segar dengan harga berpatutan serta promosi khas sepanjang Ramadan tahun ini.

Berlokasi di Jalan Mengkudu, Kuala Lumpur, @KL Steamboat & Grill dibuka setiap hari dari jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Jun 2021

“Jangan Pilih Influencer Sebab Terkenal, Perlu Tengok Bakat ” – Osman Ali

Baru -baru ini tular di media sosial mengenai kritikan orang ramai terhadap seorang influencer yang menjadi heroin drama terbaru. Menurut pengarah filem, Osman Ali, bakat dan kredebiliti pelakon itu sangat penting namun beliau juga berpendapat […]

Trending Wed, 20 Apr 2022
Hiburan Thu, 29 May 2025

“Senyum Pada Yang Baik, Jeling Pada Yang Jahat” – Nur Fazura

Fazura kongsi tips cara kekal positif meski dilanda ujian

Trending Wed, 21 Jul 2021

Keberkesanan Vaksin Sinovac & Pfizer Adalah Sama – Dr Noor Hisham

so, jangan was-was k! Kita sama-sama ikhtiar♡

Trending Tue, 10 Dec 2019
Hiburan Wed, 27 Feb 2019

Misteri Dilaila Tayang 2 Versi Babak Akhir Berbeza Di Pawangan Berlainan

Sesuatu kelainan di industri filem Misteri Dilaila Tayang 2 Versi Babak Akhir Berbeza Di Pawangan Berlainan

Events Wed, 29 May 2019
Featured Fri, 15 Aug 2025

“Hebatnya Doa Ni Kadang Baru Terlintas Dalam Hati, Allah Dah Makbulkan” – Neelofa

Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi kelebihan dan kehebatan berdoa.

error: Content is protected !!